Monday, September 8, 2008

LOMPAT SI JENIN LOMPAT


ANWAR LEPAS NI AKAN TERJUN DALAM EMPANGAN MENGKUANG DENGAN LABU LABUNYA. HARAPKAN KATAK, RUPANYA KATAK MAKAN PADI. KESIAN BANG NUAR KEMPUNAN.

23 comments:

tiamia said...

Assalamualaikum MASTER DEDAH,

Katak-katak bawah naungan anwar kalau panggang jual kat Beijing bagus jugak kan.

Suka tengak kartun kat blog ni. Hati sedih pagi-pagi terus kena geletek.

Kit Siang dah siap pentas untuk katak-katak ni nyanyi panggil hujan tau.... Lepas tu dia buat sup! KAW KAW punya. He he he

Takpun dia pasang chip kat belakang leher senang nak remote control nanti. Macam dia buat kat melayu PR lain. Tekan kanan semua hala kanan, tekan kiri semua hala kiri tekan tunduk cium kaki Kit Siang, berebut-rebut sujud...Mka tunggu la katak-katak puru ni jadi katak turut nanti...Alahai

nur ilhami said...

salam masterdedah,

ada tak antara katak-katak tu yang berangan nak jadi lembu, yang menggelembong-gelembongkan badan biar besar?

dan ada tak antara katak-katak tu yang berangan nak kena cium dengan puteri raja?

atau ada tak antara katak-katak tu yang terfikir bahawa satu hari nanti yang dia akan 'mati katak'???

wassalam.

mardhiah said...

Nur,

Aku rasa berangan nak jadi lembu tu tak kut, tapi berangan nak kena cium dengan Puteri Raja, gerenti 100% ada tuh, agar lepas ni bule jadi Putera Raja, maka bermulalah hikayat negara monarki Malaysia macam Berunai, hah kan jimat tu sebab tak yah perabih duit bikin pilihan raya 5 tahun sekali....

tangansotong said...

Kalau katak-katak tu masih nak melompat juga, memang sahlah diorang ni katak spesis tak tau malu, tak sedar diri dan tak ada pendirian...

Anonymous said...

Lantak le apa nak dikata pun....janji yang perangai buruk..mcm katak-katak ni...asalnya dari BN!!...aku takut je ramai yg jadi katak ni nanti org-org UMNO....makin terserlah la perangai org-org UMNO ni...GILA JAWATAN, TAMAK, NAK SENANG CEPAT dan yg paling aku menyampah...tak de SEMANGAT PEJUANG!...berjuang untuk bangsa dan negara. Kalau berteriak tu pun retorik je. Nakkan jawatan biar cepat kaya...takpe berbunuhan ke simbah asid ke ape ke..janji jadi pemimpin UMNO! Hancur aku punya keturunan kalau berterusan mcm ni. Tak sedar-sedar lagi rupanya lepas PRU 12....

Uttana said...

Mana la katak-katak yang dimaksudkan ANwar tu.. dari dulu-dulu tak juga melompat. Katak imiginasi agak nya.

Anonymous said...

apala salahnya bertukar kerajaan...nanti kalau tak ok..PRU lagi akan datang tukar la. Kata nak menuju negara maju...WAWASAN 2020. Rakyat kat negara luar ok je tukar kerajaan. Aku kalau huru-hara negara ni kalau la PR betul memerintah...org-org BN punya angkara la tu. Tak puas hati...sebab tak logik..org-org yg mungkin dah 50 tahun nak memerintah, bila dapat peluang nak buat main-main.Sabar je la BN...tgk la cam mana lepas 2-3 penggal ni. OK? Kalau diorg tak ok you all dpt balik kerajaan...biasala tu. Kalau PR OK...you all jadilah pembangkang yang baik di Malaysia ni ye.

Pemuda Malaysia said...

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

Anonymous said...

katak oh katak mengapa engkau katak

Anonymous said...

hahahahahaha ....first time aku masuk sini. lu org mmg best la. lepas 16 sept ni aku mmg sesangat nak tgk muka bang nuar tu. apalahhh yg akan dikatakannya, silap2 dia buat2 ceta sakit pinggang lagi ........gi jerman lagi sbb tu nak jadi PM ditangguhkan.....hehehehe

Lagu Raya 2008 said...

download lagu raya di
http://laguhariraya2008.blogspot.com/

rahza said...

kan lagi bagus kalau katak panggang bagi (TIAMIA, NUR ILHAMI, MARDHIAH, TANGANSOTONG, UTTANA, PEMUDA MALAYSIA) makan buat berbuka puasa dan sahur... kalau nak buat hidangan untuk sambut raya pun boleh. kalau nak tempah, sila tempah dengan MASTERDEDAH. Suplier katak terbesar di malaysia.
tel no: 8844 tekan-tekan tak dapat...

angah said...

renungan untuk pemuda pemuda umno yg tak reti menbaca al-quran...

firman ALLAH swt maksudnya ..
mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu org2 mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata "ini adalah suatu berita bohong yg nyata" mengapa mereka(yg menuduh itu)tidak mendatangkan 4 saksi atas berita bohong itu? oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi2 maka mereka itulah pada sisi ALLAH org2 yg dusta (an-nur 12-13)

tapi bagi org2 umno..mereka lebih suka menjatuhkan hukuman tanpa mengemukan saksi?tidakkah org umno ini golongan org2 yg dusta disisi ALLAH?

amin....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

lompat ni tak kira kaum tau. tak ada beza... sama. tapi bro kita sama tapi tak selupa.

dizzy boy said...

saudara masterdedah,
kau tgk lah sendiri,UMNO kau tu yg memain isu perkauman di pulau pinang,ketua UMNO bahagian Bkt Bendera,mamat mangkuk gemuk tu main isu perkauman.Bg aku dah terbongkar siapa main isu perkauman,bukan PR tetapi UMNO itu sendiri yg sedang bermain api,jgn pulak nanti UMNO menyuruh rakyat,bangsa melayu bangun lawan dgn kaum cina.minta maaf lah..UMNO.kau org yg cari pasal nak bergaduh dgn cina.Pakatan Rakyat mana ada gaduh dgn kaum cina,UMNO yg suka berlaga dgn org.

Anonymous said...

Strategi UMNO....nak mencari sokongan. Ape la main isu perkauman. Kalau aku dibagi kebenaran nak je aku tampar muka Datuk Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tu. Tu la padahnya kalau sekolah tak tinggi. Tapi aku tak heran....ramai je pemimpin UMNO tak belajar tinggi.... tu yang tak boleh berfikir panjang tu. Naik sebab guna duit...biasalah. Bukannya sapa yang kecoh nak timbulkan isu perkauman ni....org UMNO gak rupanya. Hehehe... UMNO yg sibuk kumpul harta sampai mengabaikan org melayu....bila dah terdesak gini la...ungkit itu ini...BERUBAHla...sebagai pengundi atas pagar, aku nak UMNO berubah.....

Anonymous said...

orang PKR dh abis modal dh nak komen

hahahaa

atuk kau said...

BKN ABIS MODAL TP MALAS NK TEKAK DGN KARAT BIRU CM HANG NIH..

oakleyses said...

nike free, michael kors handbags, louis vuitton outlet, oakley vault, coach outlet, polo ralph lauren, coach outlet store online, prada outlet, tiffany jewelry, true religion outlet, louis vuitton outlet online, cheap oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, true religion, burberry outlet online, jordan shoes, michael kors outlet online, michael kors outlet online, louis vuitton outlet, red bottom shoes, nike air max, longchamp outlet, tory burch outlet online, ray ban sunglasses, prada handbags, longchamp outlet online, michael kors outlet online, gucci handbags, oakley sunglasses, kate spade outlet, louis vuitton, nike air max, longchamp handbags, christian louboutin outlet, kate spade outlet online, ray ban outlet, chanel handbags, burberry outlet online, coach purses, christian louboutin, michael kors outlet, tiffany and co jewelry, michael kors outlet store, coach outlet, christian louboutin shoes, nike outlet, louis vuitton handbags

oakleyses said...

nike free, nike roshe, timberland, ralph lauren pas cher, longchamp pas cher, north face, michael kors canada, chaussure louboutin, nike blazer pas cher, ray ban uk, hermes pas cher, sac michael kors, louis vuitton, oakley pas cher, louis vuitton pas cher, true religion outlet, scarpe hogan, barbour, nike air max, true religion jeans, north face pas cher, air max pas cher, louis vuitton uk, sac louis vuitton, lacoste pas cher, abercrombie and fitch, nike roshe run, burberry pas cher, nike air force, converse pas cher, new balance pas cher, vans pas cher, hollister, nike free pas cher, sac vanessa bruno, mulberry uk, michael kors uk, lululemon, longchamp, ray ban pas cher, ralph lauren, air max, air jordan, guess pas cher, nike air max, tn pas cher, hollister

oakleyses said...

nfl jerseys, herve leger, canada goose outlet, p90x workout, jimmy choo shoes, giuseppe zanotti, bottega veneta, ugg, celine handbags, reebok shoes, insanity workout, uggs on sale, nike huarache, wedding dresses, soccer shoes, babyliss, canada goose, ferragamo shoes, asics shoes, ugg boots clearance, replica watches, uggs outlet, uggs outlet, mont blanc pens, lululemon outlet, birkin bag, ugg boots, nike roshe, hollister, canada goose outlet, longchamp, mac cosmetics, north face jackets, vans outlet, mcm handbags, north face jackets, chi flat iron, soccer jerseys, nike trainers, ugg outlet, ghd, abercrombie and fitch, canada goose outlet, instyler ionic styler, valentino shoes, beats headphones, marc jacobs outlet, new balance outlet, ugg soldes

oakleyses said...

canada goose, hollister clothing, uggs canada, toms outlet, juicy couture outlet, juicy couture outlet, montre femme, pandora jewelry, louboutin, nike air max, pandora charms, supra shoes, moncler outlet, thomas sabo uk, ray ban, converse, lancel, gucci, replica watches, baseball bats, moncler, ugg, swarovski jewelry, timberland shoes, canada goose, links of london uk, louis vuitton canada, canada goose pas cher, moncler outlet, converse shoes, parajumpers outlet, moncler, air max, hollister, ralph lauren, hollister canada, karen millen, iphone 6 case, wedding dress, vans, moncler, canada goose, swarovski uk, pandora uk, moncler, moncler, oakley, coach outlet

cara menggugurkan kandungan said...

This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well.
Good luck