Friday, June 1, 2007

Bohong Anwar- Foundation for the Future tiada kaitan dengan US?

Lagi Sandiwara Anwar

Anwar cabar buktikan kaitannya dengan Bank Dunia

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Yayasan bagi Masa Depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz. Beliau berkata, yayasan tersebut tidak pernah berurusan dengan Bank Dunia dan tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dari Amerika Syarikat (AS).
“Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. “Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan,’’

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Apa lagi sandiwara si Al Juburi ini. Katanya tiada kaitan dengan US. Sila lihat laman web www.state.gov. mengenai Foundation for the Future

Kaitan dengan US jelas bahawa yayasan yang dipengerusi oleh Anwar itu sendiri dilancarkan oleh Rice seperti kenyataan rasmi oleh US Department of State tu.

"It was launched by Secretary Rice and other ministers from the Broader Middle East and Europe at the December 2005 Forum for the Future in Bahrain."