Thursday, November 1, 2007

PAS bersekongkol bersama IFC menghancurkan Islam


Pada 10 November 2007 ini, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang akan diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih. Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang. Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).




Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media. Mereka juga menuntut orang-orang Cina dan India diberikan tempat dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

PAS Mastermind perarakan 10 November

Walaupun perarakan ini dianjurkan oleh BERSIH tetapi mastermind perarakan ini ialah PAS. Jawatakuasa kerja PAS yang bermesyuarat pada 28 Oktpber di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar telah memutuskan mengarahkan semua ahli PAS menyertai perhimpunan raksasa. Surat arahan ditandatangi bersama oleh Hadi Awang, Ustaz Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS), Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda) dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS).

PAS Wilayah Persekutuan bersetuju menghantar 5 hingga 10 ribu ahli PAS. PAS Pahang akan hantar 3 ribu orang. Manakala negeri-negeri lain sedang sibuk berkempen mencari ahli untuk dihantar ke Kuala Lumpur pada 10 November. DAP pula bersetuju hantar 10 ribu orang ke dataran.

Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Hadi Awang Presiden PAS telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan ucaptama.

DSAI telah berjaya memperbodohkan PAS.
Melalui balaci dan orang kuat DSAI, Kamarudin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) telah berjaya menguasai PAS. DSAI berjaya mempergunakan PAS untuk kepentingannya dalam perarakan 10 November. Niat DSAI sudah tentu mahu membangitkan semangat 1999 yang pernah dicetuskan oleh beliau. PAS bersekongkol dengan gerakan anti Islam di Malaysia untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.

Pelopor BERSIH dan perhimpunan Raksasa 10 November disokong kuat oleh gerakan anti Islam di Malaysia. Pertubuhan seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC), Writers Alliance for Media Independence (WAMI), Civil Rights Committee (KLSCAH), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Malaysian Voters Union (MALVU), National Human Rights Society (HAKAM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Research for Social Advancement (REFSA), Unit Pemikiran Politik (IKD), Women’s Development Collective (WDC), dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) adalah gerakan yang anti Islam.

Gerakan di atas paling banyak menyokong gerakan anti Islam yang diperjuangkan oleh Interfaith Commission (IFC). Malah IFC pernah ditaja oleh Konrad Adeneuer Foundation (KAF) sebuah Yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman. Apakah PAS lupa dengan tuntutan gerakan anti Islam di Malaysia yang mempertahankan gejala murtad dikalangan umat Islam di Malaysia? Atau mencampuri hal ehwal agama Islam dan memberikan kuasa kepada mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah.

Bagaimana PAS boleh menyokong pertubuhan ini? Malah menjadi dalang utama menggerakkan perhimpunan raksasa 10 November? Tidakkah ini menunjukkan PAS sangat bermuka-muka? Apakah PAS sanggup menghancurkan umat Islam di negara ini?

Helah golongan anti Islam di negara ini

Kejayaaan golongan anti Islam memperdayakan PAS merupakan satu kejayaan yang sangat besar kepada proses menjatuhkan umat Islam di negara ini. Gerakan ini telah berjaya mengaburi penonjolan diri pertubuhan mereka daripada dilihat sebagai anti Islam. Namun dengan adanya PAS gerakan ini dapat berselindung dan bergerak daripada dalam.

Kerajaan telah sedaya upaya mempertahankan Islam, Melayu dan perpaduan di negara ini. Namun usaha PAS ini adalah sesuatu yang sangat menjijikkan. Demi kepentingan parti, PAS sanggup menggadaikan agama sendiri. Lemah dan hancurnya Islam di negara rupanya satu sejarah yang dicipta oleh PAS.

Oleh itu rakyat di negara ini mestilah matang dan menolak segala usaha yang melemahkan umat Islam negara ini. Malah usaha memecahkan perpaduan rakyat yang terpelihara sejak merdeka adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

Mahukah rakyat Malaysia menjatuhkan negara sendiri? Apatah lagi agama Islam digadaikan.

4 comments:

gaara said...

PAS bukan mastermind...
mastermind dalam perhimpunan nie adalah Raja Petra dan DSAI...
2 org nie adalah pengkhianat agama dan bangsa...
2 orang nie ade kaitan dengan USA dan yahudi...
jgn sokong perhimpunan 10.11 nie..
demi AGAMA ISLAM...

gaara said...

tambahan...
PAS hanya menjadi kuda tungangang PRK dan DSAI bagi menarik orang melayu dan islam datang menyokong perhimpunan tue...
TOLONG SEDAR KAN PROPRAGANDA DSAI DAN RPK NIE...
ALLAH HU AKBAR

Khairulnizam said...

Kerajaan telah sedaya upaya mempertahankan Islam, Melayu dan perpaduan di negara ini.

Haha.

van_persie said...

BLOG INI BODOH GILER TERMASUKLAH PENGENDALINYA..MAKLUMAT SATU SEN PUN TAK BOLEH PAKAI..KAKITEMBERANG DAN AUTA........