Wednesday, July 11, 2007

Lagi Hakim kata Anwar Homoseksual..

"We find evidence to confirm that the appellants (Anwar Ibrahim and Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
-Datuk Tengku Maimon Tuan Mat -


Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetepikan saman fitnah oleh Anwar kerana menuduhnya seorang homoseksual, point-point penting yang perlu dihighlightkan oleh kita semua berkenaan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tengku Maimon Tuan Mat berkenaan kes saman tersebut iaitu:

“Walaupun sabitan terhadap Sukma telahpun diketepikan sejak itu, masih terdapat satu penemuan kehakiman di mana Anwar sebenarnya telah mengambil bahagian dalam perlakuan homoseksual.

“Penemuan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Anwar telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, dan walaupun rayuan Anwar telah dibenarkan dengan majoriti oleh Mahkamah Persekutuan.

“Dengan fakta-fakta latar belakang kes dan semua penghakiman yang dirujuk seperti di atas, adalah jelas bahawa pihak pembelaan akan berjaya. “Tiada gunanya untuk mendesak supaya pembelaan dibuktikan pada satu perbicaraan penuh.”


Keputusan penuh hakim:


3 comments:

aftanasarUSMKKj said...

Menuduh orang melakukan zina atau liwat (qazaf), sedangkan sebenarnya tidak, si penuduh itu adalah dilaknat oleh ALLAH.

Jika hakim itu berusaha meng'QAZAF'dengan mereka-reka bukti, dia adalah dilaknat dan segala hujah dan kata-katanya tidak boleh dipercayai lagi selama-lamanya. rujuk al-quran surah An-Nuur ayat 4:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina)[atau menuduh liwat] dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik"


dan sekiranya penulis blog ini menyebar berita dengan tujuan membantu ke arah menuduh Anwar meliwat, penulis juga akan dilaknat! dan semua tulisan dalam blog ini sangat tidak boleh dipercayai. Orang yang dilaknat, tidak akn sekali-kali akan dapat mencium harumah syurga, apatah lagi memasukinya.

Abu Sofeyyah DM said...

betul ke tuduhan ni ??

bahaya menuduh !

akhir zaman memang sangat kelam dengan jutaan fitnah !!!!

Moga diselamatkan semua !

Anonymous said...

Utk aftanasar\USMKKj...ana setuju kalau ia bohong....tapi kalau betul macam mana...

anta mahu bersubahat,bersekongkol,menyembunyi dan melindunginya...