Wednesday, October 31, 2007

Majlis Peguam di perbodohkan oleh PKR.Bukan kerana Keadilan tetapi mata pencarian tergugat.

Peguam diperkudakan oleh PKR dan Sivarasa Rasiah

Pada 27 September2007 seramai 1500 anggota Majlis Peguam telah berarak panjang dari bangunan Palace of Justice ke Dataran Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan dan dinamakan "walk of justice".Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Turut serta ialah naib presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dan setiausaha majlis itu Lim Chee Wee, Malik Imtiaz Sawar, Tommy Thomas, N. Sivanathan dan Sivarasa Rasiah (Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mastermind perarakan ini ialah Sivarasa Rasiah yang jelas membuktikan betapa PKR dan Anwar Ibrahim memperkudakan Majlis Peguam. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5km selama 45 minit secara aman , tanpa kekacauan.
Mereka menyerahkan dua memorandum kepada setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Wan Farid Wan Salleh. Dua memorandum itu ialah :
Menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim.
Menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video seorang peguam terkenal dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini pada 2002 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Akhirnya Majlis Peguam Malaysia mendapat publisiti yang meluas. Dengan pelbagai masalah yang melanda pertubuhan itu termasuk krisis pemilihan dalam kepimpinannya, pertubuhan yang ‘mati segan tak mahu’ ini menyeru bangkit kepada ahlinya berdemonstrasi beramai-ramai di Putrajaya. Kebanyakan ahlinya pun tidak tahu tujuan sebenar perarakan itu. Tetapi atas alasan duit poket peguam dan bisnes para peguam akan tersekat maka tampillah para peguam yang diperbodohkan oleh PKR itu berarak di Putrajaya. Sungguh malang sekali.
Pada asalnya Badan Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai. Namun kerana video yang tidak dipastikan kesahihannya majlis peguam Malaysia mengambil tindakan atas tipu daya PKR. Apakah ini satu keadilan?

Kerana kes video klip, Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan rakaman video tahun 2002 itu. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye ditugaskan untuk menyiasat. Tidakkah ini membuang masa apabila menyiasat video yang tidak sah ketulenannya. (Video yang diedit).

BPR mendedahkan bahawa video klip yang dimiliki oleh PKR adalah tidak tulen dan tidak boleh digunakan sebagai bukti yang sah. BPR juga mahukan PKR dan Anwar menyerahkan saksi utama video klip. Namun sehingga sekarang masih belum ada nama saksi diberikan kepada pihak BPR.

Janganlah hanya kerana wang maka ahli Majlis Peguam sanggup bertindak melulu tanpa usul periksa. Sebenarnya ramai sangat peguam yang tiada kes yang boleh dikendalikan sekarang. Jadi para peguam ini buat hal. Nampaknya PKR seperti mahu memberikan kerja kepada mereka. ...