Saturday, December 29, 2007

Percaturan Politik HUSAM MUSA ...






YB DATUK PADUKA HUSAM MUSA
Adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan


( Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan & Pembangunan Masyarakat Kelantan ) merangkap ADUN Kijang.

a) Secara tidak sah menerima sejumlah wang tunai RM 7000 dari Pengarah Urusan CAM Contract Work & Development (M) Sdn. Bhd. Pada akhir tahun 2005 bagi tujuan membolehkan CAM Contract diberikan tempoh lanjutan bagi menyiapkan projek menaiktaraf paip dari tangki air Bukit Hangus & pembinaan tangki air Bukit Peraksi oleh Air Kelantan SDN BHD (AKSB), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Perkara ini diceritakan oleh Pengarah Urusan CAM Contract iaitu Ahmad Maliki Ashari kepada seorang Jurutera AKSB bernama Safrulrazi salleh.




b) Secara tidak sah menerima sumbangan dari syarikat SBJ Development Sdn. Bhd bagi membiayai pembinaan tempat letak kereta rumahnya & pembinaan pagar Tanah Perkuburan Islam dihadapan rumahnya di Kampung Kota sedangkan Syarikat SBJ Development Sdn. Bhd mempunyai kepentingan mendapatkan projek dari Kerajaan Negeri Kelantan. Perkara ini diceritakan oleh kakitangan Syarikat SBJ Development Sdn Bhd kepada seorang penduduk iaitu Alias Mohd Noor.




--------------------------------------------------------------------------------------




Husam meletakkan orang2 ditempat strategic untuk bantu karier politiknya di Kelantan agar dia mudah untuk mengakses keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri termasuk syarikat-syarikat dibawah pentadbiran kerajaan negeri kelantan. Antara yang menjadi BUAH CATUR HUSAM adalah ::

a) Mohd Fazli Ab. Samat ( Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK). Penama ini menyalahgunakan wang syarikat untuk projek kambing dan kini digantung perkhidmatan kerana sedang disiasat BPR.


b) Mohd fauzi Abdullah ( Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB). Penama ini juga sedang disiasat BPR kerana menyalahgunakan kewangan syarikat untuk kepentingan parti.


c) Anual Bakri Haron ( Setiausaha Politik Menteri Besar ). Penama ini telah ditampar oleh Cikgu Kadir @ Hamid Musa ( Pegawai Pejabat Pelajaran Negeri ) selepas majlis tahlil di Kg Bunut Payong kerana Annual menuduh Cikgi hamid KAFIR & perlu mengucap semula sebab masuk UMNO.


d) Khir Zahari Abd Ghani ( Pegawai Urusetia Penerangan SUK ). Penama ini ditugaskan meminta duit daripada KPK & AKSB untuk menyewa permit akhbar SIASAH ( kepunyaan Mohd Sayuti Omar – dibayar RM 6000 sebulan ) serta permit Mingguan Wasilah ( kepunyaan Mohd Ramli Abd Halim – dibayar RM 1000 sebulan )



e) Saifuddin Nasution Ismail ( Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali). Husam telah menggunakan duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk membayar penama ini sebanyak RM 8000 sebulan. Wang Tabung Tok Kenali digunakan untuk mengatur program Ceramah PAS seluruh Kelantan.



f) Abd Hamid Abd Aziz ( Pegawai Urusetia Penerangan SUK & Penyelia DUN Tendong). Penama ini menjadi orang tengah untuk mengutip komisyen daripada syarikat-syarikat kroni balak yang diluluskan Husam.

g) Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) sebagai blogger & penulis internet. Penama adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas dibayar RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK. Blogger ini sering memaparkan poster serta foto yang telah diedit untuk mengaibkan Pak Lah sekeluarga.


h) Zulkifli Yaakub ( Pengarah Urusan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. (APKBB)). Husam mengarahkan Fazli menggunakan duit KPK sebanyak RM 6 Juta untuk dimasukkan kedalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak. Penama ini adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan & bekas ADUN Guchil.

Mengapa GERAK masih tidak BER"GERAK"

sekadar ingin berkongsi sedikit pendedahan SALAH GUNA KUASA & RASUAH yang perlu kita fikirkan bersama ::




1) MOHD FAUZI ABDULLAHPENGARAH URUSAN AIR KELANTAN SDN. BHD. (AKSB) --- Adalah Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

a) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip secara percuma dirumahnya sendiri di Taman Sari, Kota Bharu pada tahun 2005 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu.

b) Secara tidak sah mengarahkan pengurus projek syarikat yang diberikan kontrak memasang paip retikulasi oleh AKSB iaitu Syarikat Hati Muda bernama Khairul memberikannya sebuah telefon bimbit berjenama Nokia berharga kira-kira RM 2000 kepadanya pada tahun 2006 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu. Khairul menyerahkan telefon bimbit kepada beliau dirumahnya di Taman Sari, Kota Bharu pada satu malam 2006. Khairul menceritakan kisah ini kepada Jurutera AKSB bernama Tengku Iskandar Tengku Ismail.

c) Secara tidak sah membuat tuntutan keatas satu hadiah peribadi yang diberikannya kepada Pengarah Kastam Kelantan berharga kira-kira RM 200 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu. Rekod tuntutan ini boleh disemak dalam akaun AKSB.

d) Secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Persatuan Murid Tua Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) bagi tujuan membeli permaidani sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu kerana permintaan MCOBA adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai ahli MCOBA & bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB. Rekod tuntutan ini boleh disemak dalam akaun AKSB ( Pembayaran dibuat oleh AKSB pada 10 Mac 2005 )

e) Secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan kpd Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Kota Bharu sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu kerana permintaan sekolah itu adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai bapa kepada pelajar disitu & bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB – Pembayaran dibuat olek AKSB sebanyak RM 200 ( 26 Mac 2003 ), RM 500 ( 15 April 2003 ), RM 1000 ( 17 April 2003 ), RM 600 ( 6 Februari 2005 ), RM 350 ( 25 Mei 2005 & 10 Mac 2005 ).

f) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip air secara percuma di rumah emak Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang iaitu YB Datuk Husam Musa di kampong Kota, Kota Bharu pada 24 Mei 2007 sedangkan mereka tidak berhak keatas kemudahan itu.

g) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip air secara percuma di rumah ayah Ahli Dewan Undangan Negeri Kemahang iaitu YB Mejar Anizam Abd Rahman di Kampong Salor, Pasir Mas pada tahun 2005 sedangkan mereka tidak berhak keatas kemudahan itu.



2) YB MAJER (B) MOHD ANIZAM ABDUL RAHMAN
Adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kelantan ( Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Insfrastruktur & Alam Sekitar ) merangkap ADUN Kemahang.


a) Secara tidak sah memberikan tender membina sebahagian daripada Logi Rawatan Air Kelar di Pasir Mas dan tender membina sebahagian daripada Loji Rawatan Air Kampung Puteh di Kota Bharu kepada Syarikat Tenaga Tiub Sdn. Bhd yang kepentingannya turut dimiliki oleh kawan beliau sewaktu berkhidmat di dalam angkatan tentera.



3) YB HASSAN MOHAMADADUN TEMANGAN

a) Secara tidak sah mempunyai kepentingan atau menerima ganjaran dari Pemaju Projek Pembangunan Stesen Teksi dan Projek Pembangunan Terminal Bas di Bandar Machang oleh Syarikat Kiara Sentosa Development Sdn. Bhd (KSD)


4) YB ZAKARIA YAAKUBADUN KEMUNING

a) Secara tidak sah menerima sejumlah wang daripada seorang peniaga iaitu Rashid Firus bagi melobi untuk mendapatkan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat untuk projek Pembangunan Stesen Teksi dan Terminal Bas. Rashid Firus memberi wang bagi pihak kedua-dua adiknya iaitu Mohd Raffe Firus dan Mohd Risham Firus.

b) Beliau sebagai Ketua Whip Majlis Daerah Machang telah secara tidak sah mendapat hak milik 2 unit kedai di Bandar Machang melalui Majlis Daerah Machang yang disewakan kepada individu dibawah nama Syarikat Perniagaan Mesra.

-----------------------------------------------------------------------------


sumber :: http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14540&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

Monday, December 10, 2007

275 juta rakyat lndia hidup dalam kedaifan

275 juta rakyat lndia hidup dalam kedaifan
Orang India di Malaysia mesti bersyukur dengan kemakmuran kejayaan mereka.
Tuntutan pertubuhan HINDRAF agar kerajaan British membayar ganti rugi berjumlah 4 trilion pounds atau RM27.7 trilion atas dakwaan telah ditindas selama 150 tahun serta tiada perlindungan bagi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu tindakan yang melampau, bersifat hasutan serta dalam masa yang sama menyinggung perasaan kaum lain. (Bukankah dalam Suruhanjaya Reid yang terlibat membuat undang-undang ialah hakim-hakim dari India dan Pakistan)
Jika mereka menganggap sedemikian, orang Melayu juga boleh membuat tindakan yang sama dengan mendakwa kemasukan pendatang mulai kurun ke-19 ke negara ini sehingga mendapat status warganegara telah menafikan perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang mahu mewujudkan sebuah negara Melayu.
Namun, majoriti orang Melayu masih rasional dan dapat memberi pertimbangan yang wajar. Namun, sayangnya sikap ini tidak pula dicontohi dan diikuti oleh sebahagian kaum lain di Malaysia.



NEW DELHI 4 Dis. – Satu perempat daripada 1.1 bilion penduduk India (kira-kira 275 juta orang) dilaporkan berada di bawah paras kemiskinan dengan kebanyakannya menyara hidup mengerjakan ladang-ladang kecil meskipun ekonomi negara ini berkembang pesat.

Menteri Kerajaan Tempatan India, Mani Shankar Aiyar melahirkan kebimbangan sengketa sosial bakal berlaku kelak jika kekayaan hasil pembangunan itu berterusan gagal diagih kepada berjuta-juta golongan miskin di negara ini.

“Walaupun negara ini mencapai pertumbuhan ekonomi hampir 10 peratus tahun lalu, taraf hidup rakyat tidak meningkat malahan semakin menurun.

“India sebagai sebuah negara sememangnya semakin maju, tetapi rakyatnya tidak,” katanya pada hari terakhir Sidang Kemuncak Ekonomi India di sini hari ini.

Menurut Aiyar, perkembangan pesat ekonomi juga hanya mempengaruhi sebahagian kecil penduduk di negara ini sehinggakan kedudukan India dalam Indeks Pembangunan Manusia pada tahun ini jatuh ke tangga 128 berbanding kedudukan 126 tahun lalu.



Apakah kesetiaan kepada Ghandi? siapa gangster ini?


Ekonomi India yang berkembang sebanyak 9.4 peratus tahun lalu disasarkan mencapai hampir sembilan peratus atau lebih tinggi lagi pada tahun ini.

Pada masa yang sama, Aiyar menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang didakwanya malas, cuai atau mengambil rasuah sehinggakan hanya 15 peratus daripada setiap rupee bantuan sosial kerajaan sampai kepada rakyat.

Satu laporan disediakan oleh sidang kemuncak berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada Forum Ekonomi Dunia Davos, turut menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat India, antaranya infrastruktur yang terlalu kurang.

‘‘Lapan puluh peratus rakyat India tidak mempunyai kemudahan kebersihan yang betul dan kebanyakannya tidak mendapat bekalan elektrik,’’ kata Anand Mahindra, Naib Pengerusi Mahindra & Mahindra, pengeluar trak terbesar di India.

Selain itu, penduduk India juga merangkumi satu pertiga jumlah penduduk dunia yang buta huruf dengan hanya 64 peratus golongan dewasa di negara ini boleh membaca.

– AFP

Friday, December 7, 2007

TERBARU: VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR

Seperti mana anwar memperjuangkan video Lingam. Video Skandal seks Anwar ini juga perlu disiasat. Dicadangkan satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan menyiasat video ini.

Wednesday, December 5, 2007

Bar Council makin MELAMPAU ....





Presiden Majlis Peguam lebih rela membatalkan rancangan perarakan hak asasi pada 9 Disember 2007 ini daripada memohon permit.


Jika Majlis Peguam memohon permit, permohonan itu sendiri menunjukkan Majlis Peguam setuju bahawa hak asasi hanya boleh diamalkan di Malaysia tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa. Ini katanya bukanlah definasi hak asasi yang dipegang majlis Peguam.


PERSOALANYA :::

Betulkah majoriti peguam di Malaysia berfikiran begitu ? Annual General Meeting ( AGM ) Bar Council dihadiri hanya oleh segelintir peguam yang ada. Inilah perangai orang yang ANGKUH dengan kelulusan undang-undang yang dimilikinya. Yang peliknya dia tak faham undang-undang yang dibuat oleh wakil rakyat. kalau tidak wakil rakyat oleh siapa ?. Mana boleh malah mustahil untuk kita kumpulkan 27 juta orang dalam 1 lokasi dan berbincang hal-hal legislation? INI TIDAK PRAKTIKAL !! INI PEMIKIRAN BODOH !! INI IDEA BANGANG !!.
Patutlah orang melayu ilhamkan istilah LAWYER BURUK ( LOYAR BURUK )!! .

Mereka inilah yang berfikiran undang-undang manusia boleh atasi UNDANG-UNDANG TUHAN.
** kenyataan presiden majlis peguam yang dungu a.k.a sengal boleh didapati di web majlis peguam.

Thursday, November 29, 2007

PARTI PAS TIDAK BERPRINSIP


PELUKAN SI LIM KIT SIANG SI KAFIR HARBI YANG ERAT KEPADA HADI

Artikel Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Apabila berpolitik tanpa prinsip"dalam Mingguan Malaysia, 25 November lalu membidas golongan yang pada hematnya menggunakan agama bagi kepentingan politik cukup mengena dengan parti PAS di negara ini.


Lantaran itu tidak hairan mengapa PAS sangat marah dan mengecam artikel mufti itu dalam media utama mereka harakahdaily. Malah ulamak PKR seperti Badrul Amin sanggup menggunakan kata-kata kesat mengutuk mufti Perlis.(Rujuk video)



Beliau antara lain menulis:"Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat salah, supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif. Dia akan tafsirkan kebaikan dengan wajah kejahatan atau sekurang-kurangnya akan kata 'ada udang di sebalik batu'. Jika hal yang sama dilakukannya atau puaknya, pentafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur.

"Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik, musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum menukar prinsipnya. Maka yang anti-Islam boleh bergabung dengan yang kononnya hendakkan Islam. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik 'kerusi' maka dia dianggap kawan.


"Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian…Hal inilah yang membezakan antara pendakwah dan ahli politik ala jahiliah. Maka orang dakwah mungkin berpolitik demi dakwah tetapi tidak berdakwah untuk kepentingan politik. Politik boleh bagi mereka jika mendekatkan diri kepada Islam. Bukan menampal Islam untuk politik."


Memang sangat jelas artikel itu. Kalau dulu PAS mengatakan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam hari ini PAS sanggup bekerjasama dengan PAS. Bukankah Hadi Awang dulu yg mengkafirkan UMNO tetapi sekarang sehingga terpaksa memeluk Lim Kit Siang si kafir Harbi yg jelas menolak Negara Islam. Macam2lah dalil dikeluarkan bagi menghalalkan pakatan mereka. Itulah PAS...

Saturday, November 17, 2007

Malik Imtiaz sipenghina Islam yg mendapat darjat bersama PAS


Malik Imtiaz Sarwar penggerak utama IFC yg mengkritik Islam
sebagai agama yang teruk..Tetapi PAS sayang dan sudi bekerjasama
dengan manusia ini.


Malik Imtiaz Sarwar merupakan peguam ‘hak asasi manusia’ yang diketengahkan oleh Teymoor Nabili dalam rancangan khas Al Jazeera “101 East”, yang disiarkan kali pertama pada 1030 malam waktu Malaysia (GMT +8) pada Khamis, 15 November 2007, sebagai sorotan kepada peristiwa Perarakan Bersih 10 November 2007.

Amat jelas bahawa agenda Al Jazeera merupakan mempunyai agenda tertentu dan professional seperti Malik Imtiaz diketengahkan untuk memberikan kredibiliti kepada pergerakan BERSIH, walaupun jelas orang seperti Anwar Ibrahim, seorang banduan pesalah-guna kuasa (abuse of power convict) merupakan dalang yang membawa kepada ‘penyatuan’ Pembangkang dan memerpekudakan mereka yang mengambil kesempatan penuh dalam program kunun kunun ‘mereka yang mahukan kebebasan sivil (civil liberty)’ atas agenda peribadi Anwar.

Malik adalah seorang yang mengunakan bahasa dan penyampaian yang baik dan bersopan dan para pendengar akan mudah terkeliru dengan apa yang cuba diketengahkan beliau. Beliau merupakan pejuang ‘kebebasan sivil (civil liberty)’ dalam konteks hak individu dan dalam pelbagai ruang dan tahap perbincangan dan forum. Menyokong Malik Imtiaz dan pendapat beliau bermakna:


1. Sokong Lina Joy untuk murtad dan dibenarkan secara rasmi menukar agama, termasuk memformalkan proses dokumentasi and rekod rasmi seorang ‘Melayu’, yang jelas bertentangan dan bercanggah dengan definisi Perlembagaan Malaysia.


2. Menyokong Majlis Peguam (Bar Council) yang mempunyai agenda puak puak Bukan Islam yang anti Melayu dan anti Islam memperlekeh-lekehkan Islam dengan mengunakan proses perundangan dan mendokumentasikan kejayaan mereka ini dalam rekod pengamal perundangan Malaysia, untuk selamanya. Malik, bersama Haris Ibrahim merupakan peguam yang mewakili Majlis Peguam sebagai ‘watching brief’ dalam kes Lina Joy yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan Mei lepas. Malik juga antara ahli Majlis Peguam yang begitu aktif berkempen untuk perarakan “Walk for Justice” anjuran Majlis Peguam di Putrajaya pada 26 September 2007 dan agar perkhidmatan Ketua Hakim Negara YAA Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak disambung selepas persaraan wajib 1 November 2007. Malik juga mengkritik hebat penghakiman Tun Ahmad Fairuz dalam Mahkamah Persekutuan mengenai kes Lina Joy, yang jelas memihak kepada Islam.


3. Menyokong usaha orang orang pengamal undang undang angkuh (arrogant) seperti Malik Imtiaz, yang pernah membuat kenyataan terbuka seperti “The Syariah High Court is an INFERIOR COURT” dan “The Malaysian Constitution is the Supreme Law”, tetapi apabila Hakim Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan membuat keputusan dan memberi tafsiran Perlembagaan Malaysia bertentangan dengan agenda dan pendapat mereka, maka dengan begitu mudah dan bersahaja menifatkan Hakim-Hakim ini disifatkan sebagai “bodoh dan tidak layak”. Rakan rapat Malik Imtiaz dalam ‘Perang Salib’ ke atas isu ‘pengIslaman’ dan kecenderungan ke arah Islam oleh Hakim Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan , Haris Ibrahim pernah dengan angkuhnya memohon dalam Mahkamah, supaya Hakim Hakim yang mendengar kes rayuan salah seorang dari pengikut Ayah Pin agar mengecualikan diri dan tidak mendengari kes tersebut kerana mereka berugama Islam.


4. Membuat salah tafsiran Perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia (Artikel 3 (1). Menurut Malik dan Haris “Islam ialah ‘agama rasmi’ Persekutuan Malaysia”. Mereka juga menentang Artikel 121 (1A), yang telah dipinda Parlimen Malaysia masa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


5. Dalam Perlembagaan Malaysia, HANYA satu kaum sahaja yang disebut iaitu ‘Melayu’. Namun begitu, peguam peguam angkuh (arrogant) seperti Malik dan Haris enggan menerima hakikat ini bahawa kaum kaum keturunan lain dari Melayu tidak diberikan pengiktirafan sama seperti Melayu.


6. Malik Imtiaz dengan nada angkuhnya pernah memperlekeh-lekehkan usaha ‘pengIslaman’ perlbagai sistem diMalaysia, termasuk perdagangan dengan pengunakan system Bank Islam, Insuran Islam, Instrumen dan produk produk pasaran modal Islam dan sebagainya, dihadapan Public Accounts Committee diParlimen Malaysia. Berhati hatilah apabila melemparkan sokongan kepada orang seperti Malik Imtiaz Sarwar. Beliau dengan angkuh pernah mengatakan walaupun beliau diberikan pendidikan perundangan di UIAM (yang berteraskan prinsip undang undang Islam), namun begitu beliau merasa undang undang Islam merupakan lemah dan tidak memberikan kebebasan ‘civil liberty’ kepada hak hak individu.


Malik Imtiaz juga merupakan anak didik United World College diSingapura yang sebenarnya gagal mendapat tempat untuk belajar perundangan di United Kingdom dan sebaliknya terpaksa menerima ([i]reluctant[/i]) peluang belajar di UIAM. Menyokong ‘kebebasan bersuara’ ala Malik Imtiaz bermakna bebas membuat kenyataan terbuka mengenai anti Islam dan anti Melayu, sebagaimana yang disenaraikan 1-5 diatas.


Orang seperti Malik ini pandai mengolah bahasa dan memainkan makna berganda perkataan dan vokabulari Bahasa Inggeris beliau sungguh tinggi dan mendalam. Maknanya, beliau akan membelitkan perkataan yang sebnarnya menghina isu seperti Islam dan Melayu dan masih boleh ‘terlepas’ kerana hujah hujah yang mampu diketengahkan kerana kelemahan ‘makna berganda perkataan perkataan tertentu yang dipilih khas’ itu.


‘Kebebasan menyuarakan pendapat’ adalah sesuatu yang amat merbahaya jika orang licik dan beragenda tertentu seperti Malik Imtiaz dibenarkan mengunakan sewenang wenangnya. Perkataan dan ayat yang digunakan memang tidak akan memberi kesan kepada orang orang kita, yang nyatanya rata rata lemah berbahasa Inggeris tetapi mempunyai implikasi amat buruk dikaca mata dunia. terutama media yang dikawal Barat dan Yahudi.
sumber: beritakmu.net

Friday, November 16, 2007

100 ribu yang gagal -Rakyat tolak Pembangkang

Setelah kita melihat kegagalan pembangkang yang didalangi PKR dan kumpulan IFC (Sivarasa Rasiah, Raja Petra, Tian Chua, NGO2) dengan memperbodohkan Haji Hadi Awang dan PAS perkara-perkara seperti berikut perlu di fikirkan oleh ahli-ahli PAS.1). Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.

2.) Gabungan parti pembangkang dgn kumpulan anti Islam seperti IFC (Interfait Commision) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.



3) Rakyat tidak gemar pembangkang yang menyusahkan rakyat sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya, kerugian perniagaan dan lain-lain lagi.



4) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. Al Jazeera sekarang merupakan agenda barat menguasai dunia.



5) Peristiwa hujan lebat pada hari kejadian bukan secara kebetulan. Tetapi telah ditakdirkan. Difahamkan PAS mengadakan solat hajat sebelum itu memohon agar tidak hujan. Bagaimanapun pada hari kejadian, hujan turun dengan lebat sehingga menyebabkan ahli demonstrasi lari bertempiaran dan orng tidaj menyertai demonstrasi. Apakah Allah tidak mendengar dan menerima doa PAS? Allah lebih tahu PAS dan Keadilan yang suka menyeleweng agama.



6) kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tdk turun berdemonstasi bersama BERSIH? adakah nik aziz telah tahu perhimpunan itu gagal?



7) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik?



8) Handphone Ronnie Liu hilang siapa yang curi? ahli PAS ke?



9) Paling jelas laporan media bercanggah. Harakahdaily. 100k, malaysiakini 40k, suara keadilan 40k, tranungkite 20k, tetapi yang sebenarnya hadir ialah tak sampaipun 8000 orang.



10) Orang Islam sambut pemimpin KAFIR SEPERTI Lim Kit Siang dan Lim Guan eng di masjid negara. Kenapa pula penglibatan Cina dan India sangat sedikit.


Saturday, November 10, 2007

PERHIMPUNAN 100 RIBU YANG GAGAL...

Harakahdaily melaporkan dengan penuh pembohongan bahawa 50,000 orang ramai mula mendekati himpunan besar di Istana Negara tetapi di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka 30,000 masih terhalang sementara 3000 mahasiswa yang memulakan perarakan di Sogo menuju ke Bangunan Mara untuk ke Istana Negara yang dipimpin Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Mohd Ramli masih meneruskan perjalanan.


Sebenarnya yang datang berdemonstrasi tak sampai pun 3000 orang. Hasil pemantauan krew laman masterdedah kumpulan pembangkang hanya ramai berkumpul di Masjid Negara. Sekumpulan lagi termasuk Anwar dan Hj Hadi tidak kelihatan pun berjalan kaki. Mereka telah bersedia awal ke Istana Negara.


Mengikut kaji selidik yg dijalankan. Kebanyakan rakyat di KL marah kerana kesesakan ini menyebabkan perniagaan dan percutian di hujung minggu terganggu. Mereka menganggap PAS dan pembangkang lain sengaja menganggu ketenteraman dan keharmonian negara.

Gagalnya sebuah perhimpunan!!!!

Perhimpunan 10 November esok akan gagal. Desas desus kegagalan sudah jelas kelihatan. Perhimpunan 10 november sudah tentu bakal mencetuskan perbalahan seperti di Batu Burok
Terengganu.





sanggupkah pemimpin PAS seperti NIk Aziz dan Anwar Ibrahim berjalan kaki dari Dataran Merdeka ke Istana Negara? Atau rakyat menjadi hamba bodoh berjalan kaki dengan berbaju kuning. Mari kita saksikan esok adakah Anwar boleh sakit belakang kerana berjalan aki begitu jauh.

Monday, November 5, 2007

Siapa lebih rasuah? Ezam pengerusi GERAK perlu lebih telus

SKANDAL RASUAH MOHD EZAM

Anak didik kesayangan Anwar yang paling rasuah

Ceramah Ezam mengenai rasuah dalam forum rasuah pada 4 November International Hotel menggambarkan dirinya yang cakap tidak serupa bikin.

Ezam memulakan perbincangan isu rasuah dengan usaha memusatkan perhatian khalayak ke atas pandangan Ibnu Khaldun dalam kitab al-Mukaddimah yang merumuskan bahawa, punca rasuah berlaku apabila pemerintah ghairah kepada budaya kemewahan.


Katanya usaha menumpaskan rasuah perlu bermula daripada 'ruling class' kelas penguasa. Ezam secara tegas bersetuju menyandarkan hujahnya ke atas ucapan Raja Dr Nazrin Julai lalu tentang isu yang sama. Raja Nazrin berkata rasuah berpunca daripada pemimpin negara. Hal integriti nombor satu, dan ketrampilan itu pula nombor dua dalam kepimpinan kita.


Ezam dan GERAK buat kajian siasat kepada Raja-raja


Jika Ezam benar-benar percaya akan rasuah bermula dari pemimpin dan bersetuju dengan kenyataan raja Nazrin, Ezam patut kaji rasuah di kalangan raja-raja. Adakah tidak ada? Tanya mana MB atau PM atau mantan PM dan perbendaharaan. Bahkan kita tidak harus lupa berapa puluh juta duit rakyat terpaksa diguna untuk membayar hutang kasino di London kerana karenah seorang raja suatu ketika dulu.

Siapa dapat kontrak binaan Istana Negara yang baru? Ezam sepatutnya membuat kajian dan pendedahan ini. Jangan pilih kasih!!!.

Pendedahan Lokman Nor Adam bahawa Ezam adalah perasuah.

Bagaimana pula pendedahan Lokman Nor Adam mengenai rasuah yang Ezam sendiri amalkan? Mengapa Ezam tidak berani bersumpah Al Quran seperti yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam di Masjid negara?

Pembangkang memang pandai bermuka-muka! Ada pepatah inggeris yang menyebut “ PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN’T THROW STONES”.

Laporan kepada BPR

BPR sepatutnya menyiasat kes ini. Semua maklumat dan bukti yang didedahkan merupakan cukup mendakwa Ezam Mohd Nor. Lokman Nor Adam mesti dipanggil semula sebagai saksi utama. Jika video Lingam dikatakan pada tahun 2001, maka kes rasuah Ezam ini masih relevan.
Tunggu pendedahan seterusnya mengenai rasuah Ezam dan para pemimpin PKR suatu ketika dulu.

Sunday, November 4, 2007

GERAK mesti mendedahkan skandal rasuah Ezam bersama pemimpin PKR lain. Ezam mesti letak jawatan

SKANDAL EZAM MOHD NOR DAN PKR



Skandal Pengerusi GERAK

GERAK atau Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption yang berusaha memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara mesti mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini jelas disebut dalam video pendedahan Lokman Nor Adam (Bekas Setiausaha Pemuda PKR) bersama Mohd Ezam Mohd Nor suatu ketika dulu. Dalam pendedahannya beliau turut menyebut penyelewengan yang dilakukan oleh bekas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Md Nor, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan lain-lain lagi.

Lebih memalukan pengerusi GERAK sekarang Mohd Ezam Mohd Nor merupakan orang yang pernah terlibat dengan skandal wang berjuta ringgit semasa menjadi Ketua Angkatan Muda PKR. Beliau yang lantang mengkritik dan mendedahkan rasuah di negara ini rupa-rupanya adalah pemimpin yang paling korup. Dengan pendedahan ini maka Ezam mesti meletakkan jawatan.

BPR dan polis juga mesti menyiasat pendedahan yang dibuat oleh Lokman Nor Adam selaku bekas Setiausaha Pemuda PKR yang banyak mengetahui rahsia sebenar gerakan Ezam dan para pemimpin PKR. sila lihat video yang disebar dalam youtube.com.

Dedah3- Penyelewengan Pemimpin Parti Keadilan



Mari kita dedahkan penyelewengan para pemimpin Keadilan. Pendedahan ini adalah wajib. Rakyat mesti tahu betapa PKR bukan parti yang jujur.

Dedah2-Penyelewengan Pemimpin Parti Keadilan




Penyelewengan pemimpin parti Keadilan amat jelas.

Dedah1- Penyelewengan Pemimpin Parti Keadilan

Friday, November 2, 2007

PAS bersekongkol bersama IFC menghancurkan Islam


Pada 10 November 2007 ini, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang akan diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih. Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang. Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).




Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media. Mereka juga menuntut orang-orang Cina dan India diberikan tempat dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

PAS Mastermind perarakan 10 November

Walaupun perarakan ini dianjurkan oleh BERSIH tetapi mastermind perarakan ini ialah PAS. Jawatakuasa kerja PAS yang bermesyuarat pada 28 Oktpber di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar telah memutuskan mengarahkan semua ahli PAS menyertai perhimpunan raksasa. Surat arahan ditandatangi bersama oleh Hadi Awang, Ustaz Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS), Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda) dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS).

PAS Wilayah Persekutuan bersetuju menghantar 5 hingga 10 ribu ahli PAS. PAS Pahang akan hantar 3 ribu orang. Manakala negeri-negeri lain sedang sibuk berkempen mencari ahli untuk dihantar ke Kuala Lumpur pada 10 November. DAP pula bersetuju hantar 10 ribu orang ke dataran.

Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Hadi Awang Presiden PAS telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan ucaptama.

DSAI telah berjaya memperbodohkan PAS.
Melalui balaci dan orang kuat DSAI, Kamarudin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) telah berjaya menguasai PAS. DSAI berjaya mempergunakan PAS untuk kepentingannya dalam perarakan 10 November. Niat DSAI sudah tentu mahu membangitkan semangat 1999 yang pernah dicetuskan oleh beliau. PAS bersekongkol dengan gerakan anti Islam di Malaysia untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.

Pelopor BERSIH dan perhimpunan Raksasa 10 November disokong kuat oleh gerakan anti Islam di Malaysia. Pertubuhan seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC), Writers Alliance for Media Independence (WAMI), Civil Rights Committee (KLSCAH), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Malaysian Voters Union (MALVU), National Human Rights Society (HAKAM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Research for Social Advancement (REFSA), Unit Pemikiran Politik (IKD), Women’s Development Collective (WDC), dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) adalah gerakan yang anti Islam.

Gerakan di atas paling banyak menyokong gerakan anti Islam yang diperjuangkan oleh Interfaith Commission (IFC). Malah IFC pernah ditaja oleh Konrad Adeneuer Foundation (KAF) sebuah Yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman. Apakah PAS lupa dengan tuntutan gerakan anti Islam di Malaysia yang mempertahankan gejala murtad dikalangan umat Islam di Malaysia? Atau mencampuri hal ehwal agama Islam dan memberikan kuasa kepada mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah.

Bagaimana PAS boleh menyokong pertubuhan ini? Malah menjadi dalang utama menggerakkan perhimpunan raksasa 10 November? Tidakkah ini menunjukkan PAS sangat bermuka-muka? Apakah PAS sanggup menghancurkan umat Islam di negara ini?

Helah golongan anti Islam di negara ini

Kejayaaan golongan anti Islam memperdayakan PAS merupakan satu kejayaan yang sangat besar kepada proses menjatuhkan umat Islam di negara ini. Gerakan ini telah berjaya mengaburi penonjolan diri pertubuhan mereka daripada dilihat sebagai anti Islam. Namun dengan adanya PAS gerakan ini dapat berselindung dan bergerak daripada dalam.

Kerajaan telah sedaya upaya mempertahankan Islam, Melayu dan perpaduan di negara ini. Namun usaha PAS ini adalah sesuatu yang sangat menjijikkan. Demi kepentingan parti, PAS sanggup menggadaikan agama sendiri. Lemah dan hancurnya Islam di negara rupanya satu sejarah yang dicipta oleh PAS.

Oleh itu rakyat di negara ini mestilah matang dan menolak segala usaha yang melemahkan umat Islam negara ini. Malah usaha memecahkan perpaduan rakyat yang terpelihara sejak merdeka adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

Mahukah rakyat Malaysia menjatuhkan negara sendiri? Apatah lagi agama Islam digadaikan.

Wednesday, October 31, 2007

Majlis Peguam di perbodohkan oleh PKR.Bukan kerana Keadilan tetapi mata pencarian tergugat.

Peguam diperkudakan oleh PKR dan Sivarasa Rasiah

Pada 27 September2007 seramai 1500 anggota Majlis Peguam telah berarak panjang dari bangunan Palace of Justice ke Dataran Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan dan dinamakan "walk of justice".Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Turut serta ialah naib presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dan setiausaha majlis itu Lim Chee Wee, Malik Imtiaz Sawar, Tommy Thomas, N. Sivanathan dan Sivarasa Rasiah (Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mastermind perarakan ini ialah Sivarasa Rasiah yang jelas membuktikan betapa PKR dan Anwar Ibrahim memperkudakan Majlis Peguam. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5km selama 45 minit secara aman , tanpa kekacauan.
Mereka menyerahkan dua memorandum kepada setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Wan Farid Wan Salleh. Dua memorandum itu ialah :
Menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim.
Menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video seorang peguam terkenal dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini pada 2002 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Akhirnya Majlis Peguam Malaysia mendapat publisiti yang meluas. Dengan pelbagai masalah yang melanda pertubuhan itu termasuk krisis pemilihan dalam kepimpinannya, pertubuhan yang ‘mati segan tak mahu’ ini menyeru bangkit kepada ahlinya berdemonstrasi beramai-ramai di Putrajaya. Kebanyakan ahlinya pun tidak tahu tujuan sebenar perarakan itu. Tetapi atas alasan duit poket peguam dan bisnes para peguam akan tersekat maka tampillah para peguam yang diperbodohkan oleh PKR itu berarak di Putrajaya. Sungguh malang sekali.
Pada asalnya Badan Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai. Namun kerana video yang tidak dipastikan kesahihannya majlis peguam Malaysia mengambil tindakan atas tipu daya PKR. Apakah ini satu keadilan?

Kerana kes video klip, Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan rakaman video tahun 2002 itu. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye ditugaskan untuk menyiasat. Tidakkah ini membuang masa apabila menyiasat video yang tidak sah ketulenannya. (Video yang diedit).

BPR mendedahkan bahawa video klip yang dimiliki oleh PKR adalah tidak tulen dan tidak boleh digunakan sebagai bukti yang sah. BPR juga mahukan PKR dan Anwar menyerahkan saksi utama video klip. Namun sehingga sekarang masih belum ada nama saksi diberikan kepada pihak BPR.

Janganlah hanya kerana wang maka ahli Majlis Peguam sanggup bertindak melulu tanpa usul periksa. Sebenarnya ramai sangat peguam yang tiada kes yang boleh dikendalikan sekarang. Jadi para peguam ini buat hal. Nampaknya PKR seperti mahu memberikan kerja kepada mereka. ...

Wednesday, September 19, 2007

PAS MENGGANAS DAN MENIPU FAKTA SEBENAR PAS

PAS MENGGANAS DAN MENIPU FAKTA SEBENAR

- Inikah yang diajar oleh PAS selama ini-

PAS HADIAHKAN KEGANASAN SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

Tragedi rusuhan pengikut PAS, 8 September yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu adalah bukti betapa PAS melahirkan pengikut yang ganas. Berikut dihuraikan beberapa perkara berkaitan tragedi melibatkan keganasan PAS dan betapa pemimpin PAS terpaksa memutarbelitkan fakta mengenai isu rusuhan Batu Buruk yang kononnya didalangi oleh UMNO. Tetapi sebenarnya dilakukan oleh PAS.

Fakta sebenar

1) Di Terengganu 200 permit ceramah kepada PAS diluluskan. Terdapat 200 lagi ceramah haram yang tidak diganggu oleh POLIS. Fakta sebenar ialah POLIS ajak berunding untuk pindah tempat yang lebih sesuai tetapi PAS enggan!!

2.) Permit tidak lulus kerana MEMBUAT CERAMAH DI KAWASAN ISTANA, KEDIAMAN KAKITANGAN AWAM, HAKIM & ORANG AWAM.

3) Polis menjadi mangsa keganasan PAS. Polis dipukul dan dibaling batu. Polis terpaksa mempertahankan diri.



Polis dicederakan oleh pengikut PAS

4). PAS derhaka & khianat kepada negara sehingga sanggup bakar jalur gemilang





"Kita tidak bertuankan orang yang mengajar mengkhianati negara.
Inilah wajah PAS yang sebenar"




5). PAS CUBA TIPU RAKYAT!!

“…kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan sebab itu kita mahukan suruhanjaya Di Raja ditubuhkan…” kata Mustafa Ali, semasa Sidang media di KL sehari lepas kejadian



- Mustafa kata tak tahu. Tapi dia ada dalam program itu. Memang dasar penipu-

“…Padahal kita dah batalkan ceramah pada malam itu…”Kenyataan kepada SINAR HARIAN

“…rusuhan itu dilakukan oleh puak UMNO…”Sidang Media di Kuala Terengganu,12 September 2007

KALAU UMNO, KENAPA PAS YANG CEDERA?



6). SETIAP KALI GANAS, PAS TUDING KEPADA UMNO. TETAPI SEBENARNYA PAS YANG GANAS. BUKTI KEGANASAN PAS.



• 26 MEI 2005 – MOLOTOV COCKTAIL DI KG. BUJAL, KEMAMAN





• 19 JUN 2005 – DEMONSTRASI GANAS DI WISMA DARUL IMAN






- Betapa kasarnya penyokong PAS. -


• 26 OGOS 2005 – PAS SERANG BANGUNAN UMNO KUALA NERUS





• 9 SEPTEMBER 2007 – DEMONSTRASI GANAS DI BATU BUROK




PAS DERHAKA!!PAS KHIANAT!!KEPADA NEGARA - BAKAR JALUR GEMILANG

Tugas kita

• Gagalkan penyelewengan fakta oleh PAS

• Fahamkan rakyat fakta sebenar

www.ganulening.net
www.ganukita.net
http://ganulening.fotopages.com
http://khianatjgemilang.fotopages.com

Tuesday, September 18, 2007

Kes UPM:Laptop kena curi atau dalam Laptop ada bahan lucah!!!

LAPTOP KENA CURI ATAU
LAPTOP ADA BAHAN LUCAH

Pelajar tahun pertama Universiti Putra Malaysia (UPM), Yee Yang Yang telah membuat laporan polis terhadap unit keselamatan UPM yang didakwanya telah mencuri komputer riba miliknya, telefon bimbit serta MP3 bernilai RM6,000 malam Jumaat lalu.

Tahniah kepada pengawal UPM yang menjalankan tugas dengan cemerlang bagi membendung anasir luar masuk ke UPM. Apakah kandungan yang ada dalam Laptop mahasiswa cina ini? Ya sudah tentulah strategi mahasiswa pro pembangkang terdapat dalam laptop itu. semua secara detail dipaparkan dalam laptop itu. akhirnya terbongkar.

Lebih dahsyat lagi laptop itu mengandungi bahan lucah yang banyak. Nampaknya laporan mencuri adalah satu teknik mahasiswa pembangkang melarikan diri. Kesilapan pegawal kesilapan ialah tidak mengeluarkan resit tangkapan seperti yang mereka lakukan. Isu curi hanyalah satu lagi cara terdesak mahasiswa pro pembangkang. Paparan kemudian akan mendedahkan kandungan laptop berkenaan.


Tuesday, August 21, 2007

Beranikah Anwar Saman KHAIRY?


Anwar dalam ucapannya di majlis makan malam anjuran PKR bahagian Segambut berkata, beliau akan menghantar surat saman kepada Khairy yang menuduhnya sebagai ejen Yahudi dan pengkhianat kepada orang Melayu.
Wow!!! berita yang sangat-sangat dinantikan. Teruskan. Kesudahannya mesti menarik. Rasanya semua orang tahu DSAI bersahabat dengan Wolfowitz, syaitan neo konservatif terunggul di atas muka bumi ini. Siapa tidak tahu? Adakah Anwar tidak kenal manusia dalam gambar sebelah kiri itu? atau Anwar buat-buat lupa.
Tak kan Anwar begitu bodoh untuk tidka tahu manusia yang bernama Wolfowitz? apakah wolfowtz tidak kenal Anwar? apa istimewanya Anwar sebagai oran biasa di Malaysia di sayangi oleh bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan Pengerusi Bank Dunia ini? Kes Skandal Saha Reza turut melibatkan Anwar melalui Foundation of Future.
So mesti sesuatu yang menarik bila Anwar mengatakan dia bukan agen Yahudi...selalunya org jahat tak mengaku dia jahat.

Monday, August 6, 2007

Isu Azly Rahman: Bukan janji tetapi hutang beliau RM1.2 juta:



Dr Azly dan Rr Mutiara.
Pelajar Phd yang tidak cemerlang dan ingkar..
berhutang 1.25 juta
Rasakan Bagaimana rasanya memburukkan orang lain dengan
memesongkan fakta sebenar. Kalau pensyarah asyik berpolitik saja tanpa rajin mengajar itulah nasibnya.


Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Zaini Nasri hari ini memberi penjelasan sebab-sebab mengapa Dr Azly Rahman dibuang kerja sertai isu berhubung keengganan beliau menandatangani surat Akujanji.


Penjelasan tersebut diberikan dalam satu kenyataaan oleh Pengarah Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Zaini Nasri kepada malaysiakini melalui emel hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Mohd Zaini yang bertajuk Isu Azly Rahman: Bukan janji tetapi hutang beliau RM1.2 juta:


Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan artikel yang disiarkan portal internet, malaysiakini pada 30 Julai 2007 bertajuk: “UUM VC: Apologise or we’ll slap you with an injuction”; dan `I want to serve...’ oleh Azly Rahman serta `UUM bersikap anti-intelektual’ oleh Lee Ban Chen pada 1 Ogos 2007.


Perkara pertama berkaitan kenyataan-kenyataan Dr Azly bahawa beliau dibuang daripada UUM kerana enggan menandatangani Surat Akujanji pada Disember 2004 dan UUM menghalang beliau menulis sesuatu yang menfitnah UUM ekoran notis firma guaman Azam Aziz & Co pada 5 Julai 2007.


Perkara kedua, Jabatan Perhubungan Awam UUM ingin menjelas dan memberikan kronologi isu ini begini: Dr Azly dibuang kerja atas dua pertuduhan 1. Tidak balik bertugas pada waktu yang ditetapkan walaupun UUM berkali-kali memberi peluang kepada beliau untuk kembali bertugas. 2. Beliau tidak menandatangani surat akujanji.


Perkara ketiga, Dr Azli dan isteri Dr Mutiara Mohamad belum membayar hutang RM1.25 juta kepada UUM.


Sebagai seorang pekerja dengan majikan, apa lagi dengan institusi ilmu seperti UUM, menjadi satu kesalahan jika seseorang di Malaysia tidak datang bekerja. Oleh itu, Dr Azly dan Dr Mutiara tidak boleh diberi keistimewaan untuk tidak datang bekerja seperti rakyat lain di Malaysia. Soal sekiranya institusi ilmu seperti Columbia University, tempat dikatakan Dr Azli bekerja sekarang, membenarkan beliau untuk tidak datang bertugas, tetapi ini tiada berkaitan di Malaysia.


Dr Azly yang disahkan dalam perkhidmatan sebagai pensyarah UUM pada 20 Januari 1996 telah diluluskan pembiayaan menyiapkan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di Columbia Universiti USA selama 36 bulan mulai 2 Disember 1997. Begitu juga dengan isterinya, Dr Mutiara Mohamad yang disahkan jawatan pada 1 Disember 2005 diberi pembiayaan yang sama untuk menyambung pengajian.


Mana-mana pembiayaan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dengan kakitangannya di Malaysia, akan ada surat perjanjian, sama seperti perjanjian di antara peminjam wang dengan bank. Yang melanggar perjanjian mengikut amalan di UUM, mestilah ada implikasi tertentu.
Pada 2 September 2000, kedua-dua mereka patut memiliki Ph.D dan pulang mengajar anak-anak bangsa di UUM, tetapi mereka tidak juga pulang.


Bagaimanapun, UUM dengan murah hati memberi lagi tempoh pelanjutan kepada mereka berdua selama 12 bulan lagi, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh oleh UUM.


Siapa yang menzalimi siapa?


Walaupun sudah habis tempoh berkenaan, Dr Azli dan Dr Mutiara merayu untuk melanjutkan lagi tempohnya berada di USA, UUM memberi peluang sekali lagi selama enam bulan mulai 2 September 2001, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh.


Siapa yang menzalimi siapa?


Mereka berdua tidak juga mahu balik bertugas dengan UUM. Pada 2 Mac 2002, mereka berdua sekali lagi merayu dan atas belas kasihan universiti sekali lagi mempertimbang dan meluluskan sekali lagi tempoh pelanjutan selama enam bulan dengan dibayar gaji mereka.


Siapa menzalimi siapa, sedangkan mereka dibayar pembiayaan menggunakan wang universiti.
Pada 2 September 2002, dan atas sebab rayuan mereka, sekali lagi universiti dengan penuh perikemanusiaan memberi peluang kepada mereka diberi tempoh sembilan bulan pelanjutan tempoh kepada mereka berdua sebelum kembali bertugas di UUM.


Ini bermakna mereka telah diberi empat kali diberi peluang untuk memanjangkan tempoh pengajian berada di sana, tetapi mereka tidak juga pulang untuk mengajar anak-anak bangsa yang sangat memerlukan bimbingan mereka berdua, pada waktu itu. Isu sama ada beliau seorang ahli akademik yang cemerlang dengan mengambil masa begitu lama untuk menyiapkan Ph.D tidak pernah dibangkitkan oleh UUM sebelum ini, berbanding dengan pensyarah lain.
Jika dari 2001 beliau pulang dan mengajar anak-anak bangsa, sudah berapa ramai UUM dapat mengeluarkan graduan yang cekap berfikir dan bertanggungjawab terhadap hutang. Atas apa jua alasan yang diberikan, UUM dengan penuh rasa kemanusiaan memberi peluang kepada beliau untuk masih berada di sana.


Universiti mengeluarkan surat untuk mereka kembali bertugas pada 31 Oktober 2003, tetapi mereka berdua tidak jua pulang ke Malaysia dan UUM untuk bertugas.


Oleh sebab biasiswa dan perbelanjaan untuk mereka berdua diberikan dalam tempoh berkenaan menggunakan wang universiti iaitu wang rakyat Malaysia, UUM terpaksa membawa kes ini ke Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan mendapati kesalahan mereka berdua patut dikenakan hukuman buang kerja, pada 5 November 2003. Mesyuarat Jawatankuasa tatatertib pada 16 Mac 2004 mendapati adanya kes prima facie dan surat pertuduhan dikeluarkan pada 17 Mac 2004.


Oleh sebab engkar kembali bertugas dan melanggar perjanjian belajar di bawah Skim Latihan kakitangan Akademik dan Pentadbiran, UUM telah menghantar notis tuntutan ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada mereka berdua pada 16 November 2005.


Oleh sebab mereka memohon masa untuk mendapat bantuan guaman, maka sekali lagi atas dasar perikemanusiaan, universiti pada 22 Disember 2005, setuju memberi masa sehingga 30 Jun 2006. Apakah ada universiti dalam dunia ini sebaik ini meluluskan sebegitu banyak rayuan daripada kedua-dua mereka? Adakah mereka berdua ini terlalu istimewa berbanding para akademik lain yang lebih cemerlang daripada mereka?


Namun begitu, sehingga setahun kedua-duanya tidak juga membayar hutang itu kepada universiti. Mungkin Universiti di Amerika tidak akan menuntut hutang sebanyak RM1.25 juta kerana universiti itu kaya, tetapi universiti di Malaysia bukanlah sekaya itu untuk membiarkan wang pembayar cukai sebanyak RM1.25 juta kepada hanya dua orang, Dr Azly dan Dr Mutiara.
Selepas setahun tidak juga kedua-dua mereka membayar balik ganti rugi kepada universiti ini, UUM melalui firma guaman Bahador Omar & Co menghantar notis tuntutan pada 23 Julai 2007 sebanyak RM1.25 juta kepada kedua-dua mereka.


Tidakkah Dr Azly dan Dr Mutiara tidak merasa kesian kerana akan menzalimi kedua-dua penjamin mereka iaitu Mohamad bin Salim dan Ahmad Azmi Ariffin yang akan terpaksa membayar bagi pihak mereka?


Kes ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.
Dalam tempoh sehingga ini, Dr Azli bukan sekali menulis artikel menyatakan UUM mengambil tindakan kerana engkar menandatangani surat akurjanji, seolah-olah universiti mengekang kebebasan bersuara.


Sebagai ahli akademik, apa lagi yang beragama Islam, bukankah satu keaiban akademik jika hanya menyiarkan sebahagian fakta dan menyembunyikan fakta lain? Bukahkah prinsip akademik perlu mendedahkan semua fakta.


Bukan sekadar tidak berterima kasih kepada UUM yang telah memberikan begitu banyak kebajikan dan menerima rayuan berkali-kali daripada beliau, Dr Azly memilih untuk memburukkan reputasi UUM di seluruh dunia.


Beliau juga sanggup menghina semua ahli akademik di universiti di negara ini dan kerajaan Malaysia kerana rata-rata ahli akademik menandatangai surat akujanji.


Oleh sebab UUM terus ditohmah Dr Azli walaupun mereka berdua bukan lagi kakitangan UUM, UUM meminta firma guaman Azam Aziz & Co untuk meminta Dr Azli tidak lagi memburukkan nama UUM.


Ringkasnya, Dr Azli dan isterinya Dr Mutiara mesti membayar ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada universiti kerana engkar untuk balik bertugas dan beliau kini bukan lagi kakitangan Universiti Utara Malaysia. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan menandatangani Akujanji selagi beberapa kluasa tidak diubah, sudah tidak relevan. Itu kenyataan `melukut di tepi gantang’ kerana beliau adalah bekas kakitangan yang telah dibuang kerana kesalahan tatatertib. Beliau tak perlu lagi berbuat demikian.


Kes Dr Azli Rahman ini tiada kaitan dengan Naib Canselor sekarang dan Naib Canselorpun tidak mengenali siapakah Dr Azli, walaupun Dr Azli ada merayu-rayu untuk kembali menjadi kakitangan UUM dengan memuji-muji Tan Sri Dr Nordin Kardi.


Malah, dalam satu emel kepada Tan Sri Dr Nordin yang turut disalinkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dr Azly menulis: `I was also, during my two weeks stay here in Malaysia, been made aware that you are an educational leader who is open enough to work out peaceful solutions to the issue; unlike your predecessor.’ Beliau seolah-olah cuba membeli hati Dr Nordin yang tidakpun kenal siapa Dr Azly.


Yang memberhentikan Dr Azlipun bukanlah Tan Sri Naib Canselor tetapi oleh jawatankuasa tatatertib dan diperakukan dalam Lembaga Pengarah Universiti, yang pengerusinya bukanlah Naib Canselor UUM.


Dr Azli dan Dr Mutiara berhutang dengan UUM, maka sebagai penghutang beliau perlu bertanggungjawab terhadap hutang itu. Memang di atas planet bumi ini semua orang mahukan pelbagai kebebasan seperti ditulis Lee Ban Chen, tetapi kebebasan untuk tidak membayar hutang hampir tidak ada.


Meminjam ayat Dr Azly `we must continue to help the poor, the oppresed dan the marginalised of all races…’ UUM bersedia menjadikan RM1.25 juta yang dihutang oleh Dr Azly dan Dr Mutiara sebagai biasiswa kepada mana-mana kaum termasuk kaum Cina di Ulu Lenggong atau kaum India miskin dan anak pekerja ladang untuk belajar di UUM.


Dengan menyembunyikan fakta, bolehkah disoal dan menulis berkali-kali mengenai orang tidak mengenali beliau dan beliaupun tidak kenal dengan orang yang ditulisnya, maka siapakah yang lebih politically motivated?’ Siapakah yang membela rakyat? ‘Class’ masyarakat mana yang selalu meminta diri dilayan dengan istimewa?

Wednesday, July 11, 2007

Lagi Hakim kata Anwar Homoseksual..

"We find evidence to confirm that the appellants (Anwar Ibrahim and Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
-Datuk Tengku Maimon Tuan Mat -


Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetepikan saman fitnah oleh Anwar kerana menuduhnya seorang homoseksual, point-point penting yang perlu dihighlightkan oleh kita semua berkenaan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tengku Maimon Tuan Mat berkenaan kes saman tersebut iaitu:

“Walaupun sabitan terhadap Sukma telahpun diketepikan sejak itu, masih terdapat satu penemuan kehakiman di mana Anwar sebenarnya telah mengambil bahagian dalam perlakuan homoseksual.

“Penemuan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Anwar telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, dan walaupun rayuan Anwar telah dibenarkan dengan majoriti oleh Mahkamah Persekutuan.

“Dengan fakta-fakta latar belakang kes dan semua penghakiman yang dirujuk seperti di atas, adalah jelas bahawa pihak pembelaan akan berjaya. “Tiada gunanya untuk mendesak supaya pembelaan dibuktikan pada satu perbicaraan penuh.”


Keputusan penuh hakim:


Friday, June 1, 2007

Bohong Anwar- Foundation for the Future tiada kaitan dengan US?

Lagi Sandiwara Anwar

Anwar cabar buktikan kaitannya dengan Bank Dunia

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Yayasan bagi Masa Depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz. Beliau berkata, yayasan tersebut tidak pernah berurusan dengan Bank Dunia dan tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dari Amerika Syarikat (AS).
“Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. “Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan,’’

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Apa lagi sandiwara si Al Juburi ini. Katanya tiada kaitan dengan US. Sila lihat laman web www.state.gov. mengenai Foundation for the Future

Kaitan dengan US jelas bahawa yayasan yang dipengerusi oleh Anwar itu sendiri dilancarkan oleh Rice seperti kenyataan rasmi oleh US Department of State tu.

"It was launched by Secretary Rice and other ministers from the Broader Middle East and Europe at the December 2005 Forum for the Future in Bahrain."


Wednesday, May 23, 2007

Anwar terlibat Skandal Wolfowitz

David Corn (Pengarang The Nation bagi Washington) dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.

Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005. Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.Perpindahan itu menyebabkan kenaikan gaji Shaha sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz. Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur.

Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut. Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau.

Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu. Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.

sumber: http://www.pilihanrayakini.blogspot.com/

Monday, May 21, 2007

Siapa lebih celupar sehingga tahap maki Melayu!!!



Ungkapan Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu terhadap YB Fong Po Kuan DAP-Batu Gajah ‘bocor tiap-tiap bulan’ bukanlah isu besar sangat kalau nak dibandingkan dengan beberapa insiden yang pernah berlaku masa perdebatan dalam dewan. Tetapi oleh kerana semua ini mainan media maka isu ini sudah menjadi isu besar.

Sebenarnya adalah lumrah pada setiap sesi ada saja ahli parlimen yang laser , seolah-olah tidak diinsuranskan mulutnya dan celupar. Mungkin para YB ini berfikir mereka mempunyai kekebalan imuniti sebagai ahli parlimen yang bebas berbicara maka mereka boleh bercakap apa sahaja.


Isu Bung Mokthar berkata “ Mana ada bocor... Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga ” teus dijadikan mainan oleh pembangkang khususnya DAP. Seolah-olah DAP ini begitu suci dan jujur tidak bercakap seperti itu kepada BN. Mari kita lihat perbahasan tahun 1996 yang lebih jauh sensitifnya. Kalau hal ini berlaku pada tahun 2007 sudah tentu lebih hebat panasnya. Bayangkan kalau yang dikutuk ini ialah DAP sudah tentu lebih panas.Kesimpulannya mudah..kalau Melayu yang dimaki atau kutuk oleh DAP tak apa..ini demokrasi yang sebenar. tapi kalau tersebut sedikit sahaja perkataan sensitif Cina.."tidak boleh ini sensitiviti kaum". Mulalah akhbar cina bermain api..

Dalam kehangatan perbahasan tahun 1996, Karpal Singh melabelkan bekas Ketua Menteri Melaka sebagai ‘PUKI mak punya Melayu’ menyebabkan Datuk Noh melenting dan meminta Karpal menarik balik kenyataannya. Ahli-ahli Parlimen lain turut menuntut perkara yang sama, tetapi kata Karpal Singh, Melayu yang dirujuknya itu bukan seorang ahli dewan dan tidak dilindungi imuniti.
Begitu juga dengan Lim Guan Eng satu ketika dulu dan bapanya, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dulu dan kini yang apabila bangkit sahaja memungkinkan berlakunya pertengkaran, kadang-kala melibatkan isu-isu perkauman. Nak dengar yang hebat-hebat lagi, carilah handsard (catatan bertulis setiap patah yang diucapkan di dalam dewan) oleh Mohd. Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Apandi Ali atau mendiang P. Patto. Pendek kata, pertelagahan, perbezaan pendapat, maki hamun, tuduh-menuduh dan juga salah-menyalahkan adalah mainan dewan persidangan.

Dari segi teknikal sebenarnya Bung Mokhtar boleh mengelak bahawa yang dia maksudkan bukan Fong Poh Kuan kerana “Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga” boleh dimaksudkan perkara lain sama seperti teknik Karpal Singh pada tahun 1996 merujuk kepada bukan ahli dewan yang dilindungi imuniti.

Bagaimanapun Bung Mokhtar dan Mohd Said telah memohon maaf maka isu ini telah selesai. Isu dewan sepatutnya selesai di dewan tidak perlu di luar

Isu lebih besar.. menyentuh sensitiviti kaum

Karpal Singh melabelkan bekas Ketua Menteri Melaka sebagai ‘PUKI mak punya Melayu’ atau Lim Kit Siang banyak mengutuk orang Melayu dalam sesi perbahasannya tidakpun menjadi isu kepada negara. Kenapa? Kerana BN memahami ahli Parlimen boleh bercakap apa sahaja. Isu dewan selesaikan di dewan.

Kerana kelantangan Bung Mokhtra tiba-tiba pula DAP mahu menganjurkan satu forum mengenai menghormati wanita di sebuah dewan di Kuala Lumpur, pada hari Khamis ini.

Rasanya DAP perlu menganjurkan seminar bagaimana untuk menghormati Melayu dan mengawal mulut terlebih dahulu. Rupanya DAP terasa untung dengan isu bung mokhtar. Apa pun isu ini tetap ada hikmahnya, DAP tentu lebih berhati-hati bercakap pula. Bagi BN lain kali kalau DAP bercakap mengenai kaum main saja dalam media kita.

Sunday, May 20, 2007

Wakil rakyat PAS kaya dan Halau Melayu


Wan Abdul Muttalib Embong, wakil rakyat PAS kawasan Batu Buruk lantang mengutuk dan mengata kepada kerajaan BN kononnya tak bela Melayu dan sebagainya. Dia ni kalau pergi ceramah PAS, pakai jubah dan kupiah – nampak lebih ulama daripada ulama tetapi hakikat sebenar haprak belaka.

Hari ini syarikat guamannya yang digunakan seorang bukan Melayu untuk “menghalau” mereka dari tanah. Kalau pun betul, kawan kita orang Melayu ini duduk di atas tanah orang (bukan Melayu) tetapi yang membela yang bukan Melayu itu ialah syarikat guaman Wan Muttalib sendiri. Wan Muttalib pernah dilantik sebagai syarikat guaman rasmi kerajaan negeri. Semua syarikat yang dilantik mempunyai kepentingan dengannya.

Saturday, May 19, 2007

Ulamak Pas VS Sekular PAS


Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu 1 Jun ini sekali lagi akan menyaksikan pertembungan antara pemimpin aliran ulama dengan profesional. Beberapa kawasan PAS di Kedah telah mencalonkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (atas), 63, untuk menentang penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa, (atas) 45, dalam muktamar kelak.
Dalam muktamar lalu, beberapa jawatan utama dimenangi golongan bukan ulama yang beraliran sekular seperti timbalan presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden - Datuk Husam Musa, Mohd Sabu dan Datuk Hasan Ali. Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar juga bukan dari aliran agama dalam barisan kepimpinan PAS.
Hadi nampaknya mahu menyelamatkan PAS dari golongan sekular ini. Maka Hadi telah merancang menjatuhkan Nasharudin Isa. PAS juga dilanda masalah besar apabila kumpulan sekular ini kebanyakannya penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Thursday, May 17, 2007

Anwar mahu DEB mansuh, masa TPM kebas semua dan beri pada kroni!


Anwar memang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Kalau depan cina dia kata DEB mesti mansuh. Tapi kalau ceramah depan Melayu sikit pun dia tidak bercakap mengenai DEB. Inilah manusia paling pembohong dalam dunia. DEB telah bantu Melayu mcm dia bantu kroni dia dulu. sekarang bila dah tidak ada kuasa bolehlah cakap banyak.