
Filem ini sekarang sedang hangat ditayangkan. Jualan tiket tidak dijual dalam blog Nik Abduh atau Nik Amalina. hanya ada dalam blog-blog yang sanggup menjual tiketnya. Ehsan pic: pilihananda 08. ini namanya rangkaian kerjasama blog.
Jika dulu hal-hal keluarga dalam BN atau UMNO orang PAS lah yang sangat komited mendedahkan sana-sini mengenai kronisme dan nepotisme (macam anwar juga),. Namun kali ini batang hidung mereka sendiri terkena bila menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman CEO PMBK menjadi isu yang besar sehingga memaksa sekumpulan pemimpin utama PAS menasihatkan Nik Aziz agar mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO....beginilah dunia....
Kicdefella telah melakukan tendangan mautnya, sehingga keluarga Nik Aziz kucar kacir dibuatnya. Blog anak-anak Nik Aziz semuanya galak mempertahankan ayahandanya sebagai membuat keputusan yang wajar, cabaran keluarga terbesar dan sebagainya. seperti semuanya sangat bijak mengalih isu. yang mereka lupa ialah seorang bapa telah melantik anak menantunya menjadi CEO......(menyelam seratus kali dalam lautpun tetap menantu juga), sekarang menantu telah membuat onar. Kickdefella telah membuka kuak lentangnya..tahniahlah kick...jgn putus asa. pena mu tajam..dedahkan saja.Gambar atas- Kickdefella atau Syed Azidi orang kanan Husam Musa
dibayar gaji oleh PMBK tetapi bekerja untuk Husam Musa.
Hal ini biasa bagi situasi orang yang bekerja untuk perang
cyber.ada taukeh di belakang tabir.Apakah Husam dalang? he.he
1 comments:
...dulu puak PAS ni geger gegak gumpita melalui ceramah kampung dan ceramah perdana mendedah, melondeh segala pekung yang ada dalam kain pemimpin UMNO dengan bangga, angkoh, dan sombong ingin memberitahu dunia tentang jahat, hudoh dan tak pakai gawainya pemimpin UMNO..puak pemimpin PAS tiada yang tak molek, tak berjuruh, semuanya amat molek belaka..
...tapi percayalah bangkai gajah yang busuk kohon tu kalu ditutup dengan kanopi berekon macam tempat sembahyang terawih di stadium tu dan dicurah dengan bergelen minyak atar pun akan tetap berbau juga..
..jeng jeng jeng..sekarang tiba pula giliran pekung pemimpin PAS pula terselak, terlondeh tetapi bukan angkara perbuatan musoh iaitu UMNO jahanam..tapi oleh orang-orang harapan, kepercayaan, tidor sebantal, makan setalam dari puak mereka sendiri..
..Allah itu Maha Adil, terpaksa terimalah pembalasan segera di dunia lagi supaya seluruh rakyat sedar dan dapat menilai watak-watak yang dilakunkan oleh para pemimpin mereka..bercakap macam nabi-nabi tetapi.....
Hj Markoko
Post a Comment