Friday, December 28, 2007

Mengapa GERAK masih tidak BER"GERAK"

sekadar ingin berkongsi sedikit pendedahan SALAH GUNA KUASA & RASUAH yang perlu kita fikirkan bersama ::




1) MOHD FAUZI ABDULLAHPENGARAH URUSAN AIR KELANTAN SDN. BHD. (AKSB) --- Adalah Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

a) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip secara percuma dirumahnya sendiri di Taman Sari, Kota Bharu pada tahun 2005 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu.

b) Secara tidak sah mengarahkan pengurus projek syarikat yang diberikan kontrak memasang paip retikulasi oleh AKSB iaitu Syarikat Hati Muda bernama Khairul memberikannya sebuah telefon bimbit berjenama Nokia berharga kira-kira RM 2000 kepadanya pada tahun 2006 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu. Khairul menyerahkan telefon bimbit kepada beliau dirumahnya di Taman Sari, Kota Bharu pada satu malam 2006. Khairul menceritakan kisah ini kepada Jurutera AKSB bernama Tengku Iskandar Tengku Ismail.

c) Secara tidak sah membuat tuntutan keatas satu hadiah peribadi yang diberikannya kepada Pengarah Kastam Kelantan berharga kira-kira RM 200 sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu. Rekod tuntutan ini boleh disemak dalam akaun AKSB.

d) Secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Persatuan Murid Tua Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) bagi tujuan membeli permaidani sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu kerana permintaan MCOBA adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai ahli MCOBA & bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB. Rekod tuntutan ini boleh disemak dalam akaun AKSB ( Pembayaran dibuat oleh AKSB pada 10 Mac 2005 )

e) Secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan kpd Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Kota Bharu sedangkan beliau tidak berhak keatas kemudahan itu kerana permintaan sekolah itu adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai bapa kepada pelajar disitu & bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB – Pembayaran dibuat olek AKSB sebanyak RM 200 ( 26 Mac 2003 ), RM 500 ( 15 April 2003 ), RM 1000 ( 17 April 2003 ), RM 600 ( 6 Februari 2005 ), RM 350 ( 25 Mei 2005 & 10 Mac 2005 ).

f) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip air secara percuma di rumah emak Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang iaitu YB Datuk Husam Musa di kampong Kota, Kota Bharu pada 24 Mei 2007 sedangkan mereka tidak berhak keatas kemudahan itu.

g) Secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang & membaiki paip air secara percuma di rumah ayah Ahli Dewan Undangan Negeri Kemahang iaitu YB Mejar Anizam Abd Rahman di Kampong Salor, Pasir Mas pada tahun 2005 sedangkan mereka tidak berhak keatas kemudahan itu.



2) YB MAJER (B) MOHD ANIZAM ABDUL RAHMAN
Adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kelantan ( Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Insfrastruktur & Alam Sekitar ) merangkap ADUN Kemahang.


a) Secara tidak sah memberikan tender membina sebahagian daripada Logi Rawatan Air Kelar di Pasir Mas dan tender membina sebahagian daripada Loji Rawatan Air Kampung Puteh di Kota Bharu kepada Syarikat Tenaga Tiub Sdn. Bhd yang kepentingannya turut dimiliki oleh kawan beliau sewaktu berkhidmat di dalam angkatan tentera.



3) YB HASSAN MOHAMADADUN TEMANGAN

a) Secara tidak sah mempunyai kepentingan atau menerima ganjaran dari Pemaju Projek Pembangunan Stesen Teksi dan Projek Pembangunan Terminal Bas di Bandar Machang oleh Syarikat Kiara Sentosa Development Sdn. Bhd (KSD)


4) YB ZAKARIA YAAKUBADUN KEMUNING

a) Secara tidak sah menerima sejumlah wang daripada seorang peniaga iaitu Rashid Firus bagi melobi untuk mendapatkan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat untuk projek Pembangunan Stesen Teksi dan Terminal Bas. Rashid Firus memberi wang bagi pihak kedua-dua adiknya iaitu Mohd Raffe Firus dan Mohd Risham Firus.

b) Beliau sebagai Ketua Whip Majlis Daerah Machang telah secara tidak sah mendapat hak milik 2 unit kedai di Bandar Machang melalui Majlis Daerah Machang yang disewakan kepada individu dibawah nama Syarikat Perniagaan Mesra.

-----------------------------------------------------------------------------


sumber :: http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14540&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

0 comments: