Sunday, April 16, 2017

Peter Chong lari ke Thailand kerana kes rasuah PKNS Sivarasa Rasiah MP PKR Subang?



Baru-baru pembangkang kecoh mengenai kehilangan Peter Chong, pembantu kepada Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa. ia disahkan anaknya Darryl Chong pada Rabu lalu 5 April 2017. Pembangkang seperti biasa memainkan isu. SYED IBRAHIM SYED NOH Ketua Penerangan PKR memainkan isu berasaskan sentimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa aktivis Peter Chong yang didakwa hilang, telah dilihat menyeberangi sempadan Thailand. Menurut Khalid, Peter dilihat menyeberangi sempadan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki bas pada jam 6.30 pagi 7 April. Bermakna Peter Chong tidak hilang!