Sunday, December 25, 2016

TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM


Gambar 1: Pusat Siber & Kafe siber pernah ada pekeliling Pembekuan tahun 2007 tetapi pada 2012 pembekuan itu ditarikbalik hinggalah sekarang
dibenarkan berleluasa
Di Selangor sendiri terdapat lebih 6000 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram di sini bermaksud ia dilesenkan di bawah pusat siber dan kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks.

Kisah rumah urut dan premis judi “haram” sentiasa disembunyikan oleh pihak PBT sehingga Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal yang juga Pengerusi Gabung­an NGO Malaysia disita dan laluan pejalan kaki berbumbung serta 16 buah bilik yang sedang dalam pembinaan di kawasan hotel itu dirobohkan penguat kuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 23 Disember lalu. Semuanya gara-gara kejadian provokasi Jamal selepas Jamal tampil bertuala dan mahu ‘menum­pang mandi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebagai memprotes isu gangguan bekalan air di Selangor. 

Netizen berpendapat tindakan yang diambil terhadap Jamal itu dilihat sebagai pembunuhan peniaga Melayu oleh kerajaan PKR Selangor dan satu tindakan belas dendam Azmin terhadap Jamal. Jamal pula sehari selepas itu tampil mempertahankan diri dengan merasmikan resortnya dan dalam masa sama mempersoalkan Kerajaan Selangor serta Majlis Daerah Sabak Bernam (PBT) yang bertahun-tahun tidak mahu meluluskan lesen perniagaannya dan dalam masa sama membiarkan premis rumah urut serta judi siber kafe berleluasa di Selangor khususnya di Parlimen Sg Besar. Maka Jamal mula menggempur pusat-pusat siber ini. Tentunya ini akan memberi tekanan kepada pengusaha puak DAP yang banyak terlibat dengan perniagaan seumpama ini. Apa seterusnya?



AZMIN TIDAK PERNAH MAHU MEMBEKUKAN PREMIS RUMAH URUT & JUDI DI SELANGOR

Tiada data yang tepat berhubung jumlah premis rumah urut dan judi siber cafe di Selangor. Ada yang menganggarkan 1500, 4500 dan menurut PPIM mendapati lebih 6,000 premis judi tidak berlesen beroperasi di Se­langor. Mengikut statistik PDRM, 4,514 individu ditahan dalam 4,137 serbuan Op Dadu bagi membanteras judi ha­ram yang dijalankan di Selangor sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu. Sepanjang tempoh itu juga, 56,757 mesin dan RM391,182 wang tunai turut dirampas. 

BAGAIMANA PBT MELULUSKAN LESEN RUMAH URUT DAN PUSAT SIBER/KAFE SIBER YANG MENJADI PUSAT JUDI?

Sepertimana Gambar 1 di atas bagi Pusat Siber dan Kafe Siber Pembekuan hanya pernah berlaku pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor. 

Contoh dari satu kertas minit mesyuarat PBT Selangor

Bagi Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 - menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter. Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya lesen  rumah urut tiada had. Ini diperakui sendiri oleh PBT Majlis Daerah Kuasa Selangor satu dari
PBT di Selangor



MARI KITA LIHAT SATU CONTOH KES DI PBT SELANGOR - MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA- AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDIN. 

Bagaimana PBT memberi kelulusan, lemah pada rayuan, kawtim dan membiarkan mungkin semua Pusat rumah urut haram serta Pusat Siber/ Siber Kafe. Walaupun syarat itu adalah lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif ( kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Rumah urut sejak 2010 diberi lesen 2013 malah dikatakan masih beroperasi sehingga sekarang. Jadi tidak hairan jika ianya berleluasa  di Selangor. Rasuah, dan penguatkuasaan lemah akhirnya memburukkan lagi masalah sosial di Selangor. - Definisi Lesen Hiburan, Tempat hiburan dan Pusat Hiburan Awam seperti dalam Minit Mesyuarat PBT












Footmarksense Reflexology Sdn Bhd dari kumpulan Kakigroup. Semua pihak tahu mana-mana pusat rumah urut yang berlambang kaki ada menyediakan
khidmat seks.

Lihat cara mereka merayu siap berjanji akan menutup
pusat urut jika masjid siap



Berapa banyak kesalahan mereka





Kata ada masjid maka ditutup tapi terus diLULUSKAN.

Premis ini masih wujud hingga kini. Sama ada secara haram ataupun terus mendapat lesen dari MPAJ

Ini satu dari contoh dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) di Selangor. Netizen boleh membayangkan lagi berapa banyak lagi kaedah begini. Syarikat beroperasi secara sementara menunggu lesen. Jadi jumlah ini sentiasa meningkat sama ada secara berlesen atau haram. 


Mari kita lihat bagaimana MPAJ memproses permohonan lesen rumah urut dan pusat siber/siber kafe tahun 2014 pula sebagai contoh. 





Lesen yang ditolak dan tangguh akan meneruskan operasi mereka sehingga kelulusan mereka diperolehi. Maka Pusat Siber menjadi pusat judi haram bukanlah sesuatu yang menghairankan. 

Jika didedahkan lagi operasi PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam yang juga mungkin banyak meluluskan Pusat Siber dan Kafe Siber yang menyeleweng dari fungsi asal menjadi pusat judi haram. Begitu juga pusat kesihatan yang menjadi rumah urut menyediakan khidmat seks tentu begitu banyak di semua PBT. 

Apakah ini menepati Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber
Negeri Selangor? Bangunan tiada papan tanda, perlu bertutup dan alatan yang ada didalamnya menepati lesen MDSB? 

Azmin Ali dan semua YDP Majlis  pasti tidak dapat tidur lena kerana terbongkarnya kes ini. NGO perlu terus dedah dan bongkar. SPRM dan PDRM pula mesti bertindak. Gengster Cina DAP pasti meroyan dan marah pada Azmin Ali kerana pendapatan mereka terjejas. 

Tuesday, November 29, 2016

PENGERUSI SUHAKAM SAPU LEBIH RM500 JUTA PROJEK KINI TIBAI KERAJAAN!




Tan Sri Razali Ismail dan Cypark Resources Berhad dapat projek kerajaan lebih RM500 juta


Siapa tidak kenal Tan Sri Razali Ismail? Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York ; Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990) ; Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung Sekatan Senjata di Afrika Selatan (1990) dan bermacam jawatan lagi. Begitulah pegawai kesayangan Tun Mahathir ini satu ketika sehingga pernah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (1998). Biodata dan Latar Belakangnya bukanlah rahsia anda boleh menyemaknya dalam internet.Perubahan beliau paling menarik ialah beliau digambarkan seorang diplomatik (Bersara) yang beralih arah sebagai seorang Ahli Korporat. The Star tahun 2010 pernah mengetengahkan beliau dalam ruangan Up close & Personal. Sejak 2002 di lantik sebagai Pengerusi Syarikat Iris Corporation Berhad hingga kini dan mengasaskan penubuhan Syarikat Cypark Resources Berhad. 



Ketika Paklah sebagai Perdana Menteri Syarikat Iris Corporation Berhad dibawah pengaruhnya mendapat projek mencetak dan membekal Kad Pengenalan dan Passport Malaysia. Dibawah syarikatnya sendiri Cypark Resources Berhad dalam Rancangan Malaysia Ke-9 diberi anugerah projek SECARA RUNDINGAN TERUS RM480 juta bagi menutup dan menjalankan pemulihan 16 tapak landfills di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pemberian projek untuk 16 tapak bernilai RM 480 juta menjadi satu polemik ketika itu kerana dianggap terlalu mahal dan pernah dibangkitkan semula dalam Dewan Rakyat 2011 oleh Teresa Kok. Polemik paling besar ialah bagaimana Dato' Seri Ahmad Kabit KSU KPKT ketika itu menandatangani kontrak RM480 juta melampaui had limit penurunan kuasa Menteri. Semuanya atas kuasa wang dan "kawtim".

Hampir RM500 juta iaitu Projek penutupan Tapak Pelupusan Sampah di 16 tapak seluruh negara. Cypark Ghairah untuk menguasai 112 tapak lagi yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara KPKT ketika itu. Walaubagaimanapun mereka gagal! Namun Cypark mengubah bekas tapak pelupusan sampah Pajam di Nilai, Negeri Sembilan kepada taman tenaga boleh diperbaharui yang pertama dan terbesar di Malaysia yang bernilai RM150 juta.


Ahli Lembaga Pengarah Cypark Resources Berhad








TAHUN 2011 CYPARK TERUS MERAIH LABA PROJEK KERAJAAN DI PUTRAJAYA



Cypark turut disenaraikan di Bursa Saham Malaysia serta mendapat bantuan dari Teraju untuk dana Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).


Begitulah kerajaan hendak menolong seseorang pegawai kerajaan yang pernah berjasa kepada negara sehingga menjadi jutawan dan syarikat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Namun keadaan berubah selepas Tan Sri Razali dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM


Tan Sri Razali Ismail dilantik Pengerusi SUHAKAM baru
Pada jun 2016 Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun (2016-2019) menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia 1999 (Akta 597). 

Harapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Razali dapat menolong dan membantu kerajaan tetapi sebaliknya berlaku. Di awal pelantikan Tan Sri Razali sebagai Pengerusi lalu tidak ada tanda-tanda keganjilan dan mencurigakan tentang tugas Pengerusi SUHAKAM


Pertemuan SULIT Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM dengan Tun Mahathir.

Sumber dalaman mendedahkan Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM ada membuat perjumpaan SULIT sebelum ini dengan Mahathir Mohamad. Umum mengetahui Tan Sri Razali pernah bertugas sebagai Penasihat PM Mahathir suatu ketika. Mahathir sedang mengumpul semua orang-orangnya sama ada yang bersara atau yang sedang bertugas sekarang. Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu jelas menunjukkan usaha itu. 

Mahathir mahu menggunakan Pengerusi SUHAKAM bagi tujuan jahatnya dalam perhimpunan BERSIH. Bursa Malaysia pada 31 Oktober 2016 mengumumkan Penjualan saham dan kepentingannya di Cypark Resources Berhad. Ia satu isyarat bahawa Tan Sri Razali mahu menyelamatkan syarikat yang diasaskannya dari persepsi buruk jika beliau kelihatan terlibat dan menyokong Tun Mahathir serta kumpulan bersih. 


19.2 PERATUS KEPENTINGAN SAHAM MILIK TAN SRI RAZALI ATAU 45,580,600 UNIT SABAH. RAZALI MENUNJUKKAN DIA MELUPUSKAN SAHAMNYA SEBAGAI MENGABURKAN KEADAAN JIKA ADA SESIAPA MENYERANGNYA SEBAGAI PENGERUSI CYPARK RESOURCES BERHAD.

Memandangkan begitu banyak projek kerajaan serta pelaburan yang Cypark telah lakukan jalan paling selamat ialah menyelamatkan Cypark dari tekanan politik.

Maka tidak hairan pada 17 November 2016 Pengerusi SUHAKAM ini berani menyatakan sokongan agar Penjawat awam berhak sertai perhimpunan demo Bersih 5 sebagai menghormati hak kebebasan bersuara Artikel 10 (1). Ia susulan amaran KSN terhadap penjawat awam. Perkara ini mendapat bantahan oleh Ketua Polis Negara sebelum itu m
mempersoalkan niat sebenar SUHAKAM

Tidak cukup itu Pengerusi SUHAKAM menyelar pasukan Merah dan meminta polis menangkap mereka segera. Paling bias ialah SUHAKAM melawat Maria Chin pemimpin BERSIH di penjara  pada 23 November 2016.

Inilah sebenarlah tujuan perjumpaan sulit Mahathir dan Razali Ismail Pengerusi SUHAKAM ini iaitu menjadi alat menghalalkan demo Bersih 5 dan memburukkan imej kerajaan. Jika sekiranya kerajaan menangkap Tun Mahatnir, Muhyiddin, Mukhriz dan beberapa pemimpin pembangkang maka Tan Sri Razali SUHAKAM akan membela habis-habisan. 


Utusan 26 November 2016 mempertikaikan SUHAKAM sebagai satu langkah populis membela pasukan BERSIH 5. Kelihatannya Tan Sri Razali bijak menyelamatkan syarikat Cypark yang diasaskannya. 

Pengerusi SUHAKAM pro Mahathir dan BERSIH ini menyulitkan kerajaan kerana ia adalah gunting dalam lipatan sebagai satu suruhanjaya yang terpesong besar menyokong pembangkang. Kerajaan melalui Yang Dipertuan Agong melantik Pengerusi SUHAKAM mohon memperhalusi pelantikan Tan Sri Razali yang dikatakan hanya akan tamat 2019. Ini bakal mengundang padah jika Tun Mahathir menggunakan SUHAKAM menekan kerajaan dalam SPR dan pilihanraya. 

Sikap Anti Tan Sri Razali marah kerana projek?


Pengerusi SUHAKAM selain pro Mahathir beliau juga adalah Pengerusi Syarikat taikun teknologi cip iaitu Syarikat Iris Corporation Berhad yang satu ketika memonopoli projek My Kad (Kad Pengenalan) bermutu tinggi dan juga passport Malaysia. Selepas syarikat mereka kalah kepada Datasonic Group Berhad musuh utama dalam perang cip maka Tan Sri ini mula merajuk dengan kerajaan. Jadi tidak hairanlan beliau bersikap anti PM Najib walaupun dalam masa sama Syarikatnya Cypark Resources terus mendapat projek kerajaan. 

Jadi pemimpin UMNO yang bersidang di PAU 2016 fikir-fikirkanlah. Anda penat tapi mamat nama Razali Ismail ni kaya raya dari projek kerajaan kemudian dia bersekongkol dengan Mahathir Mohamed bekas majikannya. Apa kamu dapat? Mahathir dan Razali sedang merancang dari dalam dan menggunakan sekali proksi lamanya seperti YTL, Berjaya dll untuk memusnahkan ekonomi negara.


MD

Saturday, November 12, 2016

SINDIKET MP PKR KUTIP 1.5% - 5% KOMISEN PROJEK RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS. PROKSI AZMIN WARGA SINGAPURA TERLIBAT?

Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Banyak tak? komisen projek pun semakin banyaklah.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.

Agak-agak kenapa CEO lama PKNS ditamatkan?

Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS". Benarkah terdapat sindiket dari MP PKR atau Pakatan projek perumahan di Selangor yang mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS kos RM200 ke RM300 juta. Maklumat yang masterdedah terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:



Terma-terma membina projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang diarahkan oleh Azmin Ali kepada PKNS.




Dokumen yang terdedah menunjukkan syarikat atau kontraktor diminta membayar komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah yang juga MP Subang melalui syarikat guamannya Daim & Gamany yang dinamakan atas proksi Sivarasa Rasiah iaitu adiknya Naveen Kularasa Rasiah. 


Sivarasa Rasiah antara pemilik dalam syarikat guaman Daim & Gamany


Syarikat diminta memberi komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah. Jika Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta agaknya berapa? Jutaan ringgit diterima oleh Sivarasa Rasiah








Bagi Proksi Azmin Ali seorang warganegara Singapura iaitu Sabri bin Buang yang mendapat komisen 4%-5%.


Sabri Buang Warganegara Singapura, menerima
komisen 4%.





Rupanya Azmin, Sivarasa Rasiah atau mana-mana MP Selangor sedang makan kekenyangan dengan komisen. Agak-agak berapa Azmin dan Sivarasa Rasiah dapat dalam projek ini?





Nampak hubungan Azmin dengan Gamuda? berapa agaknya komisen Gamuda beri? dalam masa sama Azmin nak bayar SPLASH RM2.7 juta campur liabliti RM4.2B. Pandai tak Azmin. Semua dia sapu kiri kanan atas dan bawah. Kecil besar dia sapu.

Semoga SPRM dapat menyiasat perkara ini.