Thursday, October 21, 2010

Media Singapura Lebih bebas dari Malaysia?


Inilah lumrah kalau media dikuasai oleh asing. Penilaiannya juga meragukan.

Percayakah anda Negara Singapura yang terkenal dengan menyekat medianya dari mengkritik pemerintah berada ditangga 136 mengatasi Malaysia.

Singapura buat pertama kalinya mengatasi Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).

RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik."Thailand - tempat dua wartawan terkorban dan kira-kira 15 lagi cedera, ketika membuat liputan operasi tentera terhadap gerakan 'baju merah' di Bangkok - jatuh 23 anak tangga," kata RSF, yang menerbitkan indeks tahunan kesembilannya hari ini.

Filipina jatuh 34 anak tangga ekoran pembunuhan lebih 30 wartawan pada hari penamaan calon jawatan gabenor daerah Maguindanao di Mindanao.Sementara itu, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland pula berkongsi tempat pertama. Manakala Amerika Syarikat kekal di tangga ke-20.

Berada di kedudukan tercorot ialah Korea Utara (177) dan Eritrea (178).

Jangan bodohlah. Kalau nak jaga negara ini. Mesti kawal media sebelum sebuah negara itu runtuh. Sebab itu Negara Korea maju kerana mengawal medianya dari melampaui batas. Sendiri mau fikir.


Tuesday, October 19, 2010

Anak dan Bapak Sama Saja! Macam Setan

BAPAK BORIK ANAK RINTIK

Bapa dan Anak sama saja. Kurang ajar. Bapa ajar anak pijak orang. Anak cepat belajar. macam inilah bila DAP parti anak beranak. Kalau mereka tak pe. Demokrasi. Kalau orang lain. Rasislah, kejamlah, zalimlah. Kalau Singapura...ooo inilah kerajaan yang sangat baik dan demokrasi. Wal hal mereka pun tahu bagaimana kuku besinya kerajaan Singapura dari segi kebebasan bersuara. Mereka ni sama je. Gaya politik Bapa anak.

Sunday, October 17, 2010

Pelopor Menentang Perlembagaan Malaysia


Ini bukan Rasis!!. Tony Pua jangan marah. Ia ditujukan khas buat DAP yang memang paling rasis.

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

"Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana,"

Tuesday, October 12, 2010

Mustafa Kamil Ayub- Habis manis sepah dibuang!


Tanya Anwar Siapa Masukkan Saya? oops!!!

Anwar nak ke pemimpin muda yang kelihatan tua seperti Mustafa Kamil Ayub? seperti kata Rahimi.

i.) Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

ii.) Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin? "Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka,"
iii.) Dulu memanglah Mustafa Kamil pernah jadi pujaan hati Anwar.Tapi sekarang tidak lagi. Makan maggi pun sama macam Anwar. semua sama. sekarang, Habis Manis Sepah dibuang.Dah tak laku hero cabuk ni.

Dibandingkan Rahimi ketampanan dengan Mustafa Kamil tentulah mustafa ibarat jauh panggang dari api.Anwar tentu lebih suka yang handsome dan kelihatan seperti jambu. Mustafa jambu ke?

Saturday, October 9, 2010

Versi Peguam terhadap Rahimi- Latheefa Koya tidak ingat laporan penuh


Dalam wawancara dengan Malaysiakini 8 Oktober 2010, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.

Akhir sekali- Latheefa tidak dapat ingat sepenuhnya kandungan akuan bersumpah itu kerana dokumen itu didakwa telah hilang daripada simpanannya

Hairan bagaimana boleh hilang dan tiada dalam simpanan.

Thursday, October 7, 2010

Menelanjangkan Rahimi

Semalam Pembantu Anwar yang jambu yang sering kelihatan di Parlimen, Rahimi mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar.


Heboh suasana seketika apabila sekumpulan dari PKR menghalangnya membuat sidang akhbar berkenaan pendedahan Rahimi.


Begitulah Rahimi, semasa di sayangi Anwar semua orang suka dan mencari Rahimi, tetapi selepas tenaga dan kudrat habis maka jadilah kita "Habis manis sepah dibuang"


Portal Malaysiakini misalnya memulakan pendedahan siapa Rahimi yang antara lain menyebut seorang yang gagal di UIA (Sama macam Anwarlah, General Degree UM dalam sastera- ironis jadi juga Penasihat Bank Dunia". Kesian Rahimi...








Sunday, October 3, 2010

Akhlak Penyokong PAS yang teruk

YAB Dato' Sri Mohd Najib melawat Nik Aziz.
Pemimpin mendoakan agar Nik Aziz cepat sembuh

1. Ketika kita mendengar berita Tun M yang sakit di Australia, web pro PAS tegar Tranungkite.net pula menganjurkan kempen memaki dan mengutuk Tun M cepat mati di dalam web mereka

2. Betapa rosaknya akhlak penyokong PAS ini termasuk pengendali webnya yang membenarkan komen-komen demikian dalam ruangan forum mereka. Inilah dia Islam yang mahu ditunjuk oleh PAS. Mencaci dan menghina orang lain.

3. Semasa NiK Aziz terlantar sakit di IJN dulu tidaklah ada pula kempen dari penyokong UMNO atau sesiapa yang mendoakan kematian Nik Aziz. Malah dari pemimpin Negara sehinggalah pemimpin bawah menyediakan kemudahan yang sewajanya kepada Nik Aziz dirawat dengan baik. Inilah beza orang UMNO dan PAS. Pemimpin UMNO boleh melupakan masalah politik jika berlaku hal sakit, kematian atau yang melibatkan hubungan silaturrahim. tetapi orang PAS mereka sangat tidak berakhlak.








Apabila perwakilan cabang menolak Elizabeth Wong



Akibat terlalu banyak tidur dari kerja. Kalah di PJU.

Exco Kanan kerajaan Selangor kesayangan Tan Sri Gagap, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) pada 26 September lalu. Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi.Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi

Apa yang tidak kena Elizabeth Wong? jika dilihat pesaingnya pun 2 darinya melepasi undi 100 bermakna Elizabeth Wong di kawasannya pun telah tidak diterima!. Inilah akibat kalau jadi YB tahu tidur dan asyik banyak cakap. sepatutnya YB ini muhasabah dengan kekalahannya sebagaimana Datuk Kamarul Baharin yang kalah di Teluk Kemang Negeri Sembilan.