Thursday, May 26, 2016

KES RASUAH LIM GUAN ENG: SPRM PERLEKEH PEGUAM NEGARA SEPERTI ORANG 'BODOH' DAN TIDAK TAHU KERJA?



Sejak bila SPRM menjadi pemutus kalau keterangan tidak mencukupi maka tiada undang-undang diambil? BUKAN FAIL TU KALAU TIDAK LENGKAP BOLEH LEMPAR SEMULA KEPADA PEGAWAI SPRM?

1. Pihak admin sudah menjangka dengan janji sebulan SPRM sejak 6 dan 7 Mei lalu. Bukan kali pertama SPRM berjanji. Bertemu Lim Guan Eng pun memerlukan lebih 50 hari berbuat demikian. Admin juga telah menjangka pada 22 Mei 2016 Ahad lalu apabila pasukan SPRM mengadakan pemeriksaan rumah Lim Guan Eng. The Star menulisnya sebagai "MACC raids Guan Eng home" namun telah mengubah tajuk itu sebagai Lawatan ke rumah Lim Guan Eng. SPRM sedang mengutip untung " Persepsi" betapa mereka melaksanakan kerjanya. 

2. SPRM nampaknya dalam kenyataan media pada 25 Mei 2016 telah menunjukkan betapa mereka tidak melanggar janjinya iaitu menghantar laporan kepada Peguam Negara sebelum penghujung bulan Mei ni. Ini menepati ramalan admin betapa SPRM jika benar menyiapkan laporannya bermakna jangkaan penghujung Mei atau sebelum 8 Jun. 


3.  Kenyataan Media SPRM seperti berikut:


SPRM LENGKAPKAN SIASATAN TERHADAP LIM GUAN ENG 

BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.  

Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.  

Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.  

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.
          SPRM, 25 Mei 2016 



4. Apabila kita membaca keseluruhan kenyataan media SPRM hari ini yang memaklumkan mengenai laporan kes Lim Guan Eng telah dihantar kepada Peguam Negara betapa sebenarnya SPRM sejak dulu memperlekeh Peguam Negara. Mereka seperti melihat Tan Sri Peguam Negara sebagai orang "bodoh" dan tidak tahu tugasnya. SPRM mahu menunjukkan kepada rakyat seolah-olah Peguam Negara tidak mengetahui Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara puas hati maka ambil tindakan, jika Tan Sri Mohamed Apandi mendapati siasatan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil. Wow!.....



5. Apa perlunya SPRM membuat kenyataan media seperti itu? Kenyataan Media kebudak-budakan. Bagi tahu Laporan Lengkap dah hantar kepada Peguam Negara sudahlah untuk tindakan Peguam Negara selanjutnya. Itu tugas Tan Sri Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara tidak perlulah nak ajar boleh dakwa atau tidak. Jika tidak lengkap maka Peguam Negara boleh menghantar semula kepada SPRM untuk dilengkapkan bukan tugas SPRM memutuskan tiada undang-undang diambil atau tidak! 

6. SPRM hendak tunjuk kepada rakyat dia buat kerja dan yang tidak buat kerja tu Peguam Negaralah. SPRM hendak bagitau dulupun semasa siasatan dana RM2.6b mereka dah hantar laporan tetapi ditolak oleh Peguam Negara. Jadi kali ini kena beritahu rakyat betapa bukan salah mereka kalau Peguam Negara tolak. 

7. Siapalah pegawai Media Korporat yang menyediakan Kenyataan Media SPRM ni. Kalau dendam dengan Peguam Negara pun buang sedikit rasa emosi terbuku tu. Bukan kenyataan media yang mengajar Peguam Negara apa yang perlu dibuat.


SURAT TERBUKA BUAT TAN SRI MOHAMED APANDI PEGUAM NEGARA YANG KAMI KASIHI UNTUK MENGAJAR SPRM & MENDAKWA LIM GUAN ENG


8. Kepada Tan Sri Mohamed Apandi Peguam Negara kami mendoakan kesihatan dan diberikan kekuatan melaksanakan tugas untuk mendakwa Lim Guan Eng Kafir DAP laknat ini. Sekali lagi Kami sangat berharap Tan Sri mendakwa Lim Guan Eng. Kami tidak tahu apa laporan yang dikemukakan oleh SPRM kepada Tan Sri. Lengkap bagaimana yang SPRM maksudkan?. Hanya Tan Sri dapat menilai.

Jelas Phang Li Khoon punya hubungan dengan Tong Yong Chew dan kerajaan negeri
9. Apa yang kami tahu semua pihak telah berjaya menunjukkan bukti betapa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri telah membeli rumah banglo Phang Li Koon di bawah harga pasaran RM2.8 juta. Phang Li Khoon sebagai rakan niaga Tong Yong Chew Pemilik KLIDC dan terbaru hari ini apabila menunjukkan Phang Li Khoon bersama Tong Yong Chew melalui syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dalam projek PDC membina asrama pekerja di Pulau Pinang. 

10. Ini jelas terdapat hubungan rasmi dan istimewa antara Lim Guan Eng dengan Phang Li Khoon. Kami yakin Tan Sri lebih arif dan mengetahui. Kami meyakini Tan Sri boleh melihat lebih terperinci.


11. Tan Sri Peguam Negara, masih ingatkah Tan Sri mengenai kertas siasatan SPRM SRC dan RM2.6b itu selepas Tan Sri mengumumkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan? Reaksi pegawai SPRM sangat jelas ada kalangan mereka mencabar, mahu merayu malah dirujuk lagi kepada Panel SPRM seolah-olah Panel SPRM lebih besar dari Peguam Negara. Warna-warna pegawai SPRM jelas kelihatan.

12.  Tan Sri Peguam Negara, sikap pegawai SPRM nampaknya masih belum berubah selepas penangkapan para pegawainya yang didapati membocor dokumen siasatan. Lihat saja cara SPRM mahu menunjuk kepada rakyat seolah-olah semua pendakwaan salah Tan Sri. Kalau lengkap mereka lapor dakwalah, kalau tidak lengkap tiada pendakwaan dan tutup kes. Dah kawtim agaknya. Senyum Lim Guan Eng.

13. Apakah pegawai SPRM akan merayu sehingga ke Panel SPRM sekiranya Tan Sri Peguam Negara menolak kes ini sebagaimana kes SRC dan RM2.6B? Dan sekali lagi Tan Sri menggunakan kuasa Tan Sri untuk menyatakan kuasa Peguam Negara tidak boleh dicabar?


14. Tan Sri Peguam Negara jika dalam kes Dr Khir Toyo beliau didakwa dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, punya hubungan rasmi penjual rumah, Lim Guan Eng KM Pulau Pinang sebagai "penjawat awam" yang mempunyai pengaruh dan kuasa membuat pengumuman dalam Mesyuarat Exco Negeri atau Lembaga Perolehan Negeri mempunyai hubungan "rasmi" dengan Phang Li Khon (Penyewa dan penjual rumah banglo) dibawah harga pasaran. Terbukti seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi. 

15. Pihak SPRM dan pendakwa jelas telah mencari segala cara untuk mendakwa Dr Khir Toyo. Jika siasatan  SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng bermakna SPRM terlibat merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dr Khir Toyo dulu. 

SEMOGA MENJADI REALITI


Sunday, May 22, 2016

SPRM AKAN MEMUNGKIRI JANJINYA SEKALI LAGI? TEMPOH 'SEBULAN' MELENGKAPKAN SIASATAN DIBERI KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK PENDAKWAAN KES RASUAH LIM GUAN ENG



Kata SPRM Nasib Lim Guan Eng akan diketahui Sebulan lagi. 
ADAKAH SPRM MENEPATI ATAU MENCAPATI JANJI?

1. Bukan luar biasa SPRM memungkiri janjinya. Budaya kerja SPRM bersifat 'populis' dan selalunya perlu di 'push' untuk lebih laju. Ibarat pahat dengan pemukul. Tidak diketuk maka tidaklah berjalan. Lihat saja siasatan sebelum ini untuk memanggil Lim Guan Eng asyik tertangguh dengan kenyataan media " Next Week" melebih 50 hari. Panggil Lim Guan Eng pun perlu lebih 50 hari. Orang lain SPRM serbu dan kepung sahaja. Siasatan kes Rasuah Teresa Kok MP Seputeh sudah memakan masa 2 tahun sejak 2014 hingga kini tidak selesai. Jadi apa hendak hairan dengan kes Rasuah Lim Guan Eng ini. Tidak mustahil janji Sebulan SPRM akan tertanggguh dan 'dicapati' begitu sahaja. 

Teresa tersenyum girang...

2. Tidak mustahil juga buat SPRM untuk bekerja lebih laju sebagaimana SPRM mendakwa pegawainya yang rasuah Kenny Chua ditangkap 7 April dan didakwa 12 April ( Kurang 1 minggu) bukan atas Akta SPRM 2009 tetapi Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan Sekysen 417. Kenny menerima hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000. Demi nama SPRM, korbankan seorang dari merosakkan organisasi. Wal hal dalang-dalang besar dalam SPRM masih berselindung dalam sarangnya. Malah kes penyelewengan dana KBS RM100 juta pun SPRM sanggup sidang media pada hari Sabtu untuk menunjukkan mereka buat kerja & divert sementara kes Lim Guan Eng. Ketika penyiasatan dana RM2.6B SPRM hanya perlukan masa kurang 1 minggu bertindak sehingga kepada pembekuan akaun. Keghairahan mereka memuncak sehingga ada pegawai SPRM dari Operasi Khas membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar. Apabila mereka disiasat, ditahan PDRM dan dipindahkan dari jabatan mereka marah serta mengugut kerajaan. 

3. Sejak Lim Guan Eng dipanggil memberi keterangan kepada SPRM selama dua hari berturut-turut iaitu pada 6 Mei dan 7 Mei pada 8 Mei SPRM berjanji akan melengkapkan siasatan kes Lim Guan Eng selama Sebulan. Media massa seperti utusan juga melaporkannya 

4. Jika hari ini adalah 22 Mei sehingga hujung bulan sekurangnya 8 Jun 2016 siasatan Kes Lim Guan Eng telah selesai. Ini bermakna ketika dalam kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

5. Mengambil kira keputusan memanggil Lim Guan Eng pada 6 dan 7 Mei sebelum pembuangan undi di PRN 11 Sarawak ternyata beri kesan kepada DAP dengan kekalahan di 5 kerusi yang dimenanginya sebelum ini. Masyarakat cina juga nampaknya tidak dapat menerima rasuah yang hanya menguntungkan Lim Guan Eng, kroni dan keluarganya. Oleh itu mendakwa Lim Guan Eng dalam suasana PRK bukanlah satu masalah dan mungkin satu kelebihan.

6. Berperang dengan kontroversi baru terowong bawah laut Kerajaan Pulau Pinang yang menelan ratusan juta ringgit tidak mungkin akan menjejaskan isu Rumah Banglo murah Lim Guan Eng. 


7. Sekalipun pada 4 Mei terdapat sesuatu yang memalukan apabila NST dan The Sun Daily memetik kata-kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab 

" I was informed two days ago about this decision and hence the case is considered closed" - No Further Action dan "close" . Seakan ada usaha menutup Kes SD Phang Li Koon tetapi ketegasan dan keseriusan 
Peguam Negara TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI telah meleraikan kekusutan itu bahawa kes dalam proses diambil tindakan. Peguam Negara sendiri dapat menghidu pegawainya DPP seakan bersekongkol dengan Lim Guan Eng dan CPO.

8. Ketegasan dan Keseriusan Peguam Negara inilah yang ditakuti oleh Lim Guan Eng dan pembangkang. Jika benar laporan siasatan Lim Guan Eng boleh dilengkapkan sebulan kita juga yakin Peguam Negara tidak akan mengambil masa yang lama untuk mendakwa Lim Guan Eng. Sekarang kuncinya hanya SPRM sahaja sama ada sengaja melengahkan, tidak melengkapkan atau mahu menyelamatkan Lim Guan Eng. 

9. Pelbagai cara Lim Guan Eng untuk Divert isu. Dalam tempoh sebulan ini nampaknya Lim Guan Eng mengarahkan Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan memecat keahlian parti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng, atas dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri bagi kawasan diwakilinya di Selangor sebagai jalan penciptaan persepsi rakyat betapa DAP serius memerangi rasuah. Korbankan seorang demi Lim Guan Eng. DAP menjatuhkan hukum sebelum SPRM menjalankan siasatan dan pendakwaan. Ironisnya DAP tidak pula mengambil tindakan sama terhadap Lim Guan Eng walaupun jelas Lim Guan Eng membeli Banglo Phang Li Khoon RM2.8 juta di bawah harga pasaran. 

DAP mahu menunjukkan mereka tegas wal hal beli banglo murah dengan Phang Li Khoon adalah satu rasuah

10. Sumber dalaman memberitahu dengan rakaman keterangan Guan Eng 6 dan 7 Mei lalu boleh dikatakan siasatan SPRM telah lengkap dan berada di peringkat akhir. Dijangka akan ada sekali lagi panggilan susulan terhadap Lim Guan Eng sebelum siasatan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan. Bagaimanapun ia bergantung kepada SPRM. Cukuplah dinyatakan berdasarkan semua bukti sepatutnya Lim Guan Eng boleh didakwa.

11. Jika SPRM menunaikan janjinya nasib Lim Guan Eng akan ditentukan pada penghujung Mei atau awal Jun ketika PRK berlangsung di Kuala Kangsar dan Sg Besar barulah kita boleh percaya segala usaha SPRM. Setakat hari ini SPRM terbukti hanya akan bekerja selepas ditekan. Jika tidak mereka akan membiarkan sahaja bertahun-tahun. 

Nota: Apakah khabar Dato' Seri Shukri TKP SRPM? kepada KekandaSatria Blogspot yang rindukan admin.Ada masa bolehlah sembang minum. 

Thursday, May 5, 2016

PEGUAM NEGARA BERJAYA MEMATAHKAN GERAKAN "SELAMATKAN LIM GUAN ENG" DARI DIDAKWA MELALUI PENUTUPAN KES PHANG LI KOON?

SELEPAS PENGARAH SPRM PULAU PINANG KINI KETUA POLIS P. PINANG PULA BAWAH TELUNJUK LIM GUAN ENG?

DERIA BAU PEGUAM NEGARA YANG CEPAT MENGESAN


1. Ketua-ketua Jabatan di Pulau Pinang nampaknya tidak lekang dari kontroversi. Kuasa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menunjukkan siapa Lim Guan Eng yang sebenarnya. Jika dulu bermula dengan SUK Pulau Pinang mengadakan tender dari kalangan syarikat yang semua teknikalnya lemah dan memilih KLIDC, kita dkejutkan pula oleh Dato' Samarajoo Manikam Pengarah SPRM yang mengadakan program integriti korporat bersama Lim Guan Eng. Ia polemik antara penyiasat dengan orang disiasat sepentas! Kini PDRM melalui Ketua Polis Pulau Pinang mendahului kenyataan Peguam Negara.


2. Sangat mengejutkan kita dikhabarkan Lim Guan Eng bakal dipanggil SPRM dan didakwa selepas PRN Sarawak tiba-tiba kita mendengar laporan NST dan The Sun Daily memetik kata-kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab 
" I was informed two days ago about this decision and hence the case is considered closed"

Sumber dalaman memaklumkan Tan Sri Peguam Negara setelah menyedari ada usaha pegawainya di belakang bermain dengan pihak tertentu sehingga ia dimaklumkan kepada CPO Pinang sebagai Kes NFA dan ditutup. Persoalannya bagaimana Datuk Ghafar Rajab boleh mengumumkan secara terbuka kepada media dan bukannya Pejabat Peguam Negara? Mendahului Peguam Negara?

3. No Further Action dan "close" wow. Mula-mula penulis tergamam. Tetapi lebih tergamam apabila pada tarikh yang sama 4 Mei 2016 Peguam Negara TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI menafikan dakwaan NST serta Ketua Polis Pulau Pinang itu. Tan Sri menegaskan "Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara"



KITA AMAT YAKIN IGP PASTI AKAN MEMBERI PENJELASAN BERHUBUNG PERKARA INI. SIAPA SEPATUTNYA YANG MENGUMUMKAN ADA KES ATAU TIDAK? APAKAH PERLU CPO BERBUAT DEMIKIAN?
4. Persoalannya Bagaimana Ketua Polis Pulau Pinang yang baru masuk bulan Februari lalu boleh membuat kenyataan sedemikian rupa mendahului Peguam Negara? Apa sebenarnya berlaku? Siapakah Pegawai Pejabat Peguam Negara yang menjadi rujukan Ketua Polis Pulau Pinang dua hari yang lalu? Apa pula motif NST dan The Sun Daily memetik kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang itu? Soalan-soalan ini harus dijawab oleh AG dan Ketua Polis Pulau Pinang. 

5. Ketika Peguam Negara berdiam diri tiba-tiba ada pegawainya memaklumkan kepada CPO bahawa Kes Tutup! Usaha memandai-mandai. Ini sangat memalukan. Seakan dirancang rapi, selepas berita itu Lim Guan Eng menggunakan peluang ini untuk "share" artikel Malaysiakini yang menyatakan kes Akuan Bersumpah Phang Li Koon ditutup sebagai senjata barunya merai sokongan dari pengikutnya. Malah penulisan Malaysiakini terarah kepada perkara membangkitkan kecurigaan kepada kerajaan, TV3 dan sesiapa yang membangkitkan isu. Nampak tak rangkaian mereka?


Rangkaian media pembangkang melaporkan berita dengan cepat. Walapun Peguam Negara menafikan pada hari yang sama ia tidak meluas sebagaimana pelaporan Kes ditutup. Agenda mereka cipta persepsi LGE tidak bersalah. Wal hal kes LGE belum dipanggil SPRM dan pendakwaan. Jelas sekali tujuan mereka. 

SELEPAS DILAPORKAN KENYATAN MEDIA PEGUAM NEGARA SERTA MERTA NST MENGUBAH LAPORAN BERITANYA. CARA NST & SUN DAILY SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

5. Selepas kenyataan media Peguam Negara menafi serta merta berita NST bertajuk " No further action against Phang over accusation of falsifying SD" telah bertukar ( Edit) kepada "AG: Case not closed yet on probe into Phang's 'false SD". Setelah persepsi dicipta, Peguam Negara terpaksa membetulkannya. Ia kelihatan satu  "test market" isu.

6. Kecekapan Tan Sri Mohd Apandi Peguam Negara bertindak cepat menghidu karenah pegawainya adalah sesuatu usaha yang dipuji. Nasiblah Tan Sri Peguam Negara sedar mainan para pegawainya. Jika tidak kerosakan dari kisah pegawai ini sangat merosakkan imej AG dan PDRM.

7. Pegawai dipejabat Peguam Negara yang mendedahkan maklumat siasatan Phang Li Koon sebagai NFA / Close serta memaklumkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang wajib diambil tindakan disiplin segera. Jika beliau bersalah ia seharusnya dihukum. Jika Ketua Polis Pulau Pinang atau mana-mana pegawai PDRM Pinang terlibat ia juga harus didedahkan. Rantaian kerja-kerja ini sangat saling kaitan. CPO harus menunjukkan surat atau dokumen rasmi pejabat AG bagaimana keputusan itu disampaikan kepada media massa. Kita akan tahu siapa benar dan salah!


PEMBERSIHAN PEGAWAI YANG BELUM SELESAI

8.  Tentukan kes ini memberi pengajaran kepada kerajaan. Betapa Lim Guan Eng yang dikelilingi taikun besar cina pasti melindungi Lim Guan Eng dengan segala cara. Sebagai "Abang Besar" Lim Guan Eng adalah nyawa mereka. Jadi bukan menghairankan jika pelobi cina yang rapat dengan Lim Guan Eng mengatur segala strategi.

9. Kita sedar banyak jabatan atau agensi kerajaan masih belum bersih sepenuhnya. Usaha -usaha banyak dilakukan. Dalam SPRM sendiri isu Shukri Abdull ( TKP SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) dan yang dikaitkan dalam kes kebocoran dokumen IMDB. Kisah Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador terang-terang memfitnah PM Najib pun sudah cukup merimaskan. Bank Negara Malaysia sudah mula ditukar. Di pejabat Peguam Negara saki baki pengikut Ghani Patail masih berkampung. Isu ini beri hikmah kepada Tan Sri Peguam Negara betapa anai-anai inilah yang merosakan kerajaan. 

10. Kepada IGP yang dihormati kita yakin dan percaya IGP akan menjelaskan mengapa berlaku pertindanan kuasa antara CPO dengan Peguam Negara dari segi pengumuman kes kepada media. Kerosakan telah berlaku. Kita harus memperbaikinya.

Yang penting kita sumbat Lim Guan Eng dalam penjara.


Monday, May 2, 2016

DIKESAN LIM GUAN ENG MENGHAPUSKAM BUKTI SEJAK DIDEDAHKAN! TETAPI "AMAT PASTI" LIM GUAN ENG "SANGKUT" - KATA PEGAWAI SPRM


Biarlah SPRM dan Lim Guan Eng ketawa bersama asalkan Lim Guan Eng ditangkap bersalah. SPRM mesti membuktikan siasatan mereka. Jika tidak nama dan imej mereka terjejas teruk

1) Berehat sekejab dari menulis. Selain ada beberapa blogger sahabat SPRM mencari admin masterdedah. Setelah lebih 42 hari, Janji demi janji "Next Week" atau minggu hadapan berakhir hingga 30 April nampaknya tanda -tanda SPRM memanggil Lim Guan Eng tidak berlaku. Hari 1 Mei adalah petanda kelewatan kes Lim Guan Eng itu. Apakah sebabnya?

2. Bermula 17 Mac 2016 setiap malam hinggalah 30 April TV3 memainkan isu Lim Guan Eng. Isu-isu dan bukti baru terpaksa didedahkan. Semoga SPRM mengambil kira fakta yang dikemukakan itu. Pendedahan masterdedah 11 April berkenaan Kes Rasuah pegawai SPRM Kenny Chua telah membuka mata betapa badan itu ada anai-anai yang merosakkan SPRM (Nota: untuk info Gambar Kenny Chua diberi sendiri oleh pegawai SPRM kepada admin). Jika selama ini mereka badan suci yang tidak boleh ditegur dan dipindahkan jika ada kes. 

3. Debat Rahman dan LGE pada 19 April juga dibatalkan. Paling mengejutkan 18 April apabila SPRM dan orang yang disiasat LGE sepentas dalam program Integriti Korporat PBA di Pulau Pinang yang tak kena masa kerana boleh dianggap mengganggu siasatan. Dari segi strategi jabatan ia satu kesilapan yang besar menjejaskan imej SPRM. 

4. Malam semalam Penulis sempat minum-minum dengan seorang pegawai dari SPRM. Sempatlah beliau bercerita mengenai bos-bos SPRM. Termasuk adik seorang TKP SPRM yang mendapat "business" pekerja asing bantuan orang-orang dalam. Bagaimanapun dia tidak berminat untuk mendedahkan urusan perniagaan ahli keluarga pegawai SPRM anggaplah itu sebagai rezeki masing-masing. 

5. Paling menarik bila beliau menyebut mengenai kes Lim Guan Eng. Betapa katanya mereka sejak beberapa tahun menerima aduan itu memang hendak menangkap Lim Guan Eng. Biar tangkap dan dakwa terus.

6. Cumanya katanya selepas YB Shahbuddin Yahya MP Tasek Gelugor membangkitkan isu dalam parlimen pada 17 Mac 2016 dan menjadi kecoh Lim Guan Eng telah banyak memusnahkan bukti-bukti berkaitan. Penulis meneruskan soalan bukankah Setiap hari dan malam TV3 serta pelbagai pihak mendedahkan bukti baru yang jelas membuktikan Lim Guan Eng bersalah?

7. Dia menjawab dengan tenang... Kami SPRM mempunyai bukti yang cukup kuat. Kali ini Lim Guan Eng pasti sangkut. Akan ada perkara terbesar diumumkan kemudian. Lim Guan Eng kali ini sukar melepaskan diri. Cuma menunggu masa sesuai untuk pendakwaan. Walaupun ada dikesan Lim Guan Eng sejak isu dibangkitkan telah menghapuskan bukti-bukti secara teknikal lain.  Namun banyak bukti telah diperolehi. Kes Lim Guan Eng sebagai satu pendedahan "abang besar" DAP dan taukeh cina pasti membongkar banyak rasuah Lim Guan Eng di Pulau Pinang.


Apa akta sekalipun BUKTI MENUNJUKKAN LIM GUAN ENG BERSALAH SANGAT KUAT. Jika SPRM tidak mahu mendakwa LGE adalah terbukti SPRM sengaja memerangkap Dato' Seri Khir Toyo dulu yang juga dalam mahkamah mengemukakan semua bukti serta fakta kesnya. 


8. Penulis bertanya lagi. Jika sudah yakin Lim Guan Eng boleh didakwa mengapa tidak dipanggil Lim Guan Eng untuk siasatan setidaknya untuk mencipta persepsi LGE dipanggil dahulu? Sekali lagi dia menyebut. Yang pasti Lim Guan Eng kali ini sure sangkut! Setakat ini itu dia boleh beritahu.

Sehingga 30 April 2016 dan  1 Mei 2016 tiada tanda tanda SPRM memanggil Lim Guan Eng

9. Terlewat atau tertangguh tidak menepati janji penghujung April berhubung memanggil Lim Guan Eng katanya lebih baik dari Lim Guan Eng terlepas dari pendakwaan. Dalam SPRM bukan semua pegawai betul. Dia mengakui dalam SPRM semuapun manusia. Tidak lari dari kesilapan. Selagi ada manusia maka adalah rasuah atau makan dalam. Bukan semua Pegawai pro pembangkang. Ya memang ada pelbagai team tapi masih ada pegawai SPRM seperti KP SPRM yang tetap memastikan semua berjalan lancar. 

10. Apabila penulis bertanya lagi Apakah Kes Kenny Chua adalah satu usaha melindungi pegawainya dan memelihara imej SPRM? Kerana pertuduhan beliau secara pilihan bukan dibawah Akta SPRM 2009 tetapi Panel Code sebagai "menipu" sedangkan duit yang diterima dirampas bersamanya. Tidakkah ini secara teknikal satu pengakuan bersalah sahaja untuk kes diselesaikan cepat dan Kenny Chua hanya dipenjara 3 bulan dengan denda RM3000? Dia menjawab pendek "tidak mahu menjawab isu itu". 

11.  Perbualan penulis ditutup dengan dua perkara. Katanya SPRM mungkin lambat memanggil Lim Guan Eng. Apakah kamu mahu Lim Guan Eng dipanggil dan didakwa ketika pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 ini?. Penulis menyindirnya itupun kalau SPRM berani. Kemudian beliau memanggil pelayan restoran meminta bil. Please u jangan bayarkan minuman saya. Saya tolong bayarkan!. Senyum!