Thursday, April 19, 2012

PAS FOR ALL

20 comments:

Anonymous said...

Isu kuil Seksyen 19 menjadi panas dan jadi isu negara pada tahun 2009. Sikap toleransi pemimpin politik dalam isu kuil menyebabkan pemindahan tertangguh beberapa kali. PKNS berjanji kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana tapak itu untuk 16 unit rumah. Pada tahun 1988 semasa penduduk pindah ada sebuah kuil kecil digunakan oleh setinggan berhampiran jalan kereta api. Kuil diarahkan pindah pada tahun 2003 ke Seksyen 18 tetapi ditolak. Semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan pada tahun 2005. Selepas setinggan dipindahkan penduduk dari kawasan lain yang mengaktifkan kuil mereka masukkan bekalan elektrik dan air pada tahun 2006. Penduduk hantar aduan kepada Sultan Selangor pada 28/07/2006 kerana aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Penduduk sekitar melihat pihak kuil tidak takut kepada penguat kuasa MBSA yang datang buat rondaan selepas aduan penduduk. Selepas aduan kepada DYMM Sultan Selangor ramai penguat kuasa MBSA datang kekawasan kuil. Mereka kepung kawasan yang diubah suai, surat dikeluarkan minta kerja diberhentikan. Tetapi selepas penguat kuasa beredar kerja disambung lagi. Pada Ogos 2006 penduduk buat perjumpaan dengan Penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA minta penjelasan, kami dimaklumkan pihak kuil dapat sokongan daripada pemimpin atasan MIC dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Kenapa mereka sengaja besarkan kuil tanpa permit PBT dikawasan majoriti Islam walaupun tahu penduduk buat bantahan?. Pada Oktober 2006 penduduk berjumpa bekas MB YB DSKT diketuai bekas Nazir Masjid Ubudiah Seksyen 19 minta kuil dipindahkan. Pada Januari 2007 kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik. Penduduk hantar aduan kepada Badan Pencegah Rasuah dan Biro Pengaduan Awam JPM pada 26/07/2007. Kedua2 jabatan memberi maklumbalas segera akan siasat. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Tetapi usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Kenapa pemimpin PR lebih menjaga hati pihak kuil yang enggan keluar dari situ?. April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS beritau dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Pada April 2008 perjumpaan dibuat dengan YB Adun Batu 3, tapi jawapan YB Adun tidak menyebelahi penduduk Islam. Pada 21/07/2008 tiga buah lori bawa masuk bahan binaan ke kawasan kuil, seorang penduduk menahan sebuah daripada lori, pemuda kuil jawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Mujur ada penduduk yang sedar pada masa itu terus buat aduan. Keramaian bergendang sepanjang Julai 2008 adalah yang terburuk berlaku dikawasan penduduk. Mereka sudah berani bergendang hingga ketengah malam. Pada malam 26/07/2008 mereka buat perarakan bergendang bawa patung besar dihadapan rumah penduduk. Suasana malam itu kecoh penduduk tegur bising di ugut bunuh. Polis sampai mereka jerit “Apa komplen Melayu bodoh”. Pada 09/08/2008 perjumpaan penduduk dengan Ahli Parlimen Shah Alam di Masjid Ubudiah ramai mengadu minta kuil segera dipindahkan. Laporan polis penduduk di ugut bunuh diserah kepada wakil rakyat malam itu. Pada 12/08/2008 perjumpaan wakil rakyat, wakil kuil dan wakil penduduk Seksyen 19 dipejabat YB Adun Seksyen 23. Tetapi tidak ada perubahan selepas perjumpaan itu malah gangguan kuil semakin gawat hingga akhir thun 2008 kerana gangguan bising setiap hari, kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul buat bising dan mabuk. Rumah penduduk, tanda jalan diconteng nombor kumpulan gengster 303. Penduduk yang menegur diugut, ada yang diletak parang depan pagar rumah, ada penduduk yang hendak buat majlis tahlil diminta bayar wang jika mahu kuil senyap. Penduduk sekitar berhadapan risiko, tekanan emosi dan situasi sukar dikawasan sendiri. Aduan demi aduan dibuat tetapi tidak ada tindakan oleh pihak berkuasa.

Anonymous said...

Sambungan:

Pada Disember 2008 bilik2 kuil dibesarkan gangguan kuil semakin kronik. Penduduk mengadu kepada Pertubuhan NGO Islam dan mereka memberi jawapan segera akan membantu penduduk. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad yang menuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu di kaitkan kerana PRK Kuala Terengganu (semak minaq jinggo - Ahli Parlimen pertahan kuil). NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengelakkan lebih banyak kawasan diceroboh dan mengurangkan gangguan kawasan jadi tempat pemuda Hindu berkumpul minum dan mabuk. Pada hari perasmian gelanggang 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel “Persoalan kuil di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris” . Beliau tuduh NGO buat provokasi dikaitkan kerana PRK Kuala Terengganu. Kenapa wakil rakyat parti Islam membela kuil Hindu?. Kenapa NGO yang datang dari luar kawasan lebih prihatin membantu penduduk tanpa bayaran satu sen pun. Malah mereka terpaksa guna dana sendiri untuk bina gelanggang. NGO minta penduduk jawab tuduhan artikel Khalid Samad, dan dijawab pada 13/01/2009 melalui Pewarisummmah.blogspot.com. Artikel Khalid Samad tersebar dalam blog2 pro PR, pelbagai komen pembaca pro dan kontra. Ada yang tuduh UMNO nak rampas Selangor. Menyusul selepas itu artikel Undang-undang DS atau BN pada 12/01/2009 YB Khalid Samad tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa Khalid Samad tidak peduli masalah penduduk yang diganggu begitu teruk ketika itu? Adakah Khalid Samad menunggu keadaan jadi kritikal baru datang membantu?. Kenapa kaitkan UMNO dalam setiap bantahan penduduk?. Pemimpin UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan walaupun semasa BN penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri. Kenapa Hindu kuil yang disokong MIC sejak zaman BN tidak jadi isu tetapi UMNO tidak boleh bersimpati kepada penduduk?. Pada Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 pemimpin PR bersetuju kuil akan pindah ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka?. Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan terletak bersebelahan padang permainan. Mereka bantah bukan kerana politik tetapi kerana pertahankan kawasan sebab mereka tahu masalah di Seksyen 19. Pagar tapak kuil satu ekar diconteng penduduk kerana marah tetapi MB Selangor tegas teruskan bina kuil disitu. Penduduk Seksyen 19 disokong oleh 3 Pertubuhan NGO Islam. Penduduk Seksyen 23 pula disokong 10 Pertubuhan NGO Islam. Pada 28/08/2009 penduduk Seksyen 23 buat demonstrasi di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai melenting konon hina anutan agama Hindu. 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO juga dipersalahkan hanya kerana salah seorang peserta demo ialah pemuda UMNO yang tinggal di Seksyen 23. Kenapa media-media PR membela pihak kuil yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19? Kenapa pemimpin Islam PR tidak siasat masalah sebenar penduduk Islam di Seksyen 19? Kenapa kepala lembu menjadi amat sensitif sedangkan pihak kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19? Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini? Pada 26/07/2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang tengah malam di kawasan majoriti Islam tidak ada tindakan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat. Mereka gantung bendera parti Islam dikawasan kuil tidak sensitifkah? Malah Mad Sabu Timbalan Presiden PAS yang tinggal tidak jauh dari kawasan kuil tidak ambil peduli bendera PAS berkibar disitu hinggalah campur tangan NGO barulah bendera itu diturunkan. Berderet artikel ditulis oleh YB Khalid Samad mengenai isu kuil Seksyen 19 tetapi tidak menulis gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Artikel Khalid Samad hanya ada menyatakan sebab kuil dipindahkan kerana kuil berada depan rumah dan tiada tempat parkir kereta utk pengunjung kuil semasa buat upacara. Kenapa pemimpin Islam tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam?.

Anonymous said...

KERAJAAN KELANTAN BARU-BARU INI PERNAH MENGAKUI HANYA MEMBINA SEBUAH MASJID JE KAT KELANTAN. DEMI POLITIK JANJI NAK BINA LEBIH BAYAK KUIL LAK. ASTAGHAFIRULLAH... BIAR BETUL. SURAH MANA DAN HADIS MANA PULAK DIGUNAKAN PAS UNTUK MEMBINA KUIL NI?

Anonymous said...

Sambungan:

Selepas demonstrasi kepala lembu, kuil tidak dibina bersebelahan Padang Permainan Seksyen 23. Kuil di Seksyen 19 pula terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko. Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010. Pada Julai 2011 penduduk melihat kuil baru di Seksyen 23 masih belum lagi disiapkan. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Dato' Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil itu keSeksyen 23 disegerakan. Laporan dokumen Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Julai 2009 yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam ada laporan yang ditulis ia-itu pihak Polis menasihatkan pihak MBSA memindahkan kuil di Seksyen 19 bagi mengelak perkara tidak dingini terus berlaku. Kuil yang mengganggu ketenteraman awam penduduk di Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Blog-blog pro PR membuat ulasan UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS Seksyen 19 sudah digantikan tapak yang lebih luas di Seksyen 23. Pemimpin dan media PR memuji kuil berjaya dipindahkan dengan kerjasama pihak kuil itu. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa masalah penduduk berlarutan selama 4 tahun akibat pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan. Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga tahun 2012. Hakikatnya pelbagai masalah yang berlaku dalam masa empat tahun PR berkuasa lebih teruk berbanding semasa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama tujuh bulan selepas campur tangan NGO Islam pada Januari 2009. Tetapi keramaian bergendang berlaku semula pada bulan Ogos, November dan Disember 2009. Pintu pagar gelanggang dibina NGO telah diconteng nombor 303, dinding gelanggang diconteng perkataan yang bermaksud mencarut, dalam gelanggang sering dibaling botol-botol arak. Papan tanda Tapak Gelanggang Pewaris telah dirosakkan. Keramaian kuil pada 11/08/2010 hingga 15/08/2010 dalam bulan Ramadhan mendapat kebenaran YB Adun konon upacara terakhir sebelum dipindahkan September 2010. Tetapi selepas berakhir September 2010 kuil tidak pindah. Selepas itu YB Adun maklumkan kuil akan pindah pada akhir November 2010, tetapi kuil disitu juga. Aktiviti kuil menganggu penduduk sampailah hari upacara akhir dikuil itu pada 26/01/2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik yang sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat toleransi dengan bukan Islam. Yang pasti masalah penduduk hanya selesai kerana bantahan dibuat berterusan dan campur tangan Pertubuhan NGO Islam amat membantu selesaikan isu ini.

Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.

Anonymous said...

www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19

Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris
Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR gagal menyelesaikan masalah di Selangor. NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23
Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.

SUNDAY, AUGUST 30, 2009 - Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19 Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.
Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

Anonymous said...

www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19

2hb September 2009 M - Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Anonymous said...

Kami juga penduduk Seksyen 19 bersyukur kuil sudah dirobohkan. Doa penduduk Islam mohon kuil itu pindah sudah dimakbulkan Allah. Kami menunggu dari tahun ketahun tak selesai sebab mereka tak mahu keluar dari situ. Sekarang ni, tak ada lagi bunyi loceng kuil ganggu waktu pagi dan senja, tak ada lagi bau kemenyan yang menyakitkan hidung, tak dengar lagi bacaan mantera sami kuil yang bersuara besar. Penduduk tak diganggu lagi bunyi muzik dan lagu lagu Hindu setiap hari. Kawasan kami kini aman takde lagi bunyi gendang yang bingitkan telinga bila ada upacara kuil. Penduduk tak bimbang lagi kawasan jadi sesak kerana pengunjung kuil sesuka hati letak kereta depan pagar rumah orang. Kadang2 jadi gaduh sebab susah nak kluar rumah kena bunyikan hon panjang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyelesaikan isu kuil Seksyen 19.

Anonymous said...

http://pewarisummah.blogspot.com/ TUESDAY, JANUARY 13, 2009

ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM

ADUAN 2-PENDUDUK BENGKEK
Merujuk kepada komen YB Khalid Samad,

“Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.

Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan : 1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGING.

Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak. 1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.

Anonymous said...

# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.

1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”

Tindakan dari ahli penduduk memasang ayat al-Quran dengan kuat sedikit sebanyak melegakan penderitaan dan tekanan yang selama 20 tahun yang sebelum ini, mereka hanya mendengar trompet, tabla, mentera-mentera serta bau yang tidak menyenangkan. Hasil daripada tindakan ini kumpulan India seramai 15-20 orang telah berkumpul di depan rumahnya. Tetapi dengan berkat al-Quran mereka bersurai sendiri.
Kalau dilihat nasib penduduk disini amat malang kerana sekarang kadok dah naik junjung. Mengharap pemimpin Melayu dan Islam yang ada pun dah diinjak-injak# . Masing-masing nak selamatkan diri sendiri dan ada kepentingan. Memanglah sedih kalau dah ada pemimpin Islam mengatakan kami penduduk Seksyen 19 YAHUDI ISRAEL. Amat kecewa kami rasakan apabila saudara seIslam melabelkan kami Yahudi di hadapan orang yang bukan beragama Islam. Tentunya mereka ketawa tanda kemenangan apabila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri demi kepentingan peribadi.
Jadi memang wajar bagi kami penduduk-penduduk mengadakan tempat bagi aktiviti sihat seperti gelanggang silat, gasing dan lain-lain. Sebab ini boleh mendidik jati diri kepada remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang serta bagi menghidupkan suasana kampung di taman-taman dalam bandar di kawasan seksyen 19 yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk serta taman-taman berhampiran di samping memantau budaya melepak dan minum arak sehingga lewat pagi yang ditiru oleh remaja-remaja setempat yang terdiri dari bangsa Melayu dan Islam serta mengawasi anasir-anasir luar yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara serta budaya, di samping bagi menebus maruah pemimpin bangsa yang tergadai.

ALLAHHUAKBAR.

Anonymous said...

Selepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari bertajuk Tauke Mancis dan Mancis diterbitkan oleh Komas. Penggambaran dibuat beberapa hari di Seksyen 19 mereka dapat merakam suasana keramaian kuil yang diadakan pada malam 14/08/2010. Sebahagian daripada masalah di Seksyen 19 sudah dikeluarkan dalam filem itu. Filem ditayangkan di Menara PKNS PJ pada 16/10/2010. Seramai 17 penduduk Seksyen 19 hadir dijemput pengarah filem. Dalam filem itu pengurusi persatuan kuil Seksyen 19 mengaku mereka adalah penduduk tempatan sedangkan penduduk sekitar tidak kenal mereka. Mereka kata ketika cuti hari raya penduduk beri mereka kunci rumah dan minta tolong beri kucing makan. Kami semua tidak pernah meninggalkan kunci rumah kepada pihak lain. Kenapa mereka mendakwa kuil itu berusia 106 tahun didaftarkan pada tahun 1903?. Sudah ujudkah pejabat pendaftar Pertubuhan ketika itu?. Jika benar kuil itu sudah berdaftar kenapa PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Mungkin kuil kecil yang penduduk lihat pada tahun 1988 itu berusia ratusan tahun? Bagaimana pula tambahan yang dibuat tahun 2006 tanpa pelan dan permit PBT?. Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang dikawasan semak terbiar tidak ada bekalan elektrik dan air. Ketika Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib menjadi MB beliau tidak benarkan sebarang aktiviti dikuil itu hingga ia dipindahkan. Ketika itu kuil diguna penduduk setinggan berhampiran jalan kereta api. Pada tahun 2005 semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan. Semasa perjumpaan penduduk dengan bekas Adun Batu Tiga Datuk Salomon pada tahun 2006 penduduk bertanya kenapa kuil tidak dipindahkan? Beliau jawab hendak pindahkan setinggan lebih mudah daripada memindahkkan kuil. Pelbagai tuntutan dibuat jika pindahkan kuil, sudah beberapa lokasi ditawarkan ditolak. Jika baca Artikel Khalid Samad menyalahkan UMNO tidak berbuat apa apa selama 26 tahun. Dalam filem itu Khalid Samad menyalahkan UMNO dalam isu kuil di Seksyen 19 dan demontrasi penduduk Seksyen 23. YB Adun Batu Tiga Puan Rodziah yang berucap selepas tayangan filem dihadapan diplomat asing dan ramai bukan Islam yang hadir malam itu juga menyalahkan UMNO dalam isu kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan?. Kenapa wakil rakyat tidak peduli bantahan penduduk Islam yang tidak bersetuju kuil bermasalah dipindahkan berhampiran kawasan mereka? Sebelum demonstrasi di SUK penduduk Seksyen 19 dan NGO telah dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri kawasan tapak kuil itu berhampiran penempatan penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 hanya ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tidak ada wakil penduduk Islam Seksyen 23 dipanggil dalam mesyuarat itu. Dalam pertemuan salah seorang penduduk Seksyen 19 memberitahu wakil media kenapa tapak kuil Seksyen 19 perlu diganti? Sedangkan yang menggunakan kuil itu adalah penduduk kawasan lain yang datang menceroboh tanah PKNS. Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum bantahan tidak dipedulikan pemimpin PR malah tapak kuil itu siap dipagar. Selepas demonstrasi 28/08/2009 YB Khalid Samad keluarkan arrtikel Surat Terbuka Kepada penduduk Seksyen 23 pada 02/09/2009 meminta mereka terima kuil itu konon pihak kuil layak mendapat layanan yang adil. Kenapa penduduk Islam sahaja diminta berlaku adil? Kenapa penduduk Islam sahaja yang dipersalahkan dalam isu kuil itu?. Adilkah jika penduduk Islam terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan oleh pihak kuil?. Kenapa pemimpin PR bersungguh membela pihak kuil sedangkan penduduk Islam tidak diberi layanan sewajarnya. Kenapa sebuah risalah diterbitkan oleh pihak Sekretariat akhbar kerajaan Selangor pada 30/09/2009 “Memahami Isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23. Kenapa risalah itu tidak berlaku adil kepada penduduk Seksyen 19, Seksyen 23 dan Pertubuhan NGO Islam?. Risalah diterbitkan hanya untuk menutup kesalahan pemimpin PR sendiri.

Anonymous said...

Maaf nama filem dokumentari ialah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah. Filem ini memaparkan kesah kumpulan penduduk yang menentang kuil Hindu di pindahkan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

http://www.youtube.com/watch?v=djrnYNsG6Bo

Anonymous said...

Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

SHAH ALAM 13 Sept 2009 - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka.

Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu.

Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah. Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka. ''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya.

Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

Anonymous said...

Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Demonstrasi_kepala_lembu September 2009

Kuil Hindu Sri Mahamariamman

Kuil Hindu Sri Mahamariaman di Seksyen 19 Shah Alam, asalnya kecil sahaja, setakat 2X2 meter pada tahun 1988. Kuil kecil ini semakin membesar dan didakwa pula ada sejarah 150 tahun.

Oleh kerana saiznya kecil dan tidak ada usaha pendaftaran dibuat kepada mana-mana pihak, maka ia ia tidak terdaftar dalam pelan pembangunan bandar raya Shah Alam.

Tidak ada bukti seperti resit, surat atau fail yang menunjukkan mana-mana kuil Hindu berusia 150 tahun. Hanya sekadar mengingatkan bahawa buruh India dibawa oleh majikan peladang British sejak 1800 lagi. Masjid juga tidak ada rekod, fail, resit atau batu tanda pembinaan.

Penduduk Melayu di Seksyen 19 yang duduk di sana sejak 1988 menyatakan saiz kuil itu kecil sahaja.

Tapak kuil milik estet getah dan kelapa sawit Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tidak ada mana-mana pihak berusaha mendaftarkannya kerana tidak ada bantahan. Penduduk Melayu yang merungut juga tidak ada rekod bantahan dan rekod laporan polis kerana saiz kuil itu kecil sahaja.

Alangkah baiknya jika semua kuil, tokong, surau dan masjid mempunyai pelan pembinaan, rekod pendaftaran, senarai nama jawatankuasa pengurusan dan sebagainya.

Di Seksyen 19 hanya ada 5 keluarga India. T.Murugiah pernah berunding pihak kuil setuju akan pindah ke Seksyen 22. Malangnya MIC campurtangan dan berjanji diselesaikan selepas PRU 12. Kuil ini dikendalikan oleh orang luar iaitu dari Kapar dan pengikutnya sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 18 dan Seksyen 20.

Anonymous said...

The Unspinners.blogspot.com
FRIDAY, SEPTEMBER 11, 2009

Penganut Hindu Seksyen 19 terus kelentong kuil wujud ratusan tahun

Laman web kerajaan Pakatan Rakyat, Selangorkini Online menyiarkan kenyataan dari Wakil penduduk Hindu yang juga Ahli Majlis MBSA, K.Uthayasoorian. Dia menegaskan penduduk Seksyen 19 patut mengambil tahu sejarah kuil tersebut.

Tak tahu samada mereka menyedari jawapan kami The Unspinners telah menafikan saranan kuil itu berumur 150 tahun oleh The Malaysian Insiders. Ia tidak masuk akal dari segi sejarah.

Uthaya masih menegaskan bahawa "kuil itu telah wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka dan sebelum wujudnya penempatan di kawasan terbabit". Apa asas dan bukti sejarah untuknya katakan sedemikian?

Katanya asal tempat itu adalah Ladang Sungai Rengam yang dipunyai Guthrie & Company. Ia sudah "wujud 109 tahun lagi". Kemudian dia kata sudah "wujud 109 tahun sebelum Merdeka". Mana cerita pula "wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka"?

Dia mengatakan bahawa kawasan ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu" adalah estet-estet getah yang telah didiami oleh pekerja-pekerja dari India dan menjalankan tanaman getah. Apa punya cakap ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu"? Tahun apa, cakap betul-betul?

Mahu kelentong pun tak konsisten! Kami ada point lain tapi buat menjawab yang ini, apa yang kami sudah siarkan sudah memadai. Rajin-rajin baca mengenai Henry Ridley sini.

Posted by The Unspinners at 8:17 PM

Anonymous said...

Salah satu tuntutan Bersih 3 - PR mahukan laporan yang bebas dan adil. Adakah akhbar mereka berlaku adil? Dari muka depan ke muka belakang tidak ada suatu pun yang kerajaan BN buat betul kepada mereka. Selepas demonstrasi kepala lembu OGOS 2009 ramai wartawan datang ke Seksyen 19. TV Selangor tidak benarkan penduduk cakap perkara negative terutama gangguan kuil kepada penduduk. Jadi berita yang keluar selepas itu semua memuji usaha kerajaan Selangor pindahkan kuil yang tidak dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Begitu juga akhbar PR yang lain hanya memuji usha PR membantu penduduk Sek 19. Penduduk Seksyen 19 minta bantuan NGO dituduh oleh Khalid Samad provokasi UMNO kepada kuil Hindu. Bantahan penduduk Seksyen 23 juga disalahkan UMNO. Kenapa pemimpin dan media PR tidak persoalkan kenapa Hindu kuil enggan keluar dari tapak itu walaupun tahu disitu tapak rumah PKNS? . Kenapa wakil rakyat tidak ambil tindakan bila Hindu buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Kenapa pemimpin PR pilih kawasan majoriti penduduk Islam untuk pindahkan kuil itu?. Aduan demi aduan tiada tindakan bila minta bantuan luar tuduh provokasi UMNO. Pada 07/05/2009 surat persetujuan pemindahan kuil ke Seksyen 23 ditanda tangani oleh YB Khalid, YB Rodziah dan wakil kuil sahaja. Kenapa wakil penduduk Islam Seksyen 23 tidak dipanggil dalam mesyuarat itu?. Kenapa sebuah kuil haram diganti tapak seluas satu ekar?. Penduduk Seksyen 23 bimbang masalah penduduk Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka sebab itu mereka bantah. PR tutup kesalahan mereka bila timbul isu dengan menuding jari kepada pihak lain. Walaupun kuil sudah dipindahkan pada 02/02/2012 selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam tetapi penduduk sudah tidak percaya lagi kepada PR dan media PR.

Anonymous said...

Siapa yang undi wakil rakyat HARAMJADAH NI ?
itu yang dikatakan
ikut rasa binasa ....
ikut hati mati ...

oakleyses said...

nike free, michael kors handbags, louis vuitton outlet, oakley vault, coach outlet, polo ralph lauren, coach outlet store online, prada outlet, tiffany jewelry, true religion outlet, louis vuitton outlet online, cheap oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, true religion, burberry outlet online, jordan shoes, michael kors outlet online, michael kors outlet online, louis vuitton outlet, red bottom shoes, nike air max, longchamp outlet, tory burch outlet online, ray ban sunglasses, prada handbags, longchamp outlet online, michael kors outlet online, gucci handbags, oakley sunglasses, kate spade outlet, louis vuitton, nike air max, longchamp handbags, christian louboutin outlet, kate spade outlet online, ray ban outlet, chanel handbags, burberry outlet online, coach purses, christian louboutin, michael kors outlet, tiffany and co jewelry, michael kors outlet store, coach outlet, christian louboutin shoes, nike outlet, louis vuitton handbags

oakleyses said...

nike free, nike roshe, timberland, ralph lauren pas cher, longchamp pas cher, north face, michael kors canada, chaussure louboutin, nike blazer pas cher, ray ban uk, hermes pas cher, sac michael kors, louis vuitton, oakley pas cher, louis vuitton pas cher, true religion outlet, scarpe hogan, barbour, nike air max, true religion jeans, north face pas cher, air max pas cher, louis vuitton uk, sac louis vuitton, lacoste pas cher, abercrombie and fitch, nike roshe run, burberry pas cher, nike air force, converse pas cher, new balance pas cher, vans pas cher, hollister, nike free pas cher, sac vanessa bruno, mulberry uk, michael kors uk, lululemon, longchamp, ray ban pas cher, ralph lauren, air max, air jordan, guess pas cher, nike air max, tn pas cher, hollister

oakleyses said...

nfl jerseys, herve leger, canada goose outlet, p90x workout, jimmy choo shoes, giuseppe zanotti, bottega veneta, ugg, celine handbags, reebok shoes, insanity workout, uggs on sale, nike huarache, wedding dresses, soccer shoes, babyliss, canada goose, ferragamo shoes, asics shoes, ugg boots clearance, replica watches, uggs outlet, uggs outlet, mont blanc pens, lululemon outlet, birkin bag, ugg boots, nike roshe, hollister, canada goose outlet, longchamp, mac cosmetics, north face jackets, vans outlet, mcm handbags, north face jackets, chi flat iron, soccer jerseys, nike trainers, ugg outlet, ghd, abercrombie and fitch, canada goose outlet, instyler ionic styler, valentino shoes, beats headphones, marc jacobs outlet, new balance outlet, ugg soldes

oakleyses said...

canada goose, hollister clothing, uggs canada, toms outlet, juicy couture outlet, juicy couture outlet, montre femme, pandora jewelry, louboutin, nike air max, pandora charms, supra shoes, moncler outlet, thomas sabo uk, ray ban, converse, lancel, gucci, replica watches, baseball bats, moncler, ugg, swarovski jewelry, timberland shoes, canada goose, links of london uk, louis vuitton canada, canada goose pas cher, moncler outlet, converse shoes, parajumpers outlet, moncler, air max, hollister, ralph lauren, hollister canada, karen millen, iphone 6 case, wedding dress, vans, moncler, canada goose, swarovski uk, pandora uk, moncler, moncler, oakley, coach outlet