Monday, April 21, 2008
PAS Sudah Kalah - Faisal Tehrani
Ladang BABI 100juta dan Penghawa Dingin, Rakyat Selangor Miskin
Nampaknya sejak Barisan Alternatif Barisan Impian (BABI) di Selangor terpaksa bekerja keras menjawab isu babi ini. Bermula dengan kebodohan Teresa Kok menyiarkan 100 juta dalam blognya sebelum diumumkan oleh Menteri Besarnya maka episod Babi ini sudah berterusan sehingga terbongkarnya usaha daripada penternak babi untuk menjadi pengeluar terbesar babi kepada Negara China atau dunia. Apapun ini bukan kali pertama Teresa Kok agak tergesa-gesa dalam tindakannya sepertimana juga beliau mendedahkan isu rakaman bogel kononnya wanita daripada Negara China yang akhirnya dikenal pasti sebagai orang tempatan di negara ini.
Isu Babi memang cukup panas. Jika PAS begitu berkeras membantah projek babi ini namun akhirnya mereka menjadi penyokong kuat kepada PKR. Mungkin mulut mereka sudah berkunci. Dr Hassan Ali sudah pandai menggunakan perkataan "Teknologi dari JERMAN" yang suatu ketika PAS membantah teknologi itu. wow..memang dunia ini cepat berubah apabila diselimuti kuasa.
Tidak cukup itu mereka bertindak mendedahkan beberapa gambar penglibatan wakil rakyat BN dalam isu Babi. Pada masterdedah isu BN sudah tidak menjadi penting kerana yang penting ialah pemegang kuasa ialah PKR. Mereka mempunyai kuasa untuk membatalkan projek ini serta merta jika rakyat membantah. Mengapa perlu dituding kepada BN? jika BN bersalah maka menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor membatalkannya. Sekarang yang lebih penting kuasa di tangan kerajaan Selangor bukan BN.
Apakah Tan Sri Khinz tidak memahami sensitiviti orang Melayu di Sepang? isunya ialah peternakan babi di ternak di kawasan majoriti Melayu dan Islam. Mengapa agaknya penternakan babi tidak dilakukan di kawasan majoriti bukan Islam? atau mengapa Negara China tidak menjadi pengeluar terbesar dunia? Kos buruh di negara China adalah murah maka adalah tidak relevan jika dikatakan China tidak mampu membekalkan daging babi di dunia. Apakah jawapannya? kerana masalah kebersihan dan penyakit.
Apapun masterdedah berpendapat isu babi ini akan mengheret Kerajaan Selangor masalah yang agak besar pada masa akan datang.
Sunday, April 13, 2008
Lesen Terbesar Babi- Hukum PAS yang berbeza-beza.
Sebelum ini, PKR dan Pas menjaja ke seluruh negara membelasah BN yang mencadangkan projek itu. Malah, pendu- duk kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang, pasti masih mengingati risalah yang diedarkan Pas menjelang pilihan raya umum lalu mengenai projek itu.
‘Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Tapi babi tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Memang bagi orang Islam, babi merupakan perkara paling sensitif sekali. Tidak ada orang Islam sanggup menyentuh haiwan itu.’
Monday, April 7, 2008
RM 100 JUTA TERNAK BABI DI SELANGOR- SELANGOR NEGERI ISLAM ULUNG
Beliau mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu meluluskan projek penternakan babi itu dan menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain.
Teresa juga memaklumkan Exco bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari PKR merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.
Teresa juga memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan penyiaran memanggang 5 ekor babi panggang sebagai meraikan kejayaannya pada pilihan raya umum lalu di Salak Selatan. Nasib baik tak jemput jentera Melayu!!! Mungkinkah lima ekor babi yang dipanggang itu menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri?
Penyiaran gambar berkenaan mempunyai banyak tafsiran. Ramai berpendapat ia menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat "Kecinaannya".
Beberapa hari yang lalu Karpal Singh sekali lagi menyelar tindakan PAS kerana mahu memperjuangkan negara Islamnya versi PAS selain desakan mahu mendominasi pakatan pembangkang Pakatan Rakyat. Nampaknya Pakatan Rakyat sekarang tidak lama lagi akan berkubur. - Masterdedah
Tuesday, April 1, 2008
PAKATAN RAKYAT PAKATAN KAFIR?
Penubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat,".
Akhirnya PAS terpaksa menjilat najis yang dikeluarkan melalui lubang duburnya sendiri.
1) Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).
2) Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).
SUARAM vs Tan Sri Khalid
Apabila kafir menguasai pakatan pembangkang
Berikut merupakan kenyataan pemimpin PAS mengenai kerjasama DAP dengan bukan Islam
1) Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).
2) Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).
3) Siapa yang tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. (Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999).