Akhirnya VK Lingam membuka mulut bahawa Lazar pernah meminta bantuan Datuk VK Lingam supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal tahun 2000. Dalam keterangannya semalam, Lingam berkata, Lazar telah memintanya bercakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau (Lazar) dilantik terus ke Mahkamah Rayuan.
Nampaknya cerita-cerita peguam ini sudah berkembang dengan. Rupanya cerita Lingam bukan sekadar Lingam tetapi game gila kuasa para peguam di Malaysia ini yang mahu mencari job guaman segila-gilanya. Sebelum ini masterdedah telah memaparkan bahawa Majlis Peguam memang juga gila lobi untuk meletakkan orang-orangnya dalam bidang kehakiman.
Yang nyatanya sebelum ini sebelum Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah bersara dari Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Halim dilantik kejawatan tertinggi itu, banyak berlaku dimana pelbagai pihak untuk cuba melobi jawatan paling berprestij itu. Ini termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram (yang namanya kerap diketengahkan oleh beberapa peguam yang berperanan penting agar Majlis Peguam menganjurkan “Walk of Justice” 26 September itu), sebagai yang paling layak dinaikan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, sebenarnya sendiri secara peribadi telah cuba dua kali untuk bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Namun, usaha itu gagal dan permohonan itu temu janji itu ditolak.
Seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir ketika itu, juga mantan pengamal guaman, pernah diundang oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain Bruce Cleghorn ke kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, untuk makan malam. Setibanya disana, didapati seluruh Exco Majlis Peguam hadir di makan malam tersebut dan masing masing mempunyai calon untuk diketengah dan hujahkan sebagai Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Nampaknya, Exco Majlis Peguam sendiri mengamalkan perbuatan ‘melobi’ ini, atas apa juga alasan. Jelas disini bahawa Majlis Peguam, sebagai penguasa badan pengamal professional yang sepatutnya bersifat ‘neutral’, jika boleh ‘dimain’ dan ‘pengaruhi’ oleh agenda politik, seperti mantan banduan Anwar Ibrahim, lambat laun akan disedari dan keyakinan masyarakat secara automatik akan tiris dan menurun.Dirumuskan maka Majlis Peguam sebenarnya yang wajar dipersalahkan sekiranya keyakinan keatas Badan Kehakiman menurun, kerana personaliti dalam NGO eksklusif dan elitis itu sendiri, “Mengata dulang, paku serpih” atau bidalan Inggerisnya “Pot calling the kettle, black!“.
Oleh itu cerita Lingam sudah berkembang kepada Lazar. Siapa lagi selepas ini. Alangkah kartun puak-puak peguam di Malaysia ini.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan tegas menjelaskan bahawa hak beliau untuk menentukan mana mana personaliti wajar dilantik dan beliau tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa dan mana mana pihak atas keputusan yang dibuat. Ini bersesuaikan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dimana keputusan keputusan strategik dan sulit dibuat dengan penuh rahsia dan tidak perlu diperjelaskan, walaupun jika diminta pihak Mahkamah. Rahsia rahsia Kerajaan, terutama yang diklasifikasikan “Rahsia Besar” dan “Sulit” harus secara rasmi dikekalkan sedemekian. Ini adalah lumrah mana mana Kerajaan dalam dunia, termasuk negara negara yang mempraktikan amalan paling terbuka dan demokratik.