Tuesday, May 22, 2007

Anwar terlibat Skandal Wolfowitz

David Corn (Pengarang The Nation bagi Washington) dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.

Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005. Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.Perpindahan itu menyebabkan kenaikan gaji Shaha sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz. Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur.

Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut. Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau.

Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu. Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.

sumber: http://www.pilihanrayakini.blogspot.com/

2 comments:

aziezoul said...

Tak jumpa pun kaitan Skandal Workowitz dengan anwar kat dlm www.davidcorn.com. Buat lawak kartun la lu.....

gelagat niaga said...

Ada lagi pendokong Al-Juburi tu, ya!

Jangan sampai rabak, ya!