SIAPA LAGI LEBIH PRO YAHUDI?
APA YANG DIILAKUKAN OLEH ANWAR?Penulis tidak terkejut bila Si Anwar ini memusing strateginya untuk seolah-oleh kelihatan menentang Yahudi dan Israel? itulah Anwar Irahim dengan strateginya asalkan ia memberi untung kepada peribadinya. Penulis pun sudah menjangka Anwar pasti akan gunakan taktik ini. Dalam keadaan sekarang ditengah kebencian dunia terhadap Israel tentulah amat menguntungkan mengeksploitasi isu palestin dan Israel.
Memulakan langkah menyerang kerajaan kononnya menggunakan khidmat firma perundingan awam pro-Israel APCO Worldwide dan mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM)menggunakan perkhidmatan bekas ejen Israel dalam pembangunan sistem maklumatnya nampaknya memberi reaksi yang sedikit mengutungkannya. Apatah lagi apabila sebuah akhbar dariebuah penerbitan internet, 'The New Ledger' hasil tulisan Rachel Motte, bertajuk 'The Reversal Of Anwar Ibrahim' yang mendakwa Anwar telah membuang rakan lamanya di Washington mengolah cerita yang amat baik sekali seolah-olah kelompok Yahudi sedang memarahinya kerana mempunyai sifat talam dua muka.
Benarkah kelompok Yahudi dan pemimpin Amerika ini marahkan Anwar? atau ini satu cara mereka membenarkan Anwar menipu rakyat di negara ini supaya percaya keadaan ini berlaku?Apakah semua ini di rancang rapi oleh Anwar? lupakah kita semua betapa sebenarnya Anwar ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kelompok Yahudi dan Israel. Jadi jangan terpedaya.
ANWAR SEKUTU KELOMPOK YAHUDI DAN ISRAEL?Anwar suatu ketika menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.
Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam. Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.
Anwar menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF. Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia. Anwar pernah menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:
Anwar jadi pelobi Wolfowitz. Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan. Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.
ANWAR IKTIRAF NEGARA ISRAEL MELALUI
Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007
Satu dunia tahu Anwar telah menandatangani Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007 yang cukup jelas perjanjian itu mengiktiraf pembentukkan negara haram Israel. Klik sini. Situasi ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai kaitan rapat dengan Yahudi dan Israel. 
Organisasi yang paling kontroversi yang dianggotai Anwar ialah Generation Investment Management Group sebuah badan pemikir milik Parti Demokrat yang beroperasi di London.Al-Gore telah melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa organisasi itu dengan gaji lumayan pada tahun 2005 dan Anwar perlu menghadiri mesyuarat 2 kali setahun serta menjalankan tugas-tugas khas yang dirahsiakan oleh organisasi itu dari dunia luar.Ada pihak yang berpendapat tujuan Anwar menyertai organisasi ini adalah tujuan untuk mengumpulkan dana politik beliau.
Generation Investment Management Group Taja Israel
Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila Generation Investment Management Group telah menaja syarikat Greenroad dari Israel sebanyak 10 juta Dollar Amerika pada 22 februari lalu. Perkara ini telah menimbulkan ramai tanggapan daripada masyarakat antarabangsa yang Al-Gore melalui organisasinya itu terang-terangan ingin membantu Israel dari sudut bantuan dana yang akhirnya memberi sumbangan kepada pertumpahan darah umat Islam di Palestin. Jadi jangan percaya dengan Anwar yang pandai bermuka-muka.