
Media melaporkanAhli parlimen Serian, Richard Riot telah keluar dari Supp - parti komponen Barisan Nasional (BN).
Richard, seorang Bidayuh, telah menjadi ahli parlimen Serian selama lima penggal. Beliau menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai Supp untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi Supp.
Masterdedah sebelum ini telah melaporkan tentang usaha Anwar Ibrahim mahu membeli beberapa nama ahli BN kira-kira 30 kerusi untuk mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen.
Difahamkan pertemuan Anwar dengan 28 orang ahli BN di rumah Tan Sri Khalid terpaksa dibatalkan apabila dihidu oleh media dan orang ramai termasuklah SB.
Namun benarkah MP Serian ini telah keluar BN? jika benar mengapa baru sekarang keluar parti? bermakna ada seseorang telah berusaha untuk berjumpa dengannya.
Umum mengetahui sehari selepas pilihan raya Anwar Ibrahim telah ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan agenda mempengaruhi wakil rakyat BN melompat parti. Di Sabah Datuk Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Anwar ada menghubunginya dan menawarkan harga RM 5 juta sehingga RM 100 juta untuk beliau dan bersama orang-orang nya melompat parti.

Diberitakan juga Datuk Ghafur Salleh MP Kalabakan juga telah ditawarkan bersama PKR. Namun Ghafur walaupun sahabat Anwar telah menolak tawaran tersebut. Ghafur kini adalah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. (Beri jawatan sapa nak lompatkan?).
Apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh PKR? jawatan ke? masa depan sudah tentu difikirkan oleh wakil-wakil rakyat BN.