Saturday, February 16, 2008

Zahid Hamidi Bersekongkol dengan Anwar jatuhkan PM

GUGURKAN ZAHID PENGKHIANAT BN!!!


Sudah terang lagi bersuluh. Kini hubungan Zahid Hamidi semakin jelas kelihatan walaupun sedaya mungkin menyembunyikan rahsianya bersama Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Penerangan inin memang bijak bermain wayang apabila selama ini beliau menjadi penggerak utama membantu Anwar Ibrahim.


Zahid telah membocorkan maklumat kepada Anwar Ibrahim bahawa pembubaran Parlimen ialah pada 13 Mac 2008. Lebih penting lagi Zahid juga telah memberi dana jutaan ringgit kepada Anwar untuk kempen pilihan raya umum ke 12 ini.
Perkara ini disahkan oleh Faisal Mustaffa (AMK) PKR.


Oleh itu Paklah mesti menggugurkan Zahid sebagai calon BN.

Saturday, February 2, 2008

Anwar Kata dia tak kenal Wolfowitz

Muka Seperti Saya, Gaya Seperti Saya
tapi bukan saya


Muka Seperti Saya, Gaya Seperti Saya Tapi Yang duduk di Meja tu bukan saya walaupun gambar itu Malaysiakini, suara keadilan dan harakahdaily yang siarkan


SAYA TIADA HUBUNGAN DENGAN WOLFOWITZ!!

Anwar menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.




Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam. Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.


Anwar menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF. Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia.


Anwar menafikan yang dia anti-Sadam Hussein sedangkan dia pernah menulis surat kepada Wolfowitz ketika berada di penjara mengecam tindakan militan Muslim yang menyerang Pusat Perdagangan Dunia, WTC di New York pada 9 September 2001 dan seterusnya mengkritik Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang diktator.

Anwar menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:

Anwar jadi pelobi Wolfowitz. Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan. Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.


Anwar dilantik fellow kehormat di Johns Hopkins University.Menurut penulis Michael Bilington, "pada 2004 semasa dibebaskan dari penjara, Anwar 'disambut' oleh dua sekutu rapatnya, iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz. Wolfowitz ketika itu terbabit dengan tindakan mendalangi pertukaran rejim di Iraq melalui kekuasaan tentera. Wolfowitz dikatakan mengatur supaya Anwar diberi perlantikan di School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University, Washington.

Anwar dilantik Perunding Bank Dunia (governance & accountability). Semasa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia telah memberi kontrak bernilai AS$21,000 kepada Anwar bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Ketika itu Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia.

Anwar dilantik Chairman Foundation For The Future (FFF) pada 15 Julai 2006.

Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara.