Harian Metro menyiarkan mengenai IKD di muka depan
Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk "Anak Seni Tolak Agama" oleh : Wartawan, Helmy Abd Rahman.
Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki 'mat salleh'.
Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.
Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.
Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai 'kitab' ajaran mereka.
Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan 'freethinker' ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.
Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).
Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.
Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.
Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk 'Bila Tuhan Berbicara' di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk 'Kekasih Sam Po Bo' yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.
IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.
Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki 'mat salleh'.
Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.
Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai 'kitab' ajaran mereka.
Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan 'freethinker' ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.
Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).
Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.
Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.
Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk 'Bila Tuhan Berbicara' di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk 'Kekasih Sam Po Bo' yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.
IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.
Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka.
Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah 'Bukak Api' (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis' ( mengagungkan Chin Peng).

'Bukak Api' ialah filem Osman Ali, dan Filem 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis' adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).
IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya. KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC).
Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?

16 comments:
Lawak la blog ni. Betul ke tuduhan-tuduhan tu? Saya nampak entri ini sangat keliru, dan ia mengelirukan pembaca.
blog bodoh ni
artikel ni nampak sangat memfitnah. aku kenal sangat sesetengah nama tu. mana ada macam tu.
tapi aku akui. IKD sekarang dah tak sama dgn IKD dulu.
kepada penulis blog, kau tak tau ke.. satu masa dulu, IKD ni lah yang banyak support Kerajaan.. dan ramai menteri kabinet sekarang ni pun sebenarnye kaki bodek IKD je suatu masa dulu. nape la ko fitnah orang macam ni.
macam tu lah dia Melayu mudah lupa.
kelakar kelakar ...bila pulak orang amNO ni pandai guna Blog ...hahahah
Ini semua mainan Al-Juburi tu! Apa nak heran.
IKD tu sapa chief mereka masa baru tubuh dulu? Bukan ke si KJ, iaitu Kamarudin Jaafar - bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia dulu - budak si Al-Juburi tu. Yang sekarang ni dia dah jadi orang kuat parti PAS pulak sejak Al-Juburi kena terajang keluar daripada UMNO.
Budak-budak Anwar ada yang masuk parti PAS, ada pulak yang tubuhkan Parti Keadilan (parti cap mata satu - i.e. mata 'Dajjal' - the All-Seeing Eye!), dan ada lagi saki-baki budak-budak dia yang masih lagi dalam UMNO!
Terror si mamat Al-Juburi punya mainan susun-atur politik dia, merata-rata ada budak-budak dia! Siapa ajar dia semua 'permainan' ni - pihak Barat-Keparat, kut!?
Hishamudin Rais pulak siapa tak kenal! Bukan ke dia lari lintang pukang ke luar negeri semasa demonstrasi tahun 1974 dulu - takut kena tangkap masuk ISA! Lari pulak tu ke negara komunis! Orang macam ni mana ada konsep Agama punya! Sekarang ni dia nak buat lagak pulak jadi penulis jemputan kat Malaysia-Today. Piiraah !!
Ini semua Em-Si-Gay-Gay punya geng ada yang sedikit-sebanyak dah rosak punya kaki!
KAF (Yayasan Konrad Adeneur) kita paham-paham aje lah, muslihat mereka kan! Takkan pulak mereka nak bela umat Islam, kan? Nak punahkan lagi tentulah lebih pasti!
Inilah dia kaki-kaki pendokong si Al-Juburi tu!
P.S. - kepada pak ab,
Mana awak tahu si pemilik blog orang amNO? Saya pun bukan orang amNO tau! - tapi sangat mencurigai tindak-tanduk si Al-Juburi tu?
aku tak pro mana2..tapi kalau org bkn umno ckp ni blog tuduh dan fitnah,blog pembangkang apa kurangnya.lagi dasyat fitnahnye.
contohnya laporan harakah banyak yang melencong dan menipu pembaca.betul aku tak tipu.penah terjadi kat aku,tapi bila baca harakah lain plak laporannya.lagi telus laporan utusan malaysia yg PKR ajak boikot tu.
aku mmg kagum kat anwar sebab orang dia ada kat mana2.mmg handal.kalau jadi pemimpin mmg sesuai.tapi tak kena pada tempatnya.anwar mungkin sesuai jd PM israel.jd PM malayaia mungkin tidak walaupon aku dirasuah kawin dgn anak2 beliau yg cute2 tu.
aku harap PAS kene hati2 dengan anwar ni.apa kata orang pas calonkan saja hj hadi jd PM selepas paklah andai kata kerajaan dpt ditumbangkan..nak harapkan najib umno pun dia difitnah sangkut kes altantuya.nama tak bersih tak sesuai jd PM.
aku sokong fahlavee, aku sendiri pun biasa baca harakah n fitnah diorg ni sgt2 terlampau..aku igt lagi time tu aku form 5..aku cam biasa suka dengar n baca dr dua2 belah pihak..bn nya side n harakah gak..
aku sgt pasti dgn ucapan Tun..dgr penuh teks ucapan dia.,.tapi bila baca harakah..wah2 dia putar belit ucapan TDM cut paste sana sini sampai ucapan TUn jadik menyimpang jauh..
time tu aku mmg sgt terkejut sbb mmg aku saksikan semua tu dgn mata n telinga aku sendiri..mmm..harakah mmg dah lama jadik penipu besar..
Tun Nyemah
fahlavee,hang janganlah jadi banggap sangat,kalau DSA rasuah anak dia yang cute2 tu hang sapulah saja,lepas tu hang bawak cabut lari masuk kem Paklah pulak macam Ezam kan bagus,
Nilah dikatakan perjuangan
Kalau betul cerita nie dan tujuan pendeddahan adalah untuk peringatan dan juga pelajaran kepada kita, aku setuju. Tapi kalau direa-reka untuk sesatu tujuan tak baik, tunggu ajelaa balasan dari Allah. Para pembaca pula tak payahlaa cari dosa kering dengan kata-kata yang tak sopan...cubalah gunakan perkataan yang baik dan sesuai sebagai seorang muslim kalau kita tak bersetuju dengan penulis. SOPAN SANTUN AMALAN KITA....TUNTUTAN ISLAM .
haji adi x boleh jadi P.M..
bg ar NIK AZIZ...
haji adi=kawan baek anuar kat abib..
haji adi masuk pas dia masuk umno..
sbb tue skrg nia turut jerk...
pakat bunuh jer penderhaka agama mcm ni
Siapa la yang tubuh IKD ni ... kalau dah ada NGO yg bertugas utk menjayakan misi org kafir agar insan menolak agama Islam, teruk laa jadi nya. Saya dapat maklumat IKD ditubuhkan oleh Ustaz Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) yang juga Setiausaha Agung PAS. Kalau betul maklumat yang saya dapat ni saya menyeru semua penyokong PAS Tumpat, Kelantan jangan mengundi Ustaz Kamaruddin lagi dan ahli ahli PAS wajib tolak Ustaz Kamaruddin sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat...Jangan cemarkan GERAKAN ISLAM yang kita laksanakan selama ini.
Kelakar giler bai..Takder satu pun fakta yg betul..main hantam ajer..main taruk ajer..lepas tuu nak sama kan dengan Harakah...Tak payah tanye laa kalo author nie ahli umno ker tidak kan..Sakit perut aku baca artikel ngan comment2 nyer..
HAHAHAHAHAHAHA
jgn suka2 menfitnah..fitnah mmbawa padah..dosa kita dgn allah swt,allah boleh ampunkan..dosa kita sesama manusia?..fikir2kanlah..sume manusia akn mati..lps ni pun kita tak tahu ape akan terjadi..ntah sempat hidup atau pun tidak..ingat!jgn kita mati dlm keadaan berdosa..neraka lah tmptnya..
tapi yg aku tau rahmad member aku ..klu org seni aku rasa diaorg ni lagi rapat dgn tuhan..agama cuma cara atau jalan menuju kepadanya tk kira lah islam krstian hindu budha atau apa saja la asal dia tau mana dia akan balik nt itu sudah cukup. innalillahiwainnaillai hi rojiun..
Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!
Post a Comment