Malik Imtiaz Sarwar penggerak utama IFC yg mengkritik Islam
sebagai agama yang teruk..Tetapi PAS sayang dan sudi bekerjasama
dengan manusia ini.Malik Imtiaz Sarwar merupakan peguam ‘hak asasi manusia’ yang diketengahkan oleh Teymoor Nabili dalam rancangan khas Al Jazeera “101 East”, yang disiarkan kali pertama pada 1030 malam waktu Malaysia (GMT +8) pada Khamis, 15 November 2007, sebagai sorotan kepada peristiwa Perarakan Bersih 10 November 2007.
Amat jelas bahawa agenda Al Jazeera merupakan mempunyai agenda tertentu dan professional seperti Malik Imtiaz diketengahkan untuk memberikan kredibiliti kepada pergerakan BERSIH, walaupun jelas orang seperti Anwar Ibrahim, seorang banduan pesalah-guna kuasa (abuse of power convict) merupakan dalang yang membawa kepada ‘penyatuan’ Pembangkang dan memerpekudakan mereka yang mengambil kesempatan penuh dalam program kunun kunun ‘mereka yang mahukan kebebasan sivil (civil liberty)’ atas agenda peribadi Anwar.
Malik adalah seorang yang mengunakan bahasa dan penyampaian yang baik dan bersopan dan para pendengar akan mudah terkeliru dengan apa yang cuba diketengahkan beliau. Beliau merupakan pejuang ‘kebebasan sivil (civil liberty)’ dalam konteks hak individu dan dalam pelbagai ruang dan tahap perbincangan dan forum. Menyokong Malik Imtiaz dan pendapat beliau bermakna:
1. Sokong Lina Joy untuk murtad dan dibenarkan secara rasmi menukar agama, termasuk memformalkan proses dokumentasi and rekod rasmi seorang ‘Melayu’, yang jelas bertentangan dan bercanggah dengan definisi Perlembagaan Malaysia.
2. Menyokong Majlis Peguam (Bar Council) yang mempunyai agenda puak puak Bukan Islam yang anti Melayu dan anti Islam memperlekeh-lekehkan Islam dengan mengunakan proses perundangan dan mendokumentasikan kejayaan mereka ini dalam rekod pengamal perundangan Malaysia, untuk selamanya. Malik, bersama Haris Ibrahim merupakan peguam yang mewakili Majlis Peguam sebagai ‘watching brief’ dalam kes Lina Joy yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan Mei lepas. Malik juga antara ahli Majlis Peguam yang begitu aktif berkempen untuk perarakan “Walk for Justice” anjuran Majlis Peguam di Putrajaya pada 26 September 2007 dan agar perkhidmatan Ketua Hakim Negara YAA Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak disambung selepas persaraan wajib 1 November 2007. Malik juga mengkritik hebat penghakiman Tun Ahmad Fairuz dalam Mahkamah Persekutuan mengenai kes Lina Joy, yang jelas memihak kepada Islam.
3. Menyokong usaha orang orang pengamal undang undang angkuh (arrogant) seperti Malik Imtiaz, yang pernah membuat kenyataan terbuka seperti “The Syariah High Court is an INFERIOR COURT” dan “The Malaysian Constitution is the Supreme Law”, tetapi apabila Hakim Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan membuat keputusan dan memberi tafsiran Perlembagaan Malaysia bertentangan dengan agenda dan pendapat mereka, maka dengan begitu mudah dan bersahaja menifatkan Hakim-Hakim ini disifatkan sebagai “bodoh dan tidak layak”. Rakan rapat Malik Imtiaz dalam ‘Perang Salib’ ke atas isu ‘pengIslaman’ dan kecenderungan ke arah Islam oleh Hakim Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan , Haris Ibrahim pernah dengan angkuhnya memohon dalam Mahkamah, supaya Hakim Hakim yang mendengar kes rayuan salah seorang dari pengikut Ayah Pin agar mengecualikan diri dan tidak mendengari kes tersebut kerana mereka berugama Islam.
4. Membuat salah tafsiran Perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia (Artikel 3 (1). Menurut Malik dan Haris “Islam ialah ‘agama rasmi’ Persekutuan Malaysia”. Mereka juga menentang Artikel 121 (1A), yang telah dipinda Parlimen Malaysia masa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
5. Dalam Perlembagaan Malaysia, HANYA satu kaum sahaja yang disebut iaitu ‘Melayu’. Namun begitu, peguam peguam angkuh (arrogant) seperti Malik dan Haris enggan menerima hakikat ini bahawa kaum kaum keturunan lain dari Melayu tidak diberikan pengiktirafan sama seperti Melayu.
6. Malik Imtiaz dengan nada angkuhnya pernah memperlekeh-lekehkan usaha ‘pengIslaman’ perlbagai sistem diMalaysia, termasuk perdagangan dengan pengunakan system Bank Islam, Insuran Islam, Instrumen dan produk produk pasaran modal Islam dan sebagainya, dihadapan Public Accounts Committee diParlimen Malaysia. Berhati hatilah apabila melemparkan sokongan kepada orang seperti Malik Imtiaz Sarwar. Beliau dengan angkuh pernah mengatakan walaupun beliau diberikan pendidikan perundangan di UIAM (yang berteraskan prinsip undang undang Islam), namun begitu beliau merasa undang undang Islam merupakan lemah dan tidak memberikan kebebasan ‘civil liberty’ kepada hak hak individu.
Malik Imtiaz juga merupakan anak didik United World College diSingapura yang sebenarnya gagal mendapat tempat untuk belajar perundangan di United Kingdom dan sebaliknya terpaksa menerima ([i]reluctant[/i]) peluang belajar di UIAM. Menyokong ‘kebebasan bersuara’ ala Malik Imtiaz bermakna bebas membuat kenyataan terbuka mengenai anti Islam dan anti Melayu, sebagaimana yang disenaraikan 1-5 diatas.
Orang seperti Malik ini pandai mengolah bahasa dan memainkan makna berganda perkataan dan vokabulari Bahasa Inggeris beliau sungguh tinggi dan mendalam. Maknanya, beliau akan membelitkan perkataan yang sebnarnya menghina isu seperti Islam dan Melayu dan masih boleh ‘terlepas’ kerana hujah hujah yang mampu diketengahkan kerana kelemahan ‘makna berganda perkataan perkataan tertentu yang dipilih khas’ itu.
‘Kebebasan menyuarakan pendapat’ adalah sesuatu yang amat merbahaya jika orang licik dan beragenda tertentu seperti Malik Imtiaz dibenarkan mengunakan sewenang wenangnya. Perkataan dan ayat yang digunakan memang tidak akan memberi kesan kepada orang orang kita, yang nyatanya rata rata lemah berbahasa Inggeris tetapi mempunyai implikasi amat buruk dikaca mata dunia. terutama media yang dikawal Barat dan Yahudi.
sumber: beritakmu.net