Wednesday, September 28, 2011

Jangan Main Tuduh-tuduh



SIAPA MUSANG BERBULU AYAM ITU?


Hari ini saya terbaca utusan tulisan Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit. Saya ingatkan Zaini atausesiapa yang seangkatan dengannya supaya jangan membuat tuduhan sembarangan dan main serkap jarang. Siapa Musang berbulu ayam yang dimaksudkan? Katanya,


1) " Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim."Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya


2) Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”


Bahaya kenyataan ini...Siapakah yang dimaksudkan? individu itu atau agensi mana? sila dedahkan bukti bagi menyokong kenyataan ini. Papagomo, unspinners, panglima cyber, dan lain-lain yang diupah oleh golongan tertentu sila bongkar perkara ini..

Note: Itulah hebatnya Al Anwar pemimpin kesayanganku...dihatiku hanya ada kamu.

0 comments: