Sunday, November 29, 2009

Kena Batang Hidung Sendiri



Filem ini sekarang sedang hangat ditayangkan. Jualan tiket tidak dijual dalam blog Nik Abduh atau Nik Amalina. hanya ada dalam blog-blog yang sanggup menjual tiketnya. Ehsan pic: pilihananda 08. ini namanya rangkaian kerjasama blog.



Jika dulu hal-hal keluarga dalam BN atau UMNO orang PAS lah yang sangat komited mendedahkan sana-sini mengenai kronisme dan nepotisme (macam anwar juga),. Namun kali ini batang hidung mereka sendiri terkena bila menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman CEO PMBK menjadi isu yang besar sehingga memaksa sekumpulan pemimpin utama PAS menasihatkan Nik Aziz agar mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO....beginilah dunia....
Kicdefella telah melakukan tendangan mautnya, sehingga keluarga Nik Aziz kucar kacir dibuatnya. Blog anak-anak Nik Aziz semuanya galak mempertahankan ayahandanya sebagai membuat keputusan yang wajar, cabaran keluarga terbesar dan sebagainya. seperti semuanya sangat bijak mengalih isu. yang mereka lupa ialah seorang bapa telah melantik anak menantunya menjadi CEO......(menyelam seratus kali dalam lautpun tetap menantu juga), sekarang menantu telah membuat onar. Kickdefella telah membuka kuak lentangnya..tahniahlah kick...jgn putus asa. pena mu tajam..dedahkan saja.


Gambar atas- Kickdefella atau Syed Azidi orang kanan Husam Musa
dibayar gaji oleh PMBK tetapi bekerja untuk Husam Musa.
Hal ini biasa bagi situasi orang yang bekerja untuk perang
cyber.ada taukeh di belakang tabir.Apakah Husam dalang? he.he








Sunday, November 15, 2009

ANWAR YANG BERNILAI RM 1 UNTUK MENDAPAT JUTAAN RINGGIT

Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".apakah misi Tan Sri Khalid? Anwar tidak memiliki kepakaran dalam bidang kewangan boleh dilantik sebagai penasihat? seorang yang gagal di UM Malaya ketika itu. Ingat lagi dalam tahun 1997 ketika kemelesetan ekonomi, Anwar hampir melupuhkan negara ini berpaksikan arahan IMF untuk meningkatkan kadar faedah?Tentulah ulasan Tun M bahawa nilai anwar memang RM1 sangat bertepatan.

Maksud sebenarnya ialah Anwar telah mengarahkan Tan Sri Khalid melantiknya....Ini memudahkan Anwar Ibrahim campur tangan dengan anak-anak syarikat kerajaan di Negeri Selangor, seperti mana Anwar Ibrahim bekerja keras membawa pelabur-pelabur dari US memasukkan dana dalam syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) namun KDEB telah gagal kerana Bank Negara tentu menghalang transaksi sedemikian.

Nampaknya Anwar sekali lagi membuat strategi baru dengan mengarahkan Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor melantiknya sebagai Penasihat. Anwar memerlukan satu platform yang pasti dan jelas secara bertulis untuk melaksanakan tugasnya. Inilah harga arahan Tan SRi Khalid RM 1.