Monday, September 15, 2008

Wan Azizah Angkat Tangan Teresa Kok


Masterdedah dapat gambar ni dalam satu program DAP di Johor. Ingat lagi tak...masa di Machap Kak Wan angkat tangan calon DAP.

39 comments:

Anonymous said...

nak buat camno ? masih tak sedar diri. tengok dia ni kesian pulak. Habib tu , dah sayang sangat kat suami. telan sajalah. KESIAN-KESIAN

Anonymous said...

adik beradik...

hashim harris said...

MD,

Saya amat kasihan kepada Datin Sri Wan Azizah. beliau ini di manipulasi oleh suaminya yang selfish. Dahlah kahwin cowboy-dibawa lari tanpa restu ibu bapanya. (Kalau tak percaya tanya Mat Sabu)

Bila jadi Presiden KeADILan pun, ikut sahaja telunjuk Azmin Ali, sebelum bang Nuar keluar jel, dialah kehulu-kehilir, tetapi terpaksa serahkan title YB bila Anwar nak balik P44.

Kalau ahli-ahli pakatan Rakyat nak tahu isi hati Kak Zah, tanyalah kat anak perempuannya yang nombor dua,Nurul Hana. Beliau tahu segala-galanya penderitaan Kak Zah.

Kesian kak Zah, biarlah rahsia.....

tangansotong said...

Memang kesian tengok Wan Azizah. Beliau seperti diperalatkan oleh DAP (dalam gambar ni).. Dalam masa yang sama beliau diperalatkan oleh suaminya... Bagus sebenarnya Wan Azizah ni...taat dan patuh pada suami...

Anonymous said...

Betul apa hashim harris kata tu. Anuar has a very colourful personalities. Kawan2 dia yg sama kat MU tu kata masa student days tiap2 mlm dia tunggang motosikal pi Brickfields cari (faham2lah)! A friend in US kata, masa dia jadi minister kalau sampai US habis meeting dia lesap ..... faham2 lah apa dia buat. My ex office colleague- sekarang dah jadi MP Keadilan kata Wan Azizah meluahkan penderitaannya semasa Anuar mula kena tangkap dulu. Dia kata Wan Azizah has no choice terpaksa support anuar bcos of the children. Kesian, hopely one morning she wake up and realise that enough is enough. Dulu anak2 kecil sekarang semua dah besar- nak protect maruah anak. High time to think abt her happiness. Eloklah dlm waktu emas ni habiskan masa beramal ibadat daripada ikut anuar kehulu-hilir melalak. Kalau Anuar jadi PM hancur negara.

dizzy said...

so whatt kalu pegang tangna???

hashim harris said...

Dizzy,

Persoalannya bukan pasal pegang tangan tu salah, memanglah sesama perempuan tak salah,(* melainkan kalau masa pegang tangan Teresa tu, Teresa baru lepas pegang babi, maka lainlah hukumnya, terpaksalah Datin menyucikan tangannya.eh..kan ke gitu?*)

Persoalan yang numero uno yang cuba di uraikan oeh master dedah yalah, Teresa tu lah yang menyarankan supaya dewan negeri Selangor mengeluarkan satu undang-undang enakmen perumahan supaya melarang azan menggunakan mikrofon, surau, madrasah mesti di hadkan bilanganya.
simboliknya, pegangan tangan di antara Teresa dan Datinsri Wan Azizah, menunjukkan bahawa Datin (keADILan) menyokong Teresa dalam isu tersebut.

Betul tak master dedah? Master Dedah ni amat cerdik, beliau menyuruh kita baca apa yang tersirat dari photo-photo tersebut.


Teruskan usaha kamu, sokong PAS nasuk BN balik.

azizah said...

salam..wahai hashim harris,
gambar tersebut x membuktikan Wan Azizah menyokong Teresa Kok..mungkin agenda masa tu lain..

hashim harris said...

Azizah,

Salam di terima. Ya, ada kemungkinan juga, gambar itu sebenarnya di atas pentas yang lain. Tiap-tiap gambar itu ada banyak pengertianya, terpulang pada individu yang menafsirnya,* macam cerita tiga orang buta menerangkan perihal gajah*

There is two sides of a coin. But common sense alone will tell you that, Master Dedah want us to perceive that, Keadilan support Teresa Kok.

Azizah, tiap-tiap individu mempunyai hak untuk menafsir. Saya respect hak anda.

BUJANG SENANG said...

Kak Wan WAJIB menYAMAK tangan dier sebab pegang tangan taukeh babi 2.. Nanti tak sah pulang ambik AIR SEMBAHYANG..

Anonymous said...

Ini hebatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim…

sandiwara dan lakonan adalah kepakarannya. Jika selama enam bulan beliau dendang syair “dah ada jumlah yang cukup untuk bentuk kerajaan 16 September“ hingga membawa kepada drama “memburu di Taiwan“ kini beliau bawa seloka baru pula. Selokanya berbunyi "Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara".

Ini lah Pemimpin paling Paria

hashim harris said...

Anon,

Betullah cakap Anwar tu. Sebagai economic Hitman CIA, tu adalah antara strategi untuk menjatuhkan ekonomi kita. Bila ekonomi dah jatuh, kita pinjam lah duit kat IMF.

Ini kan Anwar dah cuba dalan tahun 1997-1998. Hanya bebudak macam AngahSP aje (Budak 23 tahun) yang tak tahu sejarah, main ikut-ikut aje. Kena sondol buntut baru padan muka.


Berbuih dah orang cakap, Anwar tu Master illusionist, tak nak dengar. Bila Malaysia, Melayu/ Islam jadi macam Turki barulah sedar, Kamal Attaturk yang dulunya di puja sebagai bapa pembahruan Turki tu rupanya agen Amerika- samalah Anwar tu.

Sedarlah wahai bebudak air liur masih meleleh, hakikat siapa Anwar.

Tanyalah pada orang yang kenal dengan beliau.

Livingu said...

Woi bangang... teresa kok tu ngan wan azizah satu parti ( PKR ) dah tu perempuan plak.. biaq pi la depa nak pegang tangan ka, pimpin tangan ka... apa yg dok sebuk.. negara kita kan berbilang kaum.. jangan main isu perkauman la bodoh... mokalu pembangkang semua kena tangkap masuk ISA.. yang yb bukit bendera tu yang terang2 main perkauman awat tak tangkap masuk ISA... bodoh...hentikanlah Masterdedah...

Anonymous said...

Ada bukit ker ayat bawah ni en hashim harris.. audio atau surat yg ditulis oleh teresa kok tu..takdak bukti saya tak percaya lah

-------------------------------

Teresa tu lah yang menyarankan supaya dewan negeri Selangor mengeluarkan satu undang-undang enakmen perumahan supaya melarang azan menggunakan mikrofon, surau, madrasah mesti di hadkan bilanganya.
--------------------------------

abah kau.. said...

memang lah dia sesama pompuan.. masalah nyer.. kalu yang buat mcm 2umno.. korang kutuk bekandaq...
tapi bila RPK yang buat.. bleh plak korang ckp atas dasar sesama jantina lah, hormati agama diaorg lh,hormati hak diaorg lh.. berbilang kaum lah.. tapi kalu UMNO ngaper x bleh d gunakan suma alasan korang 2..??? RPK HIPOKRIT.... Lidah Bercabang..!!

Anonymous said...

hashim harris said...
Dizzy,

Persoalannya bukan pasal pegang tangan tu salah, memanglah sesama perempuan tak salah,(* melainkan kalau masa pegang tangan Teresa tu, Teresa baru lepas pegang babi, maka lainlah hukumnya, terpaksalah Datin menyucikan tangannya.eh..kan ke gitu?*).....

I think sebagai umat islam fikiran kamu lebih cetek dari non bumi cuba tengok maksud saya....bukan kamu punya kenyataan ini bodoh

Oleh Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan '³desensitization '´ yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.
Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan '¶ kumpulan iniakan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selamaseminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar '¶ gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis '³mughollazoh '´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis '³mughollazaoh '´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis '³mughollazoh '´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air '³musta '²mal '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan '±geli '² atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit '±geli '² apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaiankerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini '³tidak berjangkit '´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak '³berjangkit '´ jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. B itu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis '³mughollazoh '´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?
Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya '¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah '³jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda '´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan '³Tidak, kerana saya seorang Islam '´. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
Wallahua '²lam
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM
Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
Dari blog isuhangat
imej-imej dari blalang

sumandak bayu said...

Sememang wanita MELAYU TERAKHIR dalam KeADILan jadi kuda tunggangan DAP

pp_16 said...

apa ke halnya dzulhamka. orang maksudkan lain hang dok berleter ntang lain..aiya..

kak wan, berapa lama lagi dia nak tersenyum didalam duka? jangan disimpan lama-lama kak wan.

hashim harris said...

Dr Mohd Dzulhamka dan Prof Dr Rasedee Abdullah.

Terima kasih diatas ulasan sdra berdua. Maaf ya, bukan maksud saya untuk memperlekehkan tugas mulia anda berdua sebagai pakr mengenai haiwan. Ya saya amat menghormati tugas anda menyelamatkan haiwan-haiwan termasuklah anjing dan babi.

Memang tidak dinafikan babi dan anjing pun makluk tuhan. Tetapi saya hanya sekadar bertanya bukannya buat kenyataan secara hipotesis, perihal perlunya kita membasuh tangan selepas bersalam dengan orang yang baru lepas memegang babi

Cuba anda berdua semak semula kenyataan saya, adakah saya mengatakan kemestiaanya? Anda berdua intelektual tetapi tidak kah anda boleh membezakan ayat pertanyaan dengan statement?

Walaubagaimanapun, saya bukan orang yang pakar dalam hal-hukum agama, belajar ugama pun ikut pondok dan melalui Al Arqam dan juga kursus kelolaaan ABIM, jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menerangkan secara terperinci.


Walau bagaimanapun, eloklah perhal hukum hakam ugama Islam ini, pihak Jakim atau pihak majlis ugama Islam sahaja yang mentafsirnya.

rahza said...

kesian lagi hashim harris. menagih simpati dalam blog orang. pengecut...
mana kau punya blog, aku nak tengok...

the who said...

kepalo abah ekau la hashim haris. macam sial

hashim harris said...

anon,

Mengenai, bukti kesahihan perihal perbuatan Teresa Kok, biarlah pihak polis tentukan, itu kerja mereka.

Tak elok kita mencampuri urusan mutlak polis, kita tunggu sahaja keputusan ssiasatan polis.

tetapi setakat hari ini, dah sahlah polis, tengah zooming angle tentang Babi, tulisan jawi dan laungan azan.

Tak percaya juga, well, Allah sahaja yang mengetahui..

hashim harris said...

Rahza,

Terima kasih kerana anda perihatin bahawa saya tidak mempunyai blog sendiri tetapi dengan izain, master dedah saya telah menjadikan blog ini sebagai blog angkat....eh.eh bloeh kan ?

Yelah, Malaysia is a free country, kerajaan BN tidak melarang orang menggunakan blog orang lain. At least saya jujur, pakai nama sendiri bukan macam sdra pakai nama samaran.

Untuk pengetahuan sdra, saya berumur 60 tahun, pernah bersama dengan Anwar di dalam ABIM, Pemuda UMNO, berkempen untuk team wawasan Anwar 1993.

Sekarang saya dah bersara dari politik tetapi minat untuk bertukar pengalaman dengan anak-anak muda saperti anda yang mungkin tidak mengenali Anwar bin Ibrahim, saperti saya mengenali beliau. Jangan anda tertipu dengan natijah kepandaian ANWAR BERLAKUN.

Penghulu AIC said...

Datuk Hashim Harris,

Maaf ya, kenapa Datuk mencampuri blogger-bloggers yang masih berhinggus ini.

Silalah Datuk ke laman AIC-Anwar Ibrahim Club, boleh kita berdebat. Itu pun kalau Datuk Berani.

Kawan-kawan se perjuangan, boikot sahaja blog ini sekiranya Datuk Hashim Harris melayarinya kerana beliau bukan se angkatan kita.

Abu Asim said...

siaplah kau hashim haris...akan kudedahkan siapa kau yang sebenarnya nanti. aku ada gambar kau angkat tangan bush kat amerika. siaplah kau nanti

hashim harris said...

Sdra Abu Azim,

Ya, memang tak dinafikan saya berada di Amerika bersama dengan Bush tetapi atas arahan Anwar Bin Ibrahim.

Saya juga bersama dengan Anwar semasa dia di lantik angguta lembaga Carlyle Group.

Sesungguhnya, gambar-gambar itu boleh membuktikan tentang kesahihan Anwar bersengkokol dengan pihak zionist.

Beres dong, ada apa=apa an lagi bung. Permisi mahu tunai sembahyang.

yeop perak said...

sdr hashim teruskan bongkar kisah2 anuanu supaya ramai lg org tau..sian kak wan tu jd kuda tunggangan

Anonymous said...

teruskan membongkar keburukan DSAI..
ikhlas dari saya.....
fikir2kan lah....mahukah kita melihat
anak cucu kita merempat di negara sendiri!!!!!...tak mustahil 10 atau 20 tahun lagik orang melayu akan menjadi non-bumi...yang jadi bumiputera adalah....pikir la sendiri !!!

Anonymous said...

kalu dah masuk bab menyentuh laungan azan memang dah kurang ajor....tahniah untuk rakyat selangor kerana anda bijak memilih!!!!.....kerana undi protes anda....hak orang melayu dan ISLAM di selangor memang dah terGUGAT yang amat sangat!!!!!.....tu la undi tu
guna la kepala otak...jgn guna kepala lutut...!!!!apa la hebat sangat DSAI tu...lulusan Bahasa Melayu UM jer...thrid class pulak tu!!

yeop perak said...

45 tahun dahulu, pada 16 September 1963 Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Pada mulanya di cadangkan pada 1 June 1963 dan ditunda kepada 31 August 1963 sebelum berjaya dicantumkan pada 16 September 1963.

Pada mulanya berbagai halangan yang di tempuhi seperti bantahan daripada Indonesia dan Filipina. Indonesia mengistiharkan perang ke atas Malaysia yang dipanggil Ganyang Malaysia yang berakhir pada 11 August 1966. Filipina sehingga kini pula masih lagi menuntut Sabah sebahagian daripada negara mereka berasaskan kepada sejarah kerajaan kesultanan Sulu. Kemudian Singapura pula keluar daripada Malaysia pada 1965.

Semuanya kini hanya tinggal sejarah.

Bersyukurlah kita menjadi sebahagian daripada Malaysia kerana ada hikmah disebalik kejadian.

yeop perak said...

Jika kita berbincang mengenai KETUANAN MELAYU ia sebenarnya bukan bersifat perkauman kerana ianya termaktub di dalam perlembagaan yang telah dipersetujui oleh generasi awal kita semua.

Tujuan asalnya iaitu mewujudkan kestabilan antara kaum yang kita telah kecapi selama ini.

Oleh yang demikian bagi sesiapa yang memperjuangkan KETUANAN MELAYU ini seeloknya janganlah menggunakan bahasa-bahasa penghinaan kerana itu akan mengakibatkan matlamat asal tidak akan tercapai. Sekiranya ada pihak yang menentang menggunakan bahasa penghinaan seeloknya kita elakkan sahaja dengan penuh kesabaran.

Matlamat kita adalah kestabilan dan keamanan di negara yang tercinta ini.

Anonymous said...

aku benci cinaaa niiiiiii

ntah bile la orang melayu kite ni nak sedar....erm.....


Ramai kalangan Orang Melayu sendiri tak tahu siapa Teressa Kok ini:
Nama :Teresa Kok Suh Sim


Lahir :Mac31,1964 (44tahun).
Agama:Kristian Katholik (Berpegang Teguh).
Pendidikan:Ijazah USM (Perhubungan).
:Ijazah Lanjutan UM (Sains Politik).
Karier Politik: Setiausaha Politik Lim Kit Siang (1990 – 1995).
1995 - Bertanding di atas tiket DAP Kawasan Parlimen Ipoh Barat kalah pada
calon MCA.
1999 - Menang kerusi Kawasan Parlimen Seputeh,Kuala Lumpur.
2008 – Kekalkan kerusi Parlimen dengan undi majority yang paling tinggi
keseluruhan dalam semua kerusi parlimen yang dipertandingkan – 36,492.


Sebab-sebab kemungkinan dia ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negri
(ISA) pada Jumaat 12hb September 2008 dibawah section 73(1) .(yang
membenarkan setiap induvidu boleh ditahan tanpa bicara selama 60 hari).


Dengar cerita, beliau telah menasihati atau pun mempengaruhi kaum bukan
Islam lain untuk menghantar satu petisyen kepada Jawatankuasa Mesjid di
Puchong melarang menggunakan pembesar suara untuk laungan Azan; tetapi
beliau masih sangakal tuduhannya.Tetapi pada 14hb.September 2008
PPIM,PEWARIS dan Badan-badan Islam NGO’s telah buat satu lapuran polis
dengan mengatakan Teresa Kok telah melarang menggunakan pembesar suara
untuk laugan Azan di Mesjid-mesjid dan surau-surau disekitar Kota
Damansara,Sri Serdang dan Pucung Jaya.


Kes ini adalah terpencil dari Teresa tetapi dimasa lampau banyak kali
beliau telah lakukan penghinaan sengaja terhadap Institusi Agama Islam dan
kerajaan di Negara ini.


1. Tahun 2002 – Telah menulis sebuah atikel di sebagai kolumnist surat
khabar harian berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh dengan lantang menyuarakan
bantahan pakaian berunsur Islam untuk kakitangan Islam yang dianjurkan oleh
kerajaan dalam kod etika pakaian rasmi.Dengan mengatakan pakaian Islam
tidak berciri mesra-rakyat (people friendly).


2.Menuduh Biro Tatanegara mengamalkan dan menyebarkan pengajaran
perkauman(racist).


3.Bersifat sengaja memalukan Umat Islam dan Sistem Perbankan Islam dengan
membentangkan usul perbahasan di Dewan Rakyat berkenaan kerugian Bank Islam
pada tahun 2005.Teresa sebagai bukan Islam tidak perlu dan mengambil berat
tentang perbankan Islam di mana ramai parti pembangkang yang beragama Islam
boleh membawa usul ini.


4.Di Parlimen juga beliau kuat menyuarakan tentang hak ekuiti Melayu
sasaran 30% telah tercapai dan kerajaan sengaja manipulasi fakta
stastiknya.Telah lantang bersuara untuk hapuskan ekuiti 30% bangsa Melayu
dan dasar DEB yang mana orang Melayu anggap ia adalah Hak Orang Melayu.


5.Dengan lantang membantah tindakan PDRM mewajibkan Polis Wanita mengenakan
pakaian menutup aurat dan bertudung dengan berkata PDRM sengaja sekat hak-
asasi wanita Islam.Sehingga datuk Nazri gelar Teresa Kok ini seorang
‘Anti-Islam’ di sesi Parlimen.


6.Memalukan pasukan Polis Di raja Malaysia dengan sebarkan mms kononnya
pasukan Polis Negara tidak boleh dipercayai dan salah laku terhadap tahanan
dalam lokap dengan mendera dan membogelkan wanita rakyat negeri
Cina.Sehingga kerajaan pusat telah dipaksa memohon maaf dengan kerajaan
Cina.Sengaja dan mempunyai niat jahat menjatuhkan imej Negara dan Polis Di
Raja Malaysia di kaca mata dunia.Walau pun sumber fakta mma itu tidak
tepat,berkenaan kerakyatan wanita tersebut tetapi beliau sengaja
membesarkan kisah tersebut di media antarbangsa.Apabila identity wanita
tersebut sebenarnya adalah wanita Melayu dan kerakyatan Malaysia beliau
enggan mohon maaf pada keluarga wanita tersebut yang telah aibkan maruah
melalui mms dan Pihak PDRM.


7.Berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan Negeri Selangor hub yang
terbesar untuk membela babi secara moden didunia.


Para pembaca menilaikan sendiri sikap wanita ini yang begitu radikal dan
bahayanya kepada rakyat berbilang kaum yang sentiasa menghormati
ugama,kebudayaan dan cara hidup kaum yang lain di Negara ini.Kita harap
beliau akan memikirkan dan akan berubah selepas ini seperti Bosnya
Mr.Kit dan yang diluar sana yang sentiasa eksplotasi agama kaum lain agar
waspada dalam ucapan dan tindak-tanduk kalian!.

atuk kau said...

ANON...

MUNGKIN HANG TAK TAU ATA BUAT2 TAK TAU..SEBENARNYA SAPA YG MULAKAN RACIST..UMNOOO..CUBA BGTAU AKU SLOGAN UMNO APA DIA..DLM BE END ITU SNDIRI DH RACIST..UMNO,MCA,MIC BUKAN RACIST??? KALAU BTOI TAK NK RACIST..BUBAR BE END & TUBUH SATU PARTI KETIGA2 BANGSA.. PC AHMAD ISMAIL BUKAN RACIST?? APA LA HANG...

oakleyses said...

nike free, michael kors handbags, louis vuitton outlet, oakley vault, coach outlet, polo ralph lauren, coach outlet store online, prada outlet, tiffany jewelry, true religion outlet, louis vuitton outlet online, cheap oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, true religion, burberry outlet online, jordan shoes, michael kors outlet online, michael kors outlet online, louis vuitton outlet, red bottom shoes, nike air max, longchamp outlet, tory burch outlet online, ray ban sunglasses, prada handbags, longchamp outlet online, michael kors outlet online, gucci handbags, oakley sunglasses, kate spade outlet, louis vuitton, nike air max, longchamp handbags, christian louboutin outlet, kate spade outlet online, ray ban outlet, chanel handbags, burberry outlet online, coach purses, christian louboutin, michael kors outlet, tiffany and co jewelry, michael kors outlet store, coach outlet, christian louboutin shoes, nike outlet, louis vuitton handbags

oakleyses said...

nike free, nike roshe, timberland, ralph lauren pas cher, longchamp pas cher, north face, michael kors canada, chaussure louboutin, nike blazer pas cher, ray ban uk, hermes pas cher, sac michael kors, louis vuitton, oakley pas cher, louis vuitton pas cher, true religion outlet, scarpe hogan, barbour, nike air max, true religion jeans, north face pas cher, air max pas cher, louis vuitton uk, sac louis vuitton, lacoste pas cher, abercrombie and fitch, nike roshe run, burberry pas cher, nike air force, converse pas cher, new balance pas cher, vans pas cher, hollister, nike free pas cher, sac vanessa bruno, mulberry uk, michael kors uk, lululemon, longchamp, ray ban pas cher, ralph lauren, air max, air jordan, guess pas cher, nike air max, tn pas cher, hollister

oakleyses said...

nfl jerseys, herve leger, canada goose outlet, p90x workout, jimmy choo shoes, giuseppe zanotti, bottega veneta, ugg, celine handbags, reebok shoes, insanity workout, uggs on sale, nike huarache, wedding dresses, soccer shoes, babyliss, canada goose, ferragamo shoes, asics shoes, ugg boots clearance, replica watches, uggs outlet, uggs outlet, mont blanc pens, lululemon outlet, birkin bag, ugg boots, nike roshe, hollister, canada goose outlet, longchamp, mac cosmetics, north face jackets, vans outlet, mcm handbags, north face jackets, chi flat iron, soccer jerseys, nike trainers, ugg outlet, ghd, abercrombie and fitch, canada goose outlet, instyler ionic styler, valentino shoes, beats headphones, marc jacobs outlet, new balance outlet, ugg soldes

oakleyses said...

canada goose, hollister clothing, uggs canada, toms outlet, juicy couture outlet, juicy couture outlet, montre femme, pandora jewelry, louboutin, nike air max, pandora charms, supra shoes, moncler outlet, thomas sabo uk, ray ban, converse, lancel, gucci, replica watches, baseball bats, moncler, ugg, swarovski jewelry, timberland shoes, canada goose, links of london uk, louis vuitton canada, canada goose pas cher, moncler outlet, converse shoes, parajumpers outlet, moncler, air max, hollister, ralph lauren, hollister canada, karen millen, iphone 6 case, wedding dress, vans, moncler, canada goose, swarovski uk, pandora uk, moncler, moncler, oakley, coach outlet

cai huanglin said...

caihuanglin20150422
air jordan 11
burberry outlet online
coach factory outlet
michael kors outlet online
cheap jerseys
fendi outlet
louis vuitton
gucci outlet
discount christian louboutin
toms shoes
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
oakley sunglasses wholesale
michael kors outlet
jordan 3 retro
coco chanel
timberlands
hollister clothing
michael kors
michael kors outlet online
jordan 11 gamma blue
hermes
celine
louis vuitton handbags
jordan 3
ralph lauren uk
chanel handbags
coach factory outlet online
coach outlet
michael kors outlet
tory burch outlet
louis vuitton handbags
michael kors outlet online
michael kors
pandara jewelry
oakley sunglasses outlet
ray bans
prada shoes
coach factory outlet online
louis vuitton handbags

Hua Cai said...

air max 2015
kate spade handbags
true religion jeans
prada outlet
air jordan shoes
tory burch sandals
links of london uk
ralph lauren outlet
discount oakley sunglasses
thomas sabo
coach outlet
cheap jordans
calvin klein underwear
toms shoes
converse all star
true religion jeans
ralph lauren polo shirts
polo lacoste pas cher
louboutin shoes
longchamp outlet
coach outlet store
swarovski jewelry
marc jacobs outlet
air jordan 9
kobe bryants shoes
true religion outlet
michael kors outlet
ray ban wayfarer
mlb jerseys
burberry sacrf
lululemon
monster headphones
coach outlet online
kate spade outlet
true religion outlet
chanel outlet online
michael kors outlet online
giuseppe zanotti outlet
roshe run men
tory burch outlet online
2015422caihuali