Sunday, July 30, 2017

SPRM LAPOR POLIS BLOG MILOSUAM FITNAH KES JABATAN AIR NEGERI SABAH TIADA UNSUR RASUAH!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut SPRM, dakwaan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat.

Sehubungan itu, SPRM akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tiada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya itu.

“Pengurusan Tertinggi SPRM sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” 


Semakan menunjukkan sebaran asal kenyataan itu adalah dari blog pembangkang milosuam yang memutar belitkan surat jawapan maklum balas janaan komputer tanpa tandatangan bertarikh 29 Disember 2016 berhubung kes rasuah jabatan air di negeri Sabah itu. Surat tanpa tandatangan tidak sah itu digunakan memesongkan fakta sebenar.

Pemilik blog milosuam ini pernah disiasat dan ditahan PDRM pada tahun 2013 berhubung kenyataan fitnah mereka berhubung pengundian awal dalam PRU ke13 lalu dan juga ketika isu pencerobohan di Lahad Datu. 



Polis pernah menahan aktivis media sosial, Yusuf Al Siddique Suratman atau
lebih dikenali sebagai Milo Suam. sila baca 

SPRM dalam jawapannya menegaskan kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001 melibatkan hasil wang haram yang diperolehi daripada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 oleh perasuah.

Ketiga- tiga tertuduh ialah Ag. Mohd Tahir Mohd Talib, 54 dan isterinya Fauziah Ag. Piut, 51 serta Lim Lam Beng, 62 telah dituduh di mahkamah.

Ag. Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Manakala Fauziah dan Lam Beng masing- masing didakwa dengan 19 pertuduhan yang bernilai RM 2.2 juta dan empat pertuduhan yang bernilai RM 2.38 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.

Oleh itu adalah wajar SPRM melaporkan kepada PDRM kepada pemilik blog milosuam dan kepada pihak-pihak yang terlibat sebagai pengajaran kerana memutarbelitkan fakta tanpa merujuk terlebih dahulu kepada SPRM. Padan muka!