
Ungkapan Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu terhadap YB Fong Po Kuan DAP-Batu Gajah ‘bocor tiap-tiap bulan’ bukanlah isu besar sangat kalau nak dibandingkan dengan beberapa insiden yang pernah berlaku masa perdebatan dalam dewan. Tetapi oleh kerana semua ini mainan media maka isu ini sudah menjadi isu besar.
Sebenarnya adalah lumrah pada setiap sesi ada saja ahli parlimen yang laser , seolah-olah tidak diinsuranskan mulutnya dan celupar. Mungkin para YB ini berfikir mereka mempunyai kekebalan imuniti sebagai ahli parlimen yang bebas berbicara maka mereka boleh bercakap apa sahaja.
Isu Bung Mokthar berkata “ Mana ada bocor... Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga ” teus dijadikan mainan oleh pembangkang khususnya DAP. Seolah-olah DAP ini begitu suci dan jujur tidak bercakap seperti itu kepada BN. Mari kita lihat perbahasan tahun 1996 yang lebih jauh sensitifnya. Kalau hal ini berlaku pada tahun 2007 sudah tentu lebih hebat panasnya. Bayangkan kalau yang dikutuk ini ialah DAP sudah tentu lebih panas.Kesimpulannya mudah..kalau Melayu yang dimaki atau kutuk oleh DAP tak apa..ini demokrasi yang sebenar. tapi kalau tersebut sedikit sahaja perkataan sensitif Cina.."tidak boleh ini sensitiviti kaum". Mulalah akhbar cina bermain api..
Dalam kehangatan perbahasan tahun 1996, Karpal Singh melabelkan bekas Ketua Menteri Melaka sebagai ‘PUKI mak punya Melayu’ menyebabkan Datuk Noh melenting dan meminta Karpal menarik balik kenyataannya. Ahli-ahli Parlimen lain turut menuntut perkara yang sama, tetapi kata Karpal Singh, Melayu yang dirujuknya itu bukan seorang ahli dewan dan tidak dilindungi imuniti.

Begitu juga dengan Lim Guan Eng satu ketika dulu dan bapanya, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dulu dan kini yang apabila bangkit sahaja memungkinkan berlakunya pertengkaran, kadang-kala melibatkan isu-isu perkauman. Nak dengar yang hebat-hebat lagi, carilah handsard (catatan bertulis setiap patah yang diucapkan di dalam dewan) oleh Mohd. Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Apandi Ali atau mendiang P. Patto. Pendek kata, pertelagahan, perbezaan pendapat, maki hamun, tuduh-menuduh dan juga salah-menyalahkan adalah mainan dewan persidangan.
Dari segi teknikal sebenarnya Bung Mokhtar boleh mengelak bahawa yang dia maksudkan bukan Fong Poh Kuan kerana “Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga” boleh dimaksudkan perkara lain sama seperti teknik Karpal Singh pada tahun 1996 merujuk kepada bukan ahli dewan yang dilindungi imuniti.
Bagaimanapun Bung Mokhtar dan Mohd Said telah memohon maaf maka isu ini telah selesai. Isu dewan sepatutnya selesai di dewan tidak perlu di luar
Isu lebih besar.. menyentuh sensitiviti kaum
Karpal Singh melabelkan bekas Ketua Menteri Melaka sebagai ‘PUKI mak punya Melayu’ atau Lim Kit Siang banyak mengutuk orang Melayu dalam sesi perbahasannya tidakpun menjadi isu kepada negara. Kenapa? Kerana BN memahami ahli Parlimen boleh bercakap apa sahaja. Isu dewan selesaikan di dewan.
Kerana kelantangan Bung Mokhtra tiba-tiba pula DAP mahu menganjurkan satu forum mengenai menghormati wanita di sebuah dewan di Kuala Lumpur, pada hari Khamis ini.
Rasanya DAP perlu menganjurkan seminar bagaimana untuk menghormati Melayu dan mengawal mulut terlebih dahulu. Rupanya DAP terasa untung dengan isu bung mokhtar. Apa pun isu ini tetap ada hikmahnya, DAP tentu lebih berhati-hati bercakap pula. Bagi BN lain kali kalau DAP bercakap mengenai kaum main saja dalam media kita.