Sunday, December 25, 2016

TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM


Gambar 1: Pusat Siber & Kafe siber pernah ada pekeliling Pembekuan tahun 2007 tetapi pada 2012 pembekuan itu ditarikbalik hinggalah sekarang
dibenarkan berleluasa
Di Selangor sendiri terdapat lebih 6000 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram di sini bermaksud ia dilesenkan di bawah pusat siber dan kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks.

Kisah rumah urut dan premis judi “haram” sentiasa disembunyikan oleh pihak PBT sehingga Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal yang juga Pengerusi Gabung­an NGO Malaysia disita dan laluan pejalan kaki berbumbung serta 16 buah bilik yang sedang dalam pembinaan di kawasan hotel itu dirobohkan penguat kuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 23 Disember lalu. Semuanya gara-gara kejadian provokasi Jamal selepas Jamal tampil bertuala dan mahu ‘menum­pang mandi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebagai memprotes isu gangguan bekalan air di Selangor. 

Netizen berpendapat tindakan yang diambil terhadap Jamal itu dilihat sebagai pembunuhan peniaga Melayu oleh kerajaan PKR Selangor dan satu tindakan belas dendam Azmin terhadap Jamal. Jamal pula sehari selepas itu tampil mempertahankan diri dengan merasmikan resortnya dan dalam masa sama mempersoalkan Kerajaan Selangor serta Majlis Daerah Sabak Bernam (PBT) yang bertahun-tahun tidak mahu meluluskan lesen perniagaannya dan dalam masa sama membiarkan premis rumah urut serta judi siber kafe berleluasa di Selangor khususnya di Parlimen Sg Besar. Maka Jamal mula menggempur pusat-pusat siber ini. Tentunya ini akan memberi tekanan kepada pengusaha puak DAP yang banyak terlibat dengan perniagaan seumpama ini. Apa seterusnya?



AZMIN TIDAK PERNAH MAHU MEMBEKUKAN PREMIS RUMAH URUT & JUDI DI SELANGOR

Tiada data yang tepat berhubung jumlah premis rumah urut dan judi siber cafe di Selangor. Ada yang menganggarkan 1500, 4500 dan menurut PPIM mendapati lebih 6,000 premis judi tidak berlesen beroperasi di Se­langor. Mengikut statistik PDRM, 4,514 individu ditahan dalam 4,137 serbuan Op Dadu bagi membanteras judi ha­ram yang dijalankan di Selangor sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu. Sepanjang tempoh itu juga, 56,757 mesin dan RM391,182 wang tunai turut dirampas. 

BAGAIMANA PBT MELULUSKAN LESEN RUMAH URUT DAN PUSAT SIBER/KAFE SIBER YANG MENJADI PUSAT JUDI?

Sepertimana Gambar 1 di atas bagi Pusat Siber dan Kafe Siber Pembekuan hanya pernah berlaku pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor. 

Contoh dari satu kertas minit mesyuarat PBT Selangor

Bagi Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 - menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter. Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya lesen  rumah urut tiada had. Ini diperakui sendiri oleh PBT Majlis Daerah Kuasa Selangor satu dari
PBT di Selangor



MARI KITA LIHAT SATU CONTOH KES DI PBT SELANGOR - MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA- AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDIN. 

Bagaimana PBT memberi kelulusan, lemah pada rayuan, kawtim dan membiarkan mungkin semua Pusat rumah urut haram serta Pusat Siber/ Siber Kafe. Walaupun syarat itu adalah lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif ( kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Rumah urut sejak 2010 diberi lesen 2013 malah dikatakan masih beroperasi sehingga sekarang. Jadi tidak hairan jika ianya berleluasa  di Selangor. Rasuah, dan penguatkuasaan lemah akhirnya memburukkan lagi masalah sosial di Selangor. - Definisi Lesen Hiburan, Tempat hiburan dan Pusat Hiburan Awam seperti dalam Minit Mesyuarat PBT












Footmarksense Reflexology Sdn Bhd dari kumpulan Kakigroup. Semua pihak tahu mana-mana pusat rumah urut yang berlambang kaki ada menyediakan
khidmat seks.

Lihat cara mereka merayu siap berjanji akan menutup
pusat urut jika masjid siap



Berapa banyak kesalahan mereka





Kata ada masjid maka ditutup tapi terus diLULUSKAN.

Premis ini masih wujud hingga kini. Sama ada secara haram ataupun terus mendapat lesen dari MPAJ

Ini satu dari contoh dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) di Selangor. Netizen boleh membayangkan lagi berapa banyak lagi kaedah begini. Syarikat beroperasi secara sementara menunggu lesen. Jadi jumlah ini sentiasa meningkat sama ada secara berlesen atau haram. 


Mari kita lihat bagaimana MPAJ memproses permohonan lesen rumah urut dan pusat siber/siber kafe tahun 2014 pula sebagai contoh. 





Lesen yang ditolak dan tangguh akan meneruskan operasi mereka sehingga kelulusan mereka diperolehi. Maka Pusat Siber menjadi pusat judi haram bukanlah sesuatu yang menghairankan. 

Jika didedahkan lagi operasi PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam yang juga mungkin banyak meluluskan Pusat Siber dan Kafe Siber yang menyeleweng dari fungsi asal menjadi pusat judi haram. Begitu juga pusat kesihatan yang menjadi rumah urut menyediakan khidmat seks tentu begitu banyak di semua PBT. 

Apakah ini menepati Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber
Negeri Selangor? Bangunan tiada papan tanda, perlu bertutup dan alatan yang ada didalamnya menepati lesen MDSB? 

Azmin Ali dan semua YDP Majlis  pasti tidak dapat tidur lena kerana terbongkarnya kes ini. NGO perlu terus dedah dan bongkar. SPRM dan PDRM pula mesti bertindak. Gengster Cina DAP pasti meroyan dan marah pada Azmin Ali kerana pendapatan mereka terjejas.